bapa muda vs. bapa tua ?
- 1 - 7 tahun.. didik secara berhikmah dan gurauan
- 8- 14tahun.. didik dgn disiplin dan tunjuk ajar
- 15 - 21 tahun.. menjadi kawan kepada anak2
- 21 -.... beri kebebasan membuat keputusan..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 02:06 3 comments
aku rasa ini merupakan post pertama aku setelah sekian lama.. setelah aku bergelar graduasi. alhamdulillah akhirnya selepas 5 tahun berusaha (ecececey) dpt gak aku merasa pgg selembar ijazah.. nasib aku seyes baik gile sbb at last dpt gak aku berjumpa ngn TUN Mahathir.. just few inch between me and him and he congratulated me for my convo... pergh. rase nk blaja blk nk nk score gila babi.. mne tau dia nk invite aku mkn ngn dia.. sesungguhnya aku respect dia dr segi pemikiran n vision dia.. itu yg harus kita lihat dan hargai.. (bkn hanya memandang career politik beliau sahaja ok).. ok stop bout that.
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 16:51 1 comments
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 01:42 8 comments
smlm aku bertanya pd ibu ttg tema baju raya tahun ini.. ibu menjawab errmm... entahlah.. so di sini aku ingin mensuggestkan kite pakai tema kaler kuning.. ok tk? abg da cop bju ni.. harap2 kedai tukang jahit tu boleh bt baju mcm ni..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 12:32 3 comments
pagi ni. sebelum aku berngkat pulang ke rumah aku terfikir sesuatu.. kenapa org selalu mempertikaikan kelebihan dan kekurang org lain.. kadang tidak semua kekurangan itu menjelikkan dan tidak semua kelebihan itu menjelitakan..
pelat "S"
pernah tk korang tgk org yg tidak boleh sebut "s"? semua perkataan dia tk jelas sbb s dia x dpt pronounce dgn btol? erm.. aku merasa mereka ini comel. kekurangan mereka pelat s mmbuatkan mereka comel.
kelebihan itu pon x selalunya lawa..
org yg kelebihan berat badan dan kelebihan gigi ke hadapan itu mmg tidak menjelitakan langsung..
see.. bukan semua kelebihan itu membanggakan dan kekurangan itu menjelikkan..
bijak bijak
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 07:10 7 comments
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 10:56 4 comments
aku mengira hari..
hari aku akan habis belajar..
dah dekat sgt dah..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 02:03 5 comments
aku rasa perjalanan aku sbg seorang pelajar sudah semakin hampir penghujung nya.. sangat2 dekat.. dan. aku akan meninggalkan alam remaja muda aku dan melangkah ke alam remaja tua (since i'm forever teenager so no old term okes.. older teenager jek yg ada)..
aku meng"upload" kenanga gambar ini..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 18:18 0 comments
walau mcm mana susah pon keadaan.. walaubagaimana perit skali pon di uji.. ketahuilah ujian dan cabaran itu adalah sekelumit dr apa yg michael scofield hadapi.. aku bersyukur dlm hidup ini aku x pernah berhadapan saat2 genting yg memerlukan aku buat keputusan yg ley effect hidup atau mati seseorang..
michael aku akan sentiasa rindu kt kau.. kau lah idola aku.. aku akan jadi engineer mcm kau.. sanggup risk life demi org lain dan harus letakan keluarga sentiasa di hati..
cuba tgk gambar ni..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 19:07 8 comments
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 20:10 5 comments
wey~ posting sajak yg bertajuk aku benci kau tu tkde kne mengene ngn sape2.. korg jgn ar terus2 lompat kt conclusi terlalu cepat..
pg ni aku dpt email dr seorg kenalan sbb dia rse sajak tu utk dia.. tajuk email " kau patut baca ini penjelasan".. aku bce sambil gelak2.. adoi asal cik terasa?
manusia.. cpt benar "jump into conclusion without carefully examine or gather any fact related".. ape kes? dlm saja tu aku tkde pon state name norzilawati bt harun.. or harun b. salim bachik or marfu'ah bt jemain.. (nme2 ni tkde kene ngn aku.. aku harap tkde org terdekat pakai name ni).. so nape ade org terasa? hahaha..
aku nk pesan.. aku tk benci sapa2.. aku ni sapa nk benci org? perasaan benci dan sayang dua perasaan yg sama tp dia jadi berbeza apabila otak membeza2kan perasaan tu..
ye ye.. sori kepada sapa2 yg terasa.. nnti aku bt posting aku sayang kamu plak.. aku serious harap maya karin mail aku n ckp " hey tlg la.. aku sudah berkahwin ok.. you lambat".. atau pon yoona reply " oppa sarang nge"..
jgn mudah terasa sbb komet slalu ckp " its not all about you"...
