Sunday, April 12, 2009

Laskar Pelangi

sebelum aku melangkah tidur hari ini, aku ingin sekali mencadangkan agar kamu menonton cerita "laskar pelangi".. cerita ini sungguh inspiring.. seriously..



sedikit preview :

cerita ini mengesahkan ttg ketabahan dua org guru, cikgu muslimah dan pak arfan yg mengusahakan SD muhamadiah. kisah ini berlatar belakangkan sebuah kampung di belitong. sebuah kampung yg rata2 penduduknya miskin dan bekerja di lombong bijih timah. pak harfan dan cikgu muslimah menghadapi masalah utk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kerana org kg lebih gemar anak mereka menjadi kuli mengusahakan lombong. namun masih juga terdapat segelintir yg mahukan anak mereka berjaya..

lintang anak nelayan yg duduk jauh di pedalaman sanggup berkayuh basikal untuk menuntut ilmu.. lintang merupakan murid yg cerdas dan pintar. mempunyai sifat kepimpinan.. namun tidak semua manusia memiliki nasib yg baik.. lintang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik2nya setelah kematian ayahnya di laut..

ini sekadar priview.. aku tahu aku mmg tk reti cerita sgt. tp seriously cerita ni mmg inspiring dan bisa meyentuh hati sanubari sekiranya kamu betol2 menghayati plot cerita ini.. dan satu yang paling aku suka dlm cerita ini ketika pak harfan menasihati rakannya tajol.

" ramai org dalam dunia ini apabila sudah senang akan terus mencari kesenangan dan lupa untuk memberi.. dalam hidup ini jadilah orang yg memberi sebanyak- banyaknya dan jangan menjadi orang yang menerima sebanyak banyaknya"..

ayat yang mempunyai maksud mendalam jika direnungkan..


0 comments: