Wednesday, January 28, 2009

minta maaf

aku tukar header baru.. tp aku nk improve lg..haisy~ susah btol kalo org yg tk berseni ni nk mensenikan diri..

by the way aku nk minta maaf sbb mendedahkan aurat.. haha.. tp aku rase gambar ni lawa..

Wednesday, January 21, 2009

Persahabatan? apa ada maknanya?

terlebih dahulu aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya posting aku sebelum ini menyinggung mana2 hati dan perasaan. Tidak pernah terlintas langsung dalam diri ini untuk menyakiti atau memprovoked mana2 individu.

Persahabatan.. apa yang difahami melalui ikatan sebuah persahabatan? aku ingin sekali mencoretkan suatu rencah hiduo yang aku alami.. ini semuanya bermula melalui seseorang yang aku tk kenal asal usul yang kemudian menyapa aku di kotak yahoo masangger..

fizah fisha : tungu janda sapa pulak ni? ( menegur status ym aku)
bulanbintang: assalamualaikum..
fizah fisha : ops waalaikumussalam..
bulanbintang : ni siape ek? aku tk kenal.. sori

kemudian dia mendiamkan diri..

fizah fisha : shahrulkan? tgh bt ape? bz ke?
bulanbintang : ni sape ? seyesly aku tk kenal. kak faezah ke? maadi sehat?

bebrapa minit kemudian dia tanya aku beberapa lg soalan dan menunjukkan dia mcm mengenali aku.. tetapi aku tk tahu langsung siapa dia..aku terusan mengulangi soalan yang sama. siapakah gerangan yang menyapa aku dia kotak yahoo massenger. tapi makhluk ini saakan2 tidak mahu menjawab soalan aku.. mungkin dia ingat "cool" maen teka2 ngn aku.

bulanbintang : tkpe ar kalo tknk bg tau sape. aku mmg tk smbang dgn stranger..
kau sapa? kalau ko tknk bgtau aku delete je dr list friends aku..
fizah fisha : bla bla bla..(still tknk bg tau dia siapa)

dan akhirnya ktorang bertengkar dan akhirnya aku delete makhluk itu dlm list aku.. kemudian msgnya sampai lg

ff : aku nk kawan dgn kau tp kau marah2.. haris ckp kau baik..(wtf sape haris plak ni)

seriously wtf.. haris cakap aku baik. yes aku mmg baik.. dgn mereka yg aku kenal dan aku trust utk dijadikan kawan. tapi apa yang harus kite gelar kepada mereka yang tiba2 muncul dlm kotak yahoo massenger korang dan mula bertanya soklan tanpa memperkenalkan diri? dimanakah adab? sekiranya makhluk itu beradab sepatutnya dia memperkenalkan diri.. tidak perlukah berlagak seperti sudah mengenali dan bertanyakan soklan yg aku malas nk jawab..
mmg bangang sunguh bile berjumpa org mcm ni..

persahabatan.. terlalu abstrak untuk dedifinasikan. persahabatan bkn berlandaskan berapa lama anda mengenali seseorang, berapa kaya atau cantik paras rupa seseorang.. tetapi persahabatan seharusnya berteraskan keikhlasan, kejujuran.. persahabatan mungkin bermula dgn hanya sekadar teguran "Hai".. ataupun kemalangan yang tidak di duga.. pelbagai cara... dan sememangnya boleh aku katakan bahawa kadang2 persahabatan bermula dengan misteri..

persahabatan itu terjadi dgn tiba2.. cuba korang kenang kembali bagaimana korang mengenali rumate korang sekarang.. yes mesti akan terimbau kenangan suka,duka dan mungkin tidak cukup satu malam apabila mengimbau kenangan bersama rakan2.. kadang2 walau hanya baru berkenalan tetapi kite merasakan bagai cukup lama mengenali.. kite serasi bersama, selesa.. segala- galanya boloh dikongsikan.. yea.. "chemistry" hadir dalam hubungan kamu dan dia..

aku bersyukur sepanjang 23 tahun aku hidup..aku telah mengenali pelbagai ragam dan perangai manusia yang ku gelar sebagai kawan..rakan dan sahabat..
kawan mungkin datang dgn pelbagai cara.. aku berdoa smoga ikatan yang terbina ini terus berkekalan sepanjang hayat.

Sunday, January 11, 2009

Apa ada pada rupa? pangkat? harta?

rasanya sudah lama benar aku tidak menzahirkan apa yang berlegar dalam kepala aku. Aku bukan ketandusan idea tetapi aku ketandusan ruang dan kesempatan agar aku dpt mencoretkan sesuatu di sini. Dan kini setelah segala2nya selesai alhamdulillah aku ade seditkit masa bermalas- malasan dan masa untuk memanjakan diri sendiri.

ape yg bz sgt aku bt ek? hahaha.. sepanjang bln december lepas aku sebenarnya bz menyambut kedatangan org baru ke rumah. erm.. abg ipar sulung.. wakakaka tk ku sangka aku sudah ber abg ipar. yer ar nk sambut abg ipar kene ar bt kenduri. bler bt kenduri kene ar kemas umah, cat umah,kemas store, cat pagar, betolkan lampu.. wuahahah canggihnya aku wiring lampu2 yang rosak sume aku bt sendiri. dr porch sampai ar ke bilik pengantin. aku gunakan sepenuh bakat aku untuk mengoden2 lampu kalimantang di rumah ku. sumenyer 4 bijik lampu baru yg berjaya aku pasang tanpa short circuit.

ape kene mengene tajuk ni ngn perkara yg bakal aku merepekkan? jeng jeng jeng...

ada apa pada rupa? erm.. tipulah kiranya org berkata tiada apa2 dr rupa.. ye rupa adalah permulaan kepada semuanya. dari mata turun ke hati.. org putih ckp " first impression". mmg kebanyakkan kite mulakan bibit2 perkenalan dan men"judge" seseorang dr segi penampilan fizikalnya.. rite? kalo seseorang tu muke dia mcm muke pecah rumah mesti org takut nk dekat ngn dia.. kalo org tu muke nerd skit mesti kite rase leh makan dia.. kalo org tu muke innocent mesti kite tk percaya segala perbuatan khianat yg dilakukan oleh beliau.. salah sapa semua ni? yer.. salah kita yg kadang2 meletakan paras rupa sbg penanda aras sebelum mengenali hati budi seseorang itu.. sebenarnya tk semua org yg mukanya pecah rumah dia mmg kaki pecah rumah.. kadang muke yg mcm pecah rumah tu mempunyai hati yg cukup kecil dan penyayang.. percaya tk?

paras rupa adalah kurniaan ALLAH. kita harus menerima seseorang itu seadanya. tk perlu lah kita acap kali mempersendakan kekurangan org lain. tk perlu lah kite mengelar org dgn panggilan yg kurang enak. kiranya mukanya tidak hensem seperti brad pitt dan ade iras2 pekerja buruh binaan kita panggil dia dengan gelaran "suparjo" .. perut boroi dan kite pangill dia roy.. ermm.. mungkin sesekali tidak mengapa dan boleh diangap sebagai gurau senda tetapi jika ia telah acap kali didendangkan tidakkah ia menyakitkan hati? kita manusia.. sedikit sebanyak pasti terasa.. tidak kiralah bagaimana hubungan itu. adik beradik? abg saudara? pak cik makcik?..

jangan lah acap kali mempersendakan kekurangan org dan selalu mencari salah dan meng"complaint". kita sbg sudara yang dekat sepatutnya lebih menghormati dan membantu antara satu sama lain. kita janganlah kerap mencari kesalahan dan kekurangan org lain tetapi sebaliknya bantu untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan itu. itulah gunanya kawan2 mahupun saudara..


td aku tgk majlis perkahwinan mawi kt astro ria.. 1001 mlm.. pergh.. mantap menarik.. dulu aku mengimpikan majlis kahwin yg grand2..kalau boleh aku nk bt dekat hotel.. or yg paling sweet weeding garden. berlatar belakangkan colour cream dan orange.. hahaha (adoi byk sgt terpengaruh tgk perkahwinan org kaya2 kt rancangan nona). tp setelah menginjak dewasa dan seseorang telah membangkitkan hal perkahwinan untuk dibincangkan dgn aku.. tikus dikepalaku mula berlari2 ( una ckp kalo kite tgh berfikir dgn tangkasnya dlm kepala kita ada tikus yg tgh berlari2 menjana idea :P).. org itu berkata kepadaku yang dia ingin membuat majlis resepsi di hotel. tetapi kanak-kanak tidak dibenarkan masuk kerana majlis itu akan dihadiri oleh datuk2 dan datin2 maka majlis itu akan berlangsung dengan penuh protokol. maka sekiranya ada budak2 yang berlari2 maka takut nanti majlis itu tidak akan berlangsung seperti apa yg diharapkan. malulah i depan datuk2 itu. u know it would drop my water face.. erm bg kami keluarga yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan aku rasa adalah tidak patut sekali untuk tidak membenarkan ahli keluarga yang masih kecil untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya. bukankah majlis recepsi itu merupakan suatu majlis yang patut disyukuri dan diraikan bersama ahli keluarga? apakah penting sangat datuk2 dan datin2 itu sekiranya ingin di bandingkan dgn ahli keluarga mu?.. darjat, keturunan, harta.. aku fikir zaman kasim selamat dan zaman ghazali dan tengku zaleha sahaja (cerita antara dua darjat) berlaku. tetapi zaman sekarang zaman pasca moden org masih mementingkan pangkat dan darjat.. masih mementingkan harta. jika syed pasangannya syarifah, tengku dangan engku..

argh~ tidakkah kau ketahui bahawa apa yang ada pada darjat? pangkat? harta? semunya dari ALLAH.. engkau mungkin bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yg berdarah tengku, kaya raya.. engkau juga mungkin bernasib baik dilorongkan ALLAH agar dapat bergandingan dengan org yg berkedudukan, datuk-datuk, datin-datin.. tapi engkau jangan sesekali melupakan asal usul diri.. dilembah dan dipaya dulu tempat kita bermain..air parit.. lecah.. semua tu tempat bermain kita.. jangan sesekali engkau lupakan.. kun fa ya kun. jika ALLAH berkehendakkan sesuatu.. maka terjadilah ia.. jika ALLAH menarik balik nikmat dan kurniaan yg diberikan kepadamu akibat kekufuran mu... nauzubillah

selagi engkau bergalar hamba patuhlah engkau kepadaNYA
selagi engkau bergelar anak patuhlah engkau kepada kedua ibubapamu
selagi engkau bergelar isteri maka patuhlah kepada suami mu..

insyaALLAH aman dan bahagia hidupmu di dunia dan akhirat..

Saturday, January 3, 2009

bandar baru bangi

counting days for going back to UTP.. hahaha

final years final semester...