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 12:37 2 comments
Gadis Dan Bunga
by Rahimah Rahim
Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja
Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu
Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...
cuba dgr lagu ni.. sweet giler old skool.. bile dgr lagu ni aku terbayang sorang gadis kampung berkebaya ketat.. potongan mcm sarimah.. pinggang 28.. huaa~ ayu giler..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 05:43 4 comments
pagi ini aku bangun,
perasaan benci itu datang bertalu - talu,
aku benci kamu,
kerna kamu bahagian buruk aku
kerna kamu bahagian keji aku
aku benci kamu
dan mual diriku melihat kamu..
tapi kata kamu
aku penyeri hidupmu
aku saat - saat bahagia diri mu
dan hanya aku bisa membuat diri mu bahagia..
tapi kamu silap..
masa untuk memandang mu pun aku terasa jijik
dan aku tidak akan pernah lagi
lari menuju ke lorong gelap
yang telah kau cipta
untuk menjerat aku..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 08:08 6 comments
Engkau tahu?
kadangkala Dia di atas sana sengaja menetapkan seseorang itu melalui jalan yang sukar..
jalan yg tidak pernah lurus..
jalan yg penuh dgn onak dan duri..
Engkau tahu kenapa Dia menetapkan qada' dan qadar mu sedemikian?
kerana Dia mahu engkau belajar..
kerana Dia mahu engau tabah..
kerana Dia mahu hidupmu penuh dgn segala mcm pahit dan manis pengalaman
kerana Dia mahu bila kau berjaya nnti kau dapat merasa manisnya kejayaan itu
kerana Dia mahu engkau menghargai apa yang kau miliki setelah apa yang kau usahakan..
kerana Dia mahu engkau menjadi hamba yg sentisa dekat dgnNYA..
dan aku..
sepanjang hidupku Dia sering sahaja menguji diriku..
aku tidak pernah lekang dari di uji olehNYA..
dan aku harus tabah dan redha..
kerana aku tahu DIA sayang aku..
p/s down seketika.. aku adalah bakal graduasi di pasca economi merudum.. 3 interview telah aku lalui.. Scientage.. Shell and Schlumberger.. tkkn aku hanya layak utk jd candidate shortlisted utk interview jek? wey common kasik aku kije.. seriously u'll regret if don hire me.. coz i would be "Somebody" in the future.. haha.. aku tau sume org akan jadi somebody sbb kite mmg somebody pon...
apa X faktor yg perlu ada pada graduasi? .. aku masih berfikir2.. mungkin aku akan jd bela ikan keli atau tanam cendawan utk dikomersialkan selepas grad nnti?..
doakan aku kawan2..
" Ya Allah murahkan rezeki Mohd Shahrul Amri dan mudahkan segala laluan utk beliau berjaya"
terima kasih kerana mondoakan aku..
sekian..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 00:33 3 comments
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 03:25 0 comments
lewat kebelakangan ini aku sukar untuk tidur malam.. sudah seminggu. sejak cuti mid sem hari itu aku sukar memelapkan mata. sekarang sudah pukul 4.39 namun mataku masih segar mcm bru jam 10 mlm.. argh~ masalah anak muda.
aku cuba untuk melapkan mata.. badan ku, ku ngereng ke kanan.. ke kiri.. kotak fikiran ku sering memutar kembali memori2 silam.. sejak kebelakangan ini otak ku sering ligat mengimbau kenangan dulu2..
beberapa minggu lepas amir ade pelawa aku mkn tempe goreng.. ye tempe goreng yg di campur dgn bilis dan kacang dan sedikit kentang yg dihiris nipis.. aku tidak tahu apa nama masakan itu.. tapi yang aku tahu, sudah lama benar rasanya aku tidak menjamah tempe yg digoreng sedemikian.. ye tempe yang di goreng kering itu adalah masakan jawa.. ya.. jawa.. aku orang jawa.. tapi sudah sekian lama aku tidak menjadi jawa.. erm.. pernah kah aku menjadi jawa?
kadang-kadang melalui bau, otak kita mampu menterjemah dan mengimbau suatu kenangan lampau.. kadang- kadang melalui muzik.. dan ketika ini melalui rasa.. rasa tempeng goreng kering ini mengimbau kenangan aku sewaktu kecik.. sewaktu arwah embah ada..
sudah lama benar rasanya aku tidak pulang ke baruh.. seingat aku aku ade blk ke sana beberapa hari sblm kak long nikah 25.12.2009.. itupon hanya untuk mengambil kelapa.. aku tidak sempat menjengah ke dalam rumah.. mungkin kerana embah wedok tk tinggal di sana lagi oleh itu kami tidak berat untuk mengunjungi rumah itu.. dulu aku rasa kerap juga aku blk ke sana.. sewaktu arwah embah lanang ada.. rasanya dah 4 tahun kot arwah meninggalkan kami.. itulah satu2nya atuk yang aku ada..
sewaktu hayatnya aku rasa diriku dekat dgn baruh.. aku mungkin perasan sbb aku mmg selalu perasan.. tp aku rasa akulah cucu lelaki yg paling kerap blk ke baruh ( fakta ini disokong kerana abah pon slalu blk baruh).. aku rasa waktu ddk di baruh aku mmg menjadi budak kampung.. kt baruh aku belajar menjadi budak kampung.. kt baruh aku didedahkan mcm mana main meriam batang pipe tyme raya.. bau masam koko kering.. kopek kelapa.. angkat pisang dr parit 2 pg jual kt parit 4..
