Friday, November 21, 2008

21 november 2008

21 november 2008.. maka tamatlah semester ini.. selepas aku menduduki kertas petroleum explorasi.. yosh~ one more semester to go then i would work wif PETRONAS.. work with petronas?? can i??...

td tyme g solat jumaat aku sempat sembang2 ngn fauwaz.. citer pasal kami.. bakal2 graduasi utp.. kami seaakan2 tidak percaya bahawa kami akan melangkah ke satu alam baru tidak lama lagi.. alam pekerjaan.. aku merasakan aku baru sahaja lepas membuat internship kt miri aritu.. tup2 da abes semester ni.. haisy~ mase oh masa

lagi satu semester kami plajar ambilan july 2004 akan grad insyaALLAH.. dan selepas itu akan bekerja.. tetapi sejak akhir2 ini aku menjadi risau.. dan kerisauan aku itu bertambah2 apabila mendengar berita kt tv3 td.. "80 BASF plants are closed due to economic circumstances ".. wtf..
aku ingt ape yg aku dgr dr anwar ibrahim dulu hanyalah satu temubual biasa.. temu bual seorang ahli politik.. tp betol rupa2nya..

shit ar AMERIKA.. amerika megalami kemerosotan ekonomi yang teruk.. bape byk trilion tah dorang hutang akibat spend byk sgt kt perang.. skang duit yg dikeluarkan oleh negara uncle sam itu tidak bernilai.. tiada cagaran keatas duit2 itu.. hanya sekeping kertas..

tu lah.. tun dari dulu da cakap.. pakai dinar emas.. kite bt kiter punya tukaran wang sendiri.. tayah ikot amerika tu.. seyesly kalo kite n negara2 islam bersatu dulu pakai dinar emas skang.. surely negara uncle sam itu akan meminta2 ngn kite n ade possibility dorang plak yg akan bergantung kt kite.. tp.. wut to do.. kite masih bergantung kepada tukaran wang mereka.. kalo mereka lingkup.. kiter pon berkali2 ganda lah lingkup..

ape yg akan terjadi kepada graduasi 2009 ek? dikala ekonomi merudum? erm.. Ya ALLAH bantu lah kami..

Friday, November 14, 2008

oH bUlaN

aku tgh stadi EIS (engineering in society).. dlm bilik sesorang..
rakan2 sume g IRC.. aku tkley nk lame2 kt sane sbb air cond dia sejuk n idung aku rase tk sedap..
actually idung aku ni sensitip skit..

aku pandang langit malam..
aku terlihat bulan mengambang penuh..
argh~ indahnya..
aku perhatikan nya hingga ia hilang di sebalik awan..

bulan terang..
sungguh indah sekali..
aku memandang di kejauhan bulan..
hatiku merasa cukup damai sekali..
aku suke bulan..aku suke bulan..
sbb tu name aku bulanbintang..
kedua2nya indah sekali..
aku mengharapkan kehidupan aku indah..
seindah bulan dan bintang..

p/s : nk jadi angkasawan n nk g bulan.. argh~ aku semakin merepek semenjak akhir2 ini.. mungkin tekanan menjadi seorang final yer student..
hermm -_-""

Monday, November 3, 2008

aku Shahrul a.k.a -ARU-

aku shahrul. aku seorang LELAKI..
aku ade sejemput janggut
aku ade bulu kaki yang lebat..
aku ada testis n penis..
so ape lagi yang perlu dibuktikan
untuk aku menjadi seorang lelaki??

tk perlu rasanya untuk berjaga pkul 3-4 pagi..
hanya sekadar menonton bola..
tgk bola sampai pagi2 untuk membuktikan aku lelaki??
argh~ dats bullshit..

biarkan kau panggil aku nerd..
biarlah aku dikatakan geek..

tp aku bahagia..
bagun pagi..
cukup tido..
kadang-kadang dapat mimpi best...

dats it..
im happy wif my life rite now..
aite~ ^-^V

Thursday, September 18, 2008

ku lihat layu dalam melayu...

