Thursday, December 9, 2010

Isteri yang solehah adalah lebih baik dari segala harta dunia!

"teh susu kurang manis".. td aku tgk cerita ni kt astro ria.. cerita ni sgt sweet dan buat aku tersenyum. Ok! aku memang suka menonton drama melayu.. dulu2 time aku studies pon aku ade tv dalam bilik. phiew! lucky me sbb blaja kt UTP so tkde ar strict sgt law dia. erm.. cerita tu mengisahkan kebijaksanaan seorang isteri untuk menambat hati suami dia dr dirampas perempuan lain. cerita ni mengingatkan aku kepada suatu kesah.. kesah Aaliyah yang aku bace lebih kurang 3 tahun sudah..

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”
Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama1 hari saja,boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.
Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah
lama hidup dengannya. abang faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?
Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
*************************
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahu ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
bipp bipp… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang…
Abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang… Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
p/s : skang anda fahamkan mengapa aku katakan bahawa isteri solehah adalah lebih baik dari segala harta dunia?

Saturday, November 27, 2010

Apa yang anda lakukan, lakukan yang terbaik!!

this writing tribute to all my friends who still looking for the right path in their life and to every genius especially tan sri p ramlee, sudirman, yasmin ahmad, din beramboi who inspire me to do a good thing and live life to the fullest!!

where should i start? erm.. it seems so long i didn't write..

ok.. i should start with simple quote :

" Not everything we want is something we need"

its simple but it really has big impact for us to ponder..

aku sudah lama tidak menulis. aku dapat merasakan bahawa ketika saat aku menulis ini, ia begitu kekok sekali dan otakku seakan bebal untuk meluahkan butir bicara untuk tatapan pengunjung blog ni. kenapa aku tiba2 menulis setelah sekian lama menyepi? alasannya cuma satu.. aku ingin berkongsi.

beberapa minggu lepas aku dapat message, " Aru, lissa x dpt offer dari Petronas lagi, semua kawan lissa da dapat offer".. aku cuba menjawab sabarlah lissa, dan doa banyak2.. kalau ade rezeki ade lah.. tp cuma 1 je aru nk tanya, lissa suka x dgn kerja yg lissa bt sekarang? " dia jawab, lissa suka, lissa byk belajar, environment kerja pon ok".. nah lissa sendiri da ada jawapannya.. tak semua yang kita inginkan baik utk kita dan tk semua yang kita takmau tu buruk untuk kita..

aku da berjumpa dgn ramai orang, mostly kawan2 aku ketika belajar di utp dahulu. junior mahu pon seangkatan dengan aku. nasib sebahagian kami tidak baik kerana kami graduate masa ekonomi tgh gawat dan seterusnya menjejaskan pengambilan pekerja oleh Petronas. Tetapi betulkah nasib pelajar yang tidak diambil bekerja oleh Pet itu adalah tidak baik?

ok. sebenarnya kerja ini bergantung kepada individu itu sendiri. Anda yang menentukan kerja itu menyyeronokkan, membosankan, membebankan.. bagi yang tk dpt kerja ngn petronas, kau merasakan mereka yang bekerja dgn pet beruntunglah mereka.. gaji byk, secure.. hey hey! tetapi kau tidak tahu bahana bekerja dgn Petronas, lulusan kejuruteraan kimia, bekerja sebagai instruktor? lulusan kejuruteraan mekanikal bekerja sebagai HR mangement, lulusan cemerlang dalam kejuruteraan elektrik tercampak di bintulu bekerja dalam bidang management??.. seronokkah?

dan bagi kawan2 yang bekerja di petronas, mereka merasakan mereka yang "bebas" dr petronas bebas menentukan arah hidup mereka, bebas bekerja apa sahaja, bebas bekerja di mana mereka ingini.. mereka yang bebas dari petronas sungguh beruntung..

dan dari situasi yang banyak2 ni.. satu yang aku dapat simpulkan.. manusia tidak pernah puas dan jarang sekali bersyukur dengan apa yang mereka ada. mereka sentiasa menginginkan sesuatu yang mereka tiada dan sering mengabaikan dan memandang sepi apa yang mereka tiada. Bagi aku semua kerja adalah sama. kerja dengan sesiapa pon adalah sama. apa yang lain bagai mana kau memanfaatkan setiap peluang yang ada di hadapan korang. Gunakan peluang itu sebaik2nya. belajar dengan sedalam dalamnya. Kerana korang harus ingat " when we were studies we learn then we get tested in examination but in working life, we been tested first then we learn from it".. different right?

dalam pekerjaan ini ape yang kau perlu cari? duit? kepuasan?.. kau decide sendiri. Hidup ni umpama mendaki gunung. aku ade cerita pasal gunung ni. ada 2 orang budak yang ingin mendaki sebuah gunung. budak bandar dan budak kampung. budak bandar ni mendaki gunung dengan menggunakan laluan yang sedia ada, as a result dia cepat sampai ke puncak, dan budak kampung ni pulak jenis yg adventurous, dia mendaki gunung mengikut laluan yang baru yang tidak pernah di gunakan orang, dan dia sampai lambat. Namun di pertengahan jalan dia berjumpa dangan pelbagai benda baru dan banyak benda yang dia pelajari. So pada hemat korang yang mana satu lebih beruntung?