aku paling gembira ketika kenduri di baruh.. semua adik beradik akan gotong royong untuk masak.. aku ingt lagi berhampiran dgn rumah ibu ada bangsal.. bangsal yang embah guna untuk simpan berkampit2 guni plastik.. guni2 plastik itu diletakkan di atas kayu yg di susun memanjang.. aku sering terfikir apa yg ada dlm guni tu.. erm.. lama~.. bila aku besar sikit bau aku tau dalam tu ada baja.. di tengah2 bahagian bangsal ni lah biasanya abah dan adik beradiknya akan masak sekiranya terdapat kenduri besar.. masak nasik, lauk pauk.. dan masakan yang paling aku ingat adalah masak ayam kicap taruk santan.. masakan jawa.. tp sekali lagi aku tk tau apa nama dia..
aku rasa adik beradik sebelah abah mmg mmpunyai semangat kekeluargaan yg kuat.. setiap kali kenduri semua pasti menunjukkan muka.. aku paling suka time raya qurban.. dulu2.. waktu arwah masih ada dia slalu bt sate.. sate daging buatan sendiri.. kalau makan.. semua org akan ddk besila.. buat satu bulatan.. lutut bertemu lutut.. tyme tu embah x boleh letak pinggan makanan atas lantai.. dia da tk boleh tunduk.. dia akan ambik tin biskut n letak pinggan atas tu dan makan~
tp itu semua dulu.. 4 -5 tahun sudah.. aku masih ingt lagi tyme tu aku 1st year 1st semester.. da nk hujung2 study week.. abah call ckp embah jatuh.. aku blk.. aku tgk embah baring atas katil dekat hospital.. aku blk utp.. aku ambik exam.. lepas paper material aku blk.. embah baring lagi atas katil.. kali ni wayar2 berselirat masuk idung.. cucuk kt tangan.. ibu ckp embah da beberapa hari tk sedarkan diri.. dia tk gerak2.. ibu suruh aku ambik wuduk bace yasin.. aku pon ikutlah ambik wuduk..bace yasin.. pas bace satu round aku g bawah solat hajat.. mintak kat ALLAh supaya embah sedar.. disembuhkan dan dipanjangkan umur.. namun sekiranya ALLAH berkehendakkan nyawanya tolonglah tunggu sampai hari rabu sbb tyme tu paper last.. n aku nk ada bersama2 ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya..
bile aku naik.. acik ani ckp kt aku embah da sedar.. mak long.. aku nmpak ada sedikit riak keceriaan di wajah mereka.. ibu mmbisikkan kt telinga aku " mungkin embah tunggu awak blk.."
ye aku masih ingt sbb di bulan2 akhir sewaktu aku pulang ke baruh embah pasti berkata " kamu blk rul".. selalu.. soklan itu lah sbg pembuka bicara.. waktu tu embah da tk mampu bergerak bebas.. dia hanya akan terbaring di katil dan bergerak bila perlu..
aku pulang ke utp dgn perasaan separuh-separuh.. aku tinggal satu paper jek lagi.. pysical chemistry.. mlm tu aku stadi dgn jantung yang berdenyut kencang.. aku tk tau nape jantung aku camtu.. myb aku takut sgt sbb p.chem ni susah skit.. byk kene ingt.. so pas bace lebeih kurang aku pon blk bilik n tido.. aku terbangun lebih kurang pukul 4.. aku rase aku tido mcm da cukup lama.. badan aku da segar gila.. tp aku golek2 atas tilam sbb mengikut kiraan matematik aku tk cukup tido.. 4 jam mne cukup.. aku takut tido yg tk cukup mengeffect performance aku utk jawab exam keesokkan harinya so aku cuba memujuk diri utk tido semula... namun dlm pkul 530 aku dpt call.. aku mula jadi tk sedap.. otak aku da berfikir mcm2.. napa aku dpt call dr rumah embah??..
dariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.. embah pergi haritu.. hari rabu.. hari terkahir exam aku..aku tanya kt abah.. nk tanam arwah pukul berapa? aku minta supaya tunggu aku sbb aku ingin sekali ketika membaca talkin untuknya bt kali terakhir.. untuk embah.. satu2nya atuk yang aku ada..aku cuba yg terbaik jawab paper p.chem.. kul 1230 aku rushing blk bilik.. packing lebih kurang.. blk rumah.. tyme tu jasad aku je yg ada kt utp.. otak aku da lame terbang kt parit lima.. aku sorang yg jahat.. aku berdoa kat ALLAH biarlah hujan n aku harap aku sempat sampai n dpt tgk arwah bt kali terkahir.. ALLAH sekali lg makbulkan doa aku.. sepanjang jalan dr utp ke tlk intan hujan lebat.. tapi....
aku terlewat.. arwah dah dikebumikan.. aku tidak sempat melihat arwah.. aku terkilan.. betul2 terkilan.. semua cucu2 arwah ada semasa arwah ingin disemadikan kecuali aku dan kak long.. ye aku dan kak long.. sedangkan aku rasa akulah yg pling kerap pulang ke baruh semasa hayat arwah.. akulah cucu yg pernah membawa arwah ke batu 20 utk potong rambut sewaktu arwah tk betah lagi bergerah cergas.. akulah cucu yg di marah kerana mengacah lembu untuk di buat korban.. aku lah cucu yg mengikut ke mardi untuk ambik anak pokok kelapa.. akulah satu2nya cucu yg ikut embah naik moto pg solat terawikh.. tp mengapa bila arwah nk pergi aku tk dpt melihatnya?... aku begitu terkilan..
kini setelah arwah pergi.. aku sudah jarang blk ke baruh.. mungkin kerana sudah tiada apa yg tinggal di sana.. kebun2 arwah semuanya telah diuruskan oleh acik idris.. embah wedok pon sudah tidak tinggal di baruh lagi.. rumah itu pon sudah didiami oleh cik idris dan keluarga.. dan aku semakin jauh.. jauh dr parit 5 baruh.. semakin jauh dr menjadi jawa.....