Layu..

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

dedicate to all meLAYU..

16 september.. tarikh malaysia ditubuhkan.. sabah, sarawak dan tanah semenanjung disatukan..

smlm cuji bg aku lagu ni..
aku dengar dan amati..
aku suka... aku rasa macam aku terbagun dari lena yang panjang..
malique merungkai satu persatu sikap orang melayu..
sikap orang melayu yang buruk..

"Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu"

aku paling suka bait2 ayat ini..
raser mcm malique tembak aku berdas2..
tepat kene kepala otak aku..

aku org melayu..
dan aku memiliki sikap2 org melayu..
g kelas ddk belakang..
kalo ade tmpat yg gelap.. itu lah yg aku pilih..
salah aku..

org melayu.. petah berkata kudrat tk bernilai..
yeah.. tau ckp saja..
kau taburkan bermacam2 janji..
tapi ape yg kau lakukan utk bangsamu..
argh.. itulah pemimpin yang ku pilih..

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak... argh.. aku tak tau ape yg hendak dikatakan lagi..
mmg ini sifat aku.. org melayu..
che det..
aku melayu..
aku mudah lupa..
setelah diberi sedikit nikmat dan kesenangan..
aku lupa.. aku lalai..

aku insaf...

Thursday, September 11, 2008

terasa ingin mencoret sesuatu..

entah mengapa mlm ini aku terasa ingin mencoretkan sesuatu..
sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini..
aku tenggelam..
tenggelam dalam kesibukkan ciptaan aku..
final yer project, plant design project, petroleum exploratio, reservoir engineering...
argh...
sumenyer harus aku bereskan...


semester lepas adalah semester honeymoon bagi diriku.. internship..
argh.. aku merindu segala-galanya di miri..
duit sendiri, vacation tanpa henti, internet laju, citer korea..
masakan kak faezah, bad n kak yani...
nasi briani daging tanam masakkan bad..
terliur rasanya...
aku rindu... aku kangen banget pada semua itu..

kini aku d utp..
tadi aku baru lepas baca blog fynnjamal..
kenalkah korang pada fynn??
dulu2 aku ade post entry ttg sajak yg dibacakan oleh fynn..
yang bertajuk "ayah"..
aku masih teringt kpd fynn..
seorang wanita yg mendeklamasi sajak..
diiringi petikan gitar..
sajak yg dibacakan penuh penghayatan..
fynn oh fynn..
kini dia telah bergelar isteri orang..
dia melangsungkan perkahwinan pada 31 august yg lalu..
tahniah fynn..

aku terbuka hati utk mencoretkan sesuatu kerana fynn..
kerana majlis pekahwinan fynn..
simple but sweet..
apabila aku membaca entrynya aku tergelak sendirian..
kenduri yg simple...
hanya kenalan yg rapat di jemput..
hantaran 1 dulang dibalas 1..
aku tk pernah terpikir...
camera dslr sony aplha bersama cincin yang berukir "fintri"..
dan suaminya membalas pda dan cincin berlian "heart on fire"..
argh.. sungguh sweet...

aku paling tertarik pada barisan ayat ini

" fynnjamal tidak mahu sesuatu yang jula-juli.
cukup sekadar kecil, tapi berseri.

kesimpulannya, untuk majlis sekecil saya, paling2 hanya 4 ribu sahaja. makan untuk seratus orang, pelamin kecil tapi manis, bunga2an mewangi suasana.

yang mahal adalah harga fitnah durjana.

hantaran adalah untuk kita, bukan untuk orang2 di luar sana. kalau ada, belilah. kalau tidak berapa mampu, nanti2lah.

apa makna majlis yang ke langit, andai di hujung malam, pengantin bermasam muka menarik rasa? kalau diberi, ambil. kalau tiada, usah diminta.

tiada yang lebih tajam dari perkara yang diungkit2.

makcik2 yang mengata (dalam entri2 lepas) ada yang datang. semua diam. tidak berkata apa. mungkin tuhan sudah memberi