Thursday, June 4, 2009

DaN

dan setelah aku selesai bt clearance form td secara rasminya aku akan meningalkan bandar kering kontang ini.. bandar kering yg aku telah terbiasa dgn bahangnya..bandar kontang yg sinaranya memamah kulit aku jg putih gebu menjadi hitam macho (...).. bandar kering yg aku telah terbiasa dgn bau bahang mentari.. argh~ aku akan meninggalkan bandar koboi yg mengajar aku seribu satu erti kehidupan..

dulu swaktu aku mula melangkah ke bndar koboi ini aku sedikit pucat membayangkan bagaimana harus aku membesar di persekitaran yg kosong.. hanya di penuhi kedai2 cina tinggalan zaman penjajah yg hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.. persekitaran yg dekelilingi pasir2 lombong yg hasilnya telah disedut keluar oleh Yap Ah loy dan sekutu2nya.. bagaimana harus aku ya?

namun 5 tahun telah berlalu dan aku telah terbiasa dgn persekitaran ini.. rasa sayang sekali untuk meninggalkan bandar kontang ini.. bandar yg aku telah terbiasa dgn segala2nya.. 5 tahun dikelilingi oleh rakan2 sengal spt pesa, fauwaz n komet mmg tidak terasa.. ya. semua akan berkata sedemikian apabila telah berada i penghujung waktu dan perpisahan.. "tidak terasa masa yg berlalu..".. erm.. masa mmg tidak menuggu kita.. masa akan terus berlalu dan berjalan meninggalkan kita.. terpulang pada kita untuk berlari mengejar masa atau pon membiarkan masa itu berlalu pergi tnpa sebarang pengisian.. dan percayalah suatu hari nnti kau akan berkata "eh da masuk kubur da aku ni.. tk rasa pon da 70 tahun aku idop.. ape ek aku bt 70 tahun ni?" dan.. masa itu mungkin sudah terlambat.. jawab saja dgn mungkar nagkir nnti..


dan.. setelah aku meningalkan Universiti ini aku akn mulakan kehidupan baru.. kehidupan yg jauh sekali berbeza dgn kehidupan sbg seorang pelajar.. sewaktu menjadi pelajar tidak ada apa yg perlu dirunsingkan sgt.. hanya perlu belajar utk test dan siapkan semua assignment atau projek yg diberi.. kiranya tidak faham dan tidak tahu.. tiru saja lain masa baru cuba fahamkan dan belajar.. jika malas ke kelas atau tutorial.. msg sahaja rakan2 yg rajin ke kelas dan suruh tolong signkan.. dan hanya perlu sedikit ayat manis memujuk seperti " what friends are for".. "nnti aku blanje mapley".. dan semuanya satel.. dan bila duit di bank sudah menunjukkan tanda2 nazak dan perlu diberi fiscal stimulation cuba perlu roger sahaja "FAMA". (fathermother) dan duit akan di bank-in kan.. tidak ada apa perlu di khuatirkan atau di risaukan..

dan kehidupan sebenar bermula sebaik sahaja kau menamatkan pelajaran.. dan kehidupan sebenar aku bermula sebaik sahaja aku memulangkan clearance form td.. cabaran kehidupan menanti aku di liar dunia di luar sana.. cabaran yg sebenarnya. tatkala ni sudah tiada FAMA untuk di roger.. argh.. malu sekali kiranya anak jantan masih bergantung harap kepada keluarga setelah tamat belajar.. tatkala ini setelah aku berhijrah ke dunia pekerjaan tiada lagi peel2 student dulu yg boleh di bawa.. tiada lg diri malas yg harus dimanjakan.. kiranya ada assignment yg harus di buat.. lakukan sebaik mungkin sblm due date.. tiada lagi malas ke tempat kerja wujud dlm kamus. tiada lg rakan yg dpt membantu mem"punch" card..sekiranya tidak faham dgn assignment yg diberi harus bertanya dan clarify secepat mungkin.. hidup bermula jam 630 a.m dan berkahir 10 p.m.. dan masa ini akan dihabiskan sebegini sehingga sudah bosan dan mungkin masa untuk business sendiri?..

dan kehidupan sebenar selepas alam peruniversitian ini akan membentuk diri.. setabah mana diri kau dan secekal mana kau utk terus melangkah menerobos dan menjejaki ruas2 kehidupan yg pastinya sekali lagi akan mencorakan warna2 pelangi yg cantik dlm kehidupan mu..

aku.. akan terus melangkah kerana aku seorang adam.. biar kerikil terbentang luas di hadapan
namun langkah ini harus diteruskan.. biar hancur kaki melangkah, biar bisa menikam saraf danbiar aku hadapinya sebagai seorang adam..

dan kamu adam atau hawa.. bapok atau mak nyah.. manusia atau binatang yg bertopengkan manusia.. aku wish gud luck dan mengharapkan segala yg terbaik untuk diri kamu..

catatan terakhir aku sblm blk ke diamond bay, new town..



dan begini lah rupanya AKU bila berakhir alam per"universiti"an

4 comments:

Alina June 4, 2009 at 3:56 PM  

tapi alam universiti adalah alam yang paling bebas akal dan fikir. dan juga diri.

ChErRynEsS June 6, 2009 at 9:46 PM  

igt kan special post utk The Dan hehehe...

dust June 11, 2009 at 12:28 PM  

all the best..it's just a new beginning...weei..blaja la best!
extend la wei..hahaha

Anonymous June 17, 2009 at 1:55 PM  

dan sebenarnya..
hidup ni x semudah yg disangka..
terpulang pada empunya diri nak cipta bahagia yg macam mana..
tepuk dada, tanya hati..
gud luck...
-najwa-