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 04:33 4 comments
aku sebenarnya sudah berkira2 untuk tidak menulis di dalam blog ini lagi.. mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan dan mungkin kerana aku ni seorang penulis lepas ( org yg menulis mengikut hati tanpa memikirkan akibatnya).. bagi aku blog merupakan tempat utk meluahkan pendapat dan buah fikiran dan ia hak individu.. sekiranya tulisan ini menyakitkan hati anda just say good bye.. tp kadangkala kita kene juga mengambil kira buah fikiran org.. lg2 org yg sayang kita.. org yg mkn garam dahulu sblom kita.. org yg dapat melihat dr segenap aspek dan sedangkan kita baru hendak belajar mengenal apa itu dunia..
aku mmg malas menulis lg.. kerana kadang2 kerana tulisan ia mampu mencetuskan persengketaan.. melalui tulisan ia mampu mencarik2 hati mereka yg tidak mahu menerima hakikat sebenar .. mencarik hati2 mereka yg tidak dapat menerima hasil tulisan org lain.. tp hari ini aku rase aku ingin menulis kembali.. kerana aku mendapat satu suntikan semangat.. suntikan yg sgt2 memberi kesan.. semuanya kerana fynn jamal..
arini.. setelah sekian lama tk buka blog aku buka dan aku terlihat fynn jamal tulis sumting kt shoutbox aku.. seyes.. unbelievable.. aku senyum seminit tanpa henti.. aku call adik aku nk kasik tau fynn bace blog aku.. nk pm filzah ckp fynn tulis sumting kt blog aku.. haha gembira sungguh..
korang mesti rase cam pelik.. apahal suka sgt kt fynn tu? fynn jamal bg aku adalah karyawati bloggers sejati.. dia pemuisi.. dia pemerhati.. dia dapat menterjemahkan carita2 dunia menjadi bait2 ayat yang tentunya mmbuatkan pembacanya berfikir.. ayatnya simple tp mmberi kesan..
aku mmg kagum dgn dia..
bukan senang untuk melihat org menterjemahkan cerita dunia yg huru hara ini menjadi bait2 ayat.. aku tk mau tulis lagi ttg fynn.. korang nk kenal ngn fynn korang g bace blog dia sendirik.. aku pasti korang pasti menyukai dirinya..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 20:57 2 comments
aku sudah lama sebenarnya tk pg stadium perak. kali terakhir aku ingt aku pg stadium ngn abah tyme aku kecik2.. tp memory tu da samar2 n mcm tkde pon.. tp aku mmg ingt aku pernah pg stadium perak tyme kecik2 dulu. idea pesa utk tgk bola kt stadium tyme selangor vs. perak mmg disambut baik oleh kitorang. aku mcm excited gile nk g stadium.. maklumlah lama x g. aku rase seaakan2 ade power dlm bdn aku yg kuar tiba2... n i can't wait the moment going to the stadium.. yeah~
tpkan.. aku sdikit cuak sbb rakan2 aku satu umah sume side selangor n tkkn aku nk bt keras g kt side perak sorang tgk bola.. tk feel ar tgk sesorang tnpa mmber2.. so aku terpakse jd traitor@pembelot.. anak perak g sokong team opponent.. dem.. untuk menunjukkan aku btol2 jd traitor aku ambik snow cap selangor pesa n aku pakai.. buat2 sorak utk selangor.. hahah..
tp once u jadi anak perak.. u mmg tkley nk tipu.. mmg darah anak perak ade dlm diri kau.. walaopon aku cuba blakon mmg aku tkley.. kejap jek aku pakai snow cap tu.. pas 5 minit aku tanggal n g sokong perak.. walopon perak men mcm gampang n keeper dia aku rase PAFA hire dr sarkas tp aku still sokong perak.. aku ddk kt side slangor n cheer utk perak.. rakan2 da sound2 da takut aku kene bantai.. tp aku peduli ape.. aku bt keras n sokong gak team perak.. hahaha.. walopon try utk jd pembelot tp tkley..
sonok gile pg stadium.. walopon game mcm gampang tp sore aku abes gak ar sbb aku jerit bantai player opponet.. antara yg aku jerit sampai abes sore ialah "ref bodoh" ngn hardi botak... hahaha.. mcm aku pandai sgt men bola -_-"
cite ke 2
pas abes game tetiba ikin call.. ikin tk pernah minah ni nk call aku unless there is sumting important. dia call aku ngn sore yg agak suram.. dia ckp dia nk ckp ngn pakwe lame dia.. pastu aku bntai ar.. cik salah no..saya bkn pkwe lame cik.. hahhaa..
pastu dia letak..