Hidup ni macam itu juga.. sebenarnya kesusahan itu adalah guru yang terbaik untuk kita memahami kehidupan ini. Syed mokhtar al bukhari pernah bagi tau aku:

"Allah menjadikan kita sama sahaja, proses kematangan saya yang membezakan. saya percaya sesiapa sahaja boleh jadi apa sahaja asalkan dia berusaha dengan tekun. Tapi tentulah ia memakan masa. Saya lalui jalan yang sukar tetapi itulah yang kekal"...

tgk apa yang syed mokhtar ckp tu sama dgn kisah budak kampung mendaki gunung tu kan?

so.. cakap banyak pon x guna. korang tau ape yang korang perlu lakukan pasni..

sebenarnya banyak bende yang menarik untuk di kongsi, antaranya kawan aku yang cemerlang kt utp dulu ambik keputusan yang drastik, berenti kerja dgn petronas dan mengusahakan tadika islamik.. dan ada kawan aku tk abes blaja pon kt utp, tp dsbbkan intra personal yang mantap, ramah.. dia berjaya dalam hidup.. nnti lah aku kongsi kisah ni..

wassalam

Tuesday, April 20, 2010

Ku petik bintang-bintang

Success is a journey, not a destination...

Saturday, March 27, 2010

Rosses Among the Thorns

" rosses among the thorns"...

macam2 boleh ditafsirkan melalui phrases ni..

mungkin mencari kecantikan didalam segenap keburukan dan kejahatan..

mungkin mencari seorang gadis cantik di antara gadis2 buruk laku..

mungkin mencari kebahagiaan dlm perit jerih yang di lalui..

lately ni aku selalu terfikir.. mungkinkah aku terlalu kuat atau pon buat2 kuat untuk menempuhi segala onak cabaran ini? mungkin korg pernah dgr atau pun membaca ayat2 suci ini dlm mana2 kalam.. " Allah takkan menguji seseorg itu dgn sesuatu ujian melainkan org itu tegar untuk menempuhi dugaan dan cabaran itu"..

aku berfikir.. adakah aku betul2 kuat atau buat2 kuat.. berlakon di mata2 di luar sana yg aku kuat dan tabah? sehinggakan semua cabaran dan dugaan aku " hadapi dgn senyuman".. aku kadang2 me"rebel" dlm diri jugak. melihat meraka2 yg umpama parasit. Hidup menumpang pada org lain. hidup tidak pernah risau dgn apa2.. berpegang kepada pepatah " lets go with the flow".. but they not event try to solve the problem.. just bagging for sympathies.. mengharapkan org untuk segala2nya.. dan apabila critical period tu da berakhir dia akan kembali bersuka2 dan bergembira.. mereka terlalu senang kerana mereka tahu dan yakin yg kawan2 akan menjaga mereka..

dan si tolol ini.. akan berhempas pulas melalukan segala - galanya. membantu mana - mana yang terdaya.. sekiranya sesuatu itu mustahil dia akan berusaha utk menjadikannya nyata..

dan di akhir cerita si parasit itu berjaya dlm hidup dan si tolol itu terus di tindas dan di injak2.. dia terus berusaha utk menjadi kuat atau buat2 kuat kerana dia bukan jenis org yg mengalah dan lembik..

di akhir cerita si tolol itu membuat kesimpulan " hidup ini tidak adil"..

betul kah?..

salah.. kholi ckp salah..

semua org masing2 di uji.. ujian bg setiap org berbeza.. ujian itu diuji sesuai mengikut kemampuan.. mungkin zahirnya kita melihat org itu gembira tnpa masalah? tp hakikatnya..

ya aku setuju dan aku akur..

si tolol td bukan lg si tolol.. tp dia menjadi si tabah..

si tabah yg akan berusaha utk merungkai segala permasalahan, onak, cabaran dugaan adan apa juga yg datang di hadapan.. dia akan selusuri dgn keyakinan di hati.. dia percaya setiap cbaran dan dugaan td akan membuatkan dia lebih kuat..

pengalaman itu tk dapat dibeli dan dipelajari di universiti.. dia harus di lalui dan di rasai sendiri.. baru lah dia dikatakan pengalaman.. kalau tak dia dinamakan pelajaran..

"percayalah ALLAH itu maha adil..
tidak semua yang kita inginkan itu adalah yg kita perlukan"
kadang- kadang keinginan itu hanya akan membawa kemudaratan dlm kehidupan kita..
dan ALLAH itu maha mengetahui.. dia kurniakan kepada kita apa yg kita betul2 perlukan..
sekiranya kita tidak peroleh apa yg di hajati.. muhasabah lah diri.. mungkin kesalahan dan kesilapan dulu perlu dibayar sekarang agar engkau berbahagia di sana kelak..

cerita 2

kisah seorg yg di tangkap kerana memiliki dadah sintetik..
air mukanya bukanlah org seperti itu..
mungkin dia melakukan perkara itu kerana sesuatu..
mungkin dia terpaksa melalukan perkara itu kerana terpaksa..
kerana ingin membiyai cost rawatan ibunya yang mengidap cancer?
kadang kala kerana kasih kita pada seseorg itu.. kita lupa kepada diri sendiri..
lupa akibat yang bakal kita hadapi di masa hadapan..
yang penting org yg kita sayang itu selamat..
sometimes when it dealt with life or death..
kita akan melakukan apa sahaja.. janji org yg kita sayangi itu masih bernafas di dunia ini..
tidak kisah walaupun nnti mati di tali gantung..

kesilapan dia hanya dia terlalu menyayangi ibunya dan dia tersilap membuat pilihan.. menjadikan bahan terlarang itu sbg sumber mendapatkan wang.. membayar kos rawatan ibunya..

salahkan kerana terlalu menyayangi seorg ibu?

p/s : cerita ini rekaan imagenasi aku berkisarkan berita smlm..