10 min kemudian aku call dia blk.. semabng2 las2 dia cite pkwe dia ade affair ngn gul laen.. pastu dia ngadu lg the next day dia ade test tp seyes shit tkley studies..
antara ayat2 yg aku nk ckp tp tk lepas since mmber tgh down.. aku harap2 ko bce ar kt sini..
ayat 1
wey common lah ikin.. putus cinta bukan bermakna dunia telah berakhir.. chill la.. when we are standard 6 ure the hottest chick in our class.. ko menjadi satu fenomena.. almost stiap kelas nk kenal ngn ikin... tp tu tyme standard 6 la.. da form 3 da tk da..ikin mcm gul2 laen.. da tk hot.. hahaha
ayat 2
antara sbb2 lelaki ade fair ngn gul laen adalah..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 11:00 2 comments
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 23:25 1 comments
entah mengapa.. aku tidak betah lagi menulis.. dalam kepala otak aku byk issue yg ingin aku sampaikan.. share dgn rakam2 dan minta pandangan rakan2.. argh bahagianya bila tulisan mendapat reaksi rakan2.. tp .. sekarang.. buat masa ini.. kepuasan itu telah tiada.. aku sudah tidak mendapat kepuasan dgn menulis blog.. idea2 yg bermain di kepala otak ini tidak dpt diterjemahkan kepada bait2 ayat..
beberapa hari lepas.. hari isnin.. terima kasih ALLAH kerana menyedarkan aku.. membuka mata aku.. menyayangi aku..memberikan aku kesempatan.. membuka pintu hidayah dan membuka jalan untuk aku berubah.. mungkin berubah dari kurang baik kepada baik..
semalam aku sempat chating dgn Andika ( sahabat lama).. lama juga kami berchatting, bertukar2 cerita, bertukar2 info.. mengimbau kenangan lama.. mengimbau aku yg dulunya nerd.. budget jd pemimpin katanya dem.. patut ar korang prangai mcm gampang sekor2 tknk ajak aku g lepak.. kutuk akudibelakang rupanya selama ini.. tp dia kata aku da berubah.. kau dah berubah arul..wuahahaha..
aku sebenarnya berubah sikit jek.. dulu2 tyme kt sekolah kene ar jadi poser.. jaga tingkah laku.. ayah saya seorang cikgu.. merangkap penolong kanan lagi.. oleh itu saya seharusnya menjaga tingkah laku.. kene berlagak mcm pemimpin.. kene jaga tingkah laku.. biarpon saya tk mer war-warkan saya anak cikgu.. tp tkkn mereka tk tau saya anak cikgu sbb cikgu norlida da bg tau kt sume org tyme saya 1st masuk skolah sultan.. dem.. oleh kerana tidak mahu menconteng arang ke muka da tidak mahu org mengata ayah saya "bagai ketam mengajar anak" saya terpaksa behave tyme sekolah menengah dulu.. tp pepatah ada mengatakan "people change"
yup. people change.. byk faktor yg menyebabkan org berubah..myb kawan2 or persekitaran.. n aku percaya aku berubah sbb kedua2nya.. tp ok ape.. aku berubah mnjadi lebih simple dan slekeh2 skit..
da2 aku bkn nk cerita pasal tu.. aku nk cita pasal perubahan.. mungkin kah da tiba masa aku utk berubah? las week byk btol berita yg menyayat hati aku dgr n one of them is pemergian sahabat aku ke rahmatullah.. aku begitu terkejut dgn berita tu.. seyesly aku bru nmpak dia a day before pemergian dia.. aku masih ingt lg muke dia senyuman dia.. tp alih2 aku bgun pagi the next day aku tau dia da tkde.. seyes aku terkejut.. dan kaki aku tiba2 jd lemah..
kawan aku tu meninggal akibat lemas di sebuah kawasan air terjun.. kawasan air terjun yg pernah aku bermain2 dua tahun lepas..kawasan yg sama.. air yg sama.. dan aku juga pernah lemas di situ ketika belajar berenang.. nasib baik hadi sentiasa mengawasi aku.. erm.. aku lately ni mcm saiko skit.. aku asyik2 terpikir jek.. sekiranya aku yg lemas itu.. ape nk jadi? aku da ar kurang bt amal ibadat, kdang2 ckp bukan2.. kalo stakat babi tu da cair da kt mulut aku.. adoi.. kalo aku mati aku da mcm dpt agak da ape yg aku dpt tyme kene tanam nnti.. adoi. cuak doh.. mungkin ni ar turning point utk aku berubah.. berubah jd baik skit, rajin bace quran skit..nnti kalo da mati at least quran ley tolong cover aku skit.. cover solat aku yg tk sempurna tu ke.. huu.. berubah..susah ooo nk berubah.. ckp senang ar.. tp bab praktikalnya.. adoyai..
tp tkpe..hati kene cekal..sbb tk lama kita hidup kt dunia ni..tah esok lusa giliran kita pula.. mmg mati itu sebenarnya begitu hampir ngn kita.."kun fa ya kun".. kalo Allah da tkdirkan aku tk bgun esok pg.. dats it.. abes aku.. azab kubur menanti aku kt sane (aku rase lah sbb dulu2 aku pernah bace sebenarnya dlm dunia ni sorang pon tk layak masuk syurga jika tidak kerana ehasan ALLAH).. kalo korng ckp korang da cukup bt amal ibadat n korang confirm masuk syurga.. korang salah.. dan syurga,iman, neraka,mati semua di tangan ALLAH.. korang pernah bace tk cerita seorg ALIM yg sepanjang hidupnya membuat amal ibadat tetapi pd suatu hari dia terasa nk minum arak dan dia minum sikit jek then suddenly ALLAH tarik nyawa dia.. dan dia masuk neraka.. compare tu seorang penyamun yg jahat, kaki bunuh,kaki pukul tp sblom mati hati dia tergerak untuk bertaubat dan dia masuk syurga? korang lihat tk sume ni? semuanya di tgn ALLAH.. jgn ar nk eksyen sgt kt dunia ni.. jgn ckp kencang, jgn gila kuasa, jgn sakitkan hati org..dan sayangi lah mereka yg patut disayangi.. bgtaulah kt org itu yg sbenarnya korang sayang kt dia..
ehem2.. nurul syuhada nurul ain..saya nk confess ni saya suke kt awak.. awak tunggu ek saya tgh cuba nk apply jd pembaca berita media prima ni..harap dpt jumpe awak pastu..tingalkan jer ar dr faiz tu.. dia tk ensem pon..saya lg ensem..
bt waheeda plak.. akhil khai da kawen kot..saya single ni..ade degree lg.. bila nk masuk meminang saya?
maya karin.. saya akn sentiasa tunggu awak jadi janda..
sazzy falak.. im speechless..
nora danish..
n lastly awek uzbek saya guzal turnova.. awak nampak cantik arini..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 00:32 5 comments
lately keadaan politik di Perak kelihatan sekali kucar kacirnya.. bermula dgn kemasukan Adun Bota ke dlm PKR dan selepas itu dgn kenyataan laporan ada lagi 3 Adun yang menyatakan kesediaan mereka memasuki pakatan rakyat.. dan semalam sebaliknya berlaku. Kemasukan 2 Adun PKR yang pernah disabitkan dgn kes rasuah dan timbalan speaker dari DAP..dan kembalinya Adun Bota ke Pangkuan UMNo.. argh~ sungguh dramatik sekali situasi di perak ni kan? Mungkinkan kerajaan Barisan Nasional kembali memerintah di Perak?
aku tiba2 ingin mencoretkan sesuatu di sini setelah seseorang mengforwardkan "perutusan segera kepada yang dipertuan Agong Sultan Azlan Shah..(http://books.dreambook.com/duli/duli.html)..
aku begitu berharap sekali agar keadaan di Perak kembali seperti sediakala.. walaupun sedikit tetapi ada perubahan yang berlaku dan kepentingan Melayu di jaga. aku tidak tahu sejak bila.. tetapi perasaan jengkel ini tiba2 sahaja timbul dlm hati aku. jengkel dgn sikap tidak acuh MB perak sendiri dgn keadaan dan nasib org melayu.. pada mulanya aku begitu bersyukur dan berbangga kerana Perak mempunyai seorang MB dr kalangan profesional.. ya dia seorang Engineer dpt title Ir lg.. dan perasaan bangga aku membuak2 apabila dia antara 10 org engineer di Malaysia yang mendapat penghormatan dr IEM (institute Engineering of Malaysia).. beliau bukan calang2 MB kerana rata2 MB di Malaysia terdiri dr ahli perniagaan dan tah mane2 tah.
Tp bukan semua golongan profesional mempunyai wawasan, pandangan dan gaya pimpinan yang baik. dan bagi aku Ir Nizar adalah pemimpin yang perlu di baiki lagi cara kepimpinannya. Ya mungkin lain orang lain cara pimpinannya. tapi sebagai pemimpin kita seharusnya lebih tegas dan mampu membuat keputusan on spot jika diperlukan. kite tidak perlu terlalu bergantung kepada org lain. dan itulah yang terjadi kepada MB perak. org kanan nya Ngh terlalu overshadow MB perak. Perak benasib baik kerana mempunyai sultan mcm Sultan Azlan dan Raja Nazrin n myb kaum kerabat mereka dulu yang telah memperuntukkan yang Perak haruslah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam. Kalau tidak dah lame dah Perak jatuh ke tangan ciN.
Tapi peruntukan undang2 ini tidak berjaya dimanipulasi sepenuhnya oleh Ir Nizar. dan kerajaan Perak yang dibina seakan2 sebuah kerajaan boneka. Keputusan yang dibuat ketara benar menyebelahi sesebuah kaum dan boleh aku katakan ini yang menyebabkan orang2 melayu di Perak mula panas punggung. rase tidak senang hati dengan keadaan politik di Perak. Peanugerahan geran tanah 999 tahun kepada kg baru CiN menunjukkan seakan2 perak akan dirampas sedikit demi sedikit.. dan inilah kesilapan besar Ir Nizar. mungkin org kurang sedar hakikat ini.. dan biar aku tolong sedarkan..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 14:16 2 comments
aku tukar header baru.. tp aku nk improve lg..haisy~ susah btol kalo org yg tk berseni ni nk mensenikan diri..
by the way aku nk minta maaf sbb mendedahkan aurat.. haha.. tp aku rase gambar ni lawa..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 01:33 4 comments
terlebih dahulu aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya posting aku sebelum ini menyinggung mana2 hati dan perasaan. Tidak pernah terlintas langsung dalam diri ini untuk menyakiti atau memprovoked mana2 individu.
Persahabatan.. apa yang difahami melalui ikatan sebuah persahabatan? aku ingin sekali mencoretkan suatu rencah hiduo yang aku alami.. ini semuanya bermula melalui seseorang yang aku tk kenal asal usul yang kemudian menyapa aku di kotak yahoo masangger..
fizah fisha : tungu janda sapa pulak ni? ( menegur status ym aku)
bulanbintang: assalamualaikum..
fizah fisha : ops waalaikumussalam..
bulanbintang : ni siape ek? aku tk kenal.. sori
kemudian dia mendiamkan diri..
fizah fisha : shahrulkan? tgh bt ape? bz ke?
bulanbintang : ni sape ? seyesly aku tk kenal. kak faezah ke? maadi sehat?
bebrapa minit kemudian dia tanya aku beberapa lg soalan dan menunjukkan dia mcm mengenali aku.. tetapi aku tk tahu langsung siapa dia..aku terusan mengulangi soalan yang sama. siapakah gerangan yang menyapa aku dia kotak yahoo massenger. tapi makhluk ini saakan2 tidak mahu menjawab soalan aku.. mungkin dia ingat "cool" maen teka2 ngn aku.
bulanbintang : tkpe ar kalo tknk bg tau sape. aku mmg tk smbang dgn stranger..
kau sapa? kalau ko tknk bgtau aku delete je dr list friends aku..
fizah fisha : bla bla bla..(still tknk bg tau dia siapa)
dan akhirnya ktorang bertengkar dan akhirnya aku delete makhluk itu dlm list aku.. kemudian msgnya sampai lg
ff : aku nk kawan dgn kau tp kau marah2.. haris ckp kau baik..(wtf sape haris plak ni)
seriously wtf.. haris cakap aku baik. yes aku mmg baik.. dgn mereka yg aku kenal dan aku trust utk dijadikan kawan. tapi apa yang harus kite gelar kepada mereka yang tiba2 muncul dlm kotak yahoo massenger korang dan mula bertanya soklan tanpa memperkenalkan diri? dimanakah adab? sekiranya makhluk itu beradab sepatutnya dia memperkenalkan diri.. tidak perlukah berlagak seperti sudah mengenali dan bertanyakan soklan yg aku malas nk jawab..
mmg bangang sunguh bile berjumpa org mcm ni..
persahabatan.. terlalu abstrak untuk dedifinasikan. persahabatan bkn berlandaskan berapa lama anda mengenali seseorang, berapa kaya atau cantik paras rupa seseorang.. tetapi persahabatan seharusnya berteraskan keikhlasan, kejujuran.. persahabatan mungkin bermula dgn hanya sekadar teguran "Hai".. ataupun kemalangan yang tidak di duga.. pelbagai cara... dan sememangnya boleh aku katakan bahawa kadang2 persahabatan bermula dengan misteri..
persahabatan itu terjadi dgn tiba2.. cuba korang kenang kembali bagaimana korang mengenali rumate korang sekarang.. yes mesti akan terimbau kenangan suka,duka dan mungkin tidak cukup satu malam apabila mengimbau kenangan bersama rakan2.. kadang2 walau hanya baru berkenalan tetapi kite merasakan bagai cukup lama mengenali.. kite serasi bersama, selesa.. segala- galanya boloh dikongsikan.. yea.. "chemistry" hadir dalam hubungan kamu dan dia..
aku bersyukur sepanjang 23 tahun aku hidup..aku telah mengenali pelbagai ragam dan perangai manusia yang ku gelar sebagai kawan..rakan dan sahabat..
kawan mungkin datang dgn pelbagai cara.. aku berdoa smoga ikatan yang terbina ini terus berkekalan sepanjang hayat.
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 01:48 0 comments
rasanya sudah lama benar aku tidak menzahirkan apa yang berlegar dalam kepala aku. Aku bukan ketandusan idea tetapi aku ketandusan ruang dan kesempatan agar aku dpt mencoretkan sesuatu di sini. Dan kini setelah segala2nya selesai alhamdulillah aku ade seditkit masa bermalas- malasan dan masa untuk memanjakan diri sendiri.
ape yg bz sgt aku bt ek? hahaha.. sepanjang bln december lepas aku sebenarnya bz menyambut kedatangan org baru ke rumah. erm.. abg ipar sulung.. wakakaka tk ku sangka aku sudah ber abg ipar. yer ar nk sambut abg ipar kene ar bt kenduri. bler bt kenduri kene ar kemas umah, cat umah,kemas store, cat pagar, betolkan lampu.. wuahahah canggihnya aku wiring lampu2 yang rosak sume aku bt sendiri. dr porch sampai ar ke bilik pengantin. aku gunakan sepenuh bakat aku untuk mengoden2 lampu kalimantang di rumah ku. sumenyer 4 bijik lampu baru yg berjaya aku pasang tanpa short circuit.
ape kene mengene tajuk ni ngn perkara yg bakal aku merepekkan? jeng jeng jeng...
ada apa pada rupa? erm.. tipulah kiranya org berkata tiada apa2 dr rupa.. ye rupa adalah permulaan kepada semuanya. dari mata turun ke hati.. org putih ckp " first impression". mmg kebanyakkan kite mulakan bibit2 perkenalan dan men"judge" seseorang dr segi penampilan fizikalnya.. rite? kalo seseorang tu muke dia mcm muke pecah rumah mesti org takut nk dekat ngn dia.. kalo org tu muke nerd skit mesti kite rase leh makan dia.. kalo org tu muke innocent mesti kite tk percaya segala perbuatan khianat yg dilakukan oleh beliau.. salah sapa semua ni? yer.. salah kita yg kadang2 meletakan paras rupa sbg penanda aras sebelum mengenali hati budi seseorang itu.. sebenarnya tk semua org yg mukanya pecah rumah dia mmg kaki pecah rumah.. kadang muke yg mcm pecah rumah tu mempunyai hati yg cukup kecil dan penyayang.. percaya tk?
paras rupa adalah kurniaan ALLAH. kita harus menerima seseorang itu seadanya. tk perlu lah kita acap kali mempersendakan kekurangan org lain. tk perlu lah kite mengelar org dgn panggilan yg kurang enak. kiranya mukanya tidak hensem seperti brad pitt dan ade iras2 pekerja buruh binaan kita panggil dia dengan gelaran "suparjo" .. perut boroi dan kite pangill dia roy.. ermm.. mungkin sesekali tidak mengapa dan boleh diangap sebagai gurau senda tetapi jika ia telah acap kali didendangkan tidakkah ia menyakitkan hati? kita manusia.. sedikit sebanyak pasti terasa.. tidak kiralah bagaimana hubungan itu. adik beradik? abg saudara? pak cik makcik?..
jangan lah acap kali mempersendakan kekurangan org dan selalu mencari salah dan meng"complaint". kita sbg sudara yang dekat sepatutnya lebih menghormati dan membantu antara satu sama lain. kita janganlah kerap mencari kesalahan dan kekurangan org lain tetapi sebaliknya bantu untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan itu. itulah gunanya kawan2 mahupun saudara..
td aku tgk majlis perkahwinan mawi kt astro ria.. 1001 mlm.. pergh.. mantap menarik.. dulu aku mengimpikan majlis kahwin yg grand2..kalau boleh aku nk bt dekat hotel.. or yg paling sweet weeding garden. berlatar belakangkan colour cream dan orange.. hahaha (adoi byk sgt terpengaruh tgk perkahwinan org kaya2 kt rancangan nona). tp setelah menginjak dewasa dan seseorang telah membangkitkan hal perkahwinan untuk dibincangkan dgn aku.. tikus dikepalaku mula berlari2 ( una ckp kalo kite tgh berfikir dgn tangkasnya dlm kepala kita ada tikus yg tgh berlari2 menjana idea :P).. org itu berkata kepadaku yang dia ingin membuat majlis resepsi di hotel. tetapi kanak-kanak tidak dibenarkan masuk kerana majlis itu akan dihadiri oleh datuk2 dan datin2 maka majlis itu akan berlangsung dengan penuh protokol. maka sekiranya ada budak2 yang berlari2 maka takut nanti majlis itu tidak akan berlangsung seperti apa yg diharapkan. malulah i depan datuk2 itu. u know it would drop my water face.. erm bg kami keluarga yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan aku rasa adalah tidak patut sekali untuk tidak membenarkan ahli keluarga yang masih kecil untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya. bukankah majlis recepsi itu merupakan suatu majlis yang patut disyukuri dan diraikan bersama ahli keluarga? apakah penting sangat datuk2 dan datin2 itu sekiranya ingin di bandingkan dgn ahli keluarga mu?.. darjat, keturunan, harta.. aku fikir zaman kasim selamat dan zaman ghazali dan tengku zaleha sahaja (cerita antara dua darjat) berlaku. tetapi zaman sekarang zaman pasca moden org masih mementingkan pangkat dan darjat.. masih mementingkan harta. jika syed pasangannya syarifah, tengku dangan engku..
argh~ tidakkah kau ketahui bahawa apa yang ada pada darjat? pangkat? harta? semunya dari ALLAH.. engkau mungkin bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yg berdarah tengku, kaya raya.. engkau juga mungkin bernasib baik dilorongkan ALLAH agar dapat bergandingan dengan org yg berkedudukan, datuk-datuk, datin-datin.. tapi engkau jangan sesekali melupakan asal usul diri.. dilembah dan dipaya dulu tempat kita bermain..air parit.. lecah.. semua tu tempat bermain kita.. jangan sesekali engkau lupakan.. kun fa ya kun. jika ALLAH berkehendakkan sesuatu.. maka terjadilah ia.. jika ALLAH menarik balik nikmat dan kurniaan yg diberikan kepadamu akibat kekufuran mu... nauzubillah
selagi engkau bergalar hamba patuhlah engkau kepadaNYA
selagi engkau bergelar anak patuhlah engkau kepada kedua ibubapamu
selagi engkau bergelar isteri maka patuhlah kepada suami mu..
insyaALLAH aman dan bahagia hidupmu di dunia dan akhirat..
Nurkilan hati ditulis bulanbintang pada 23:19 76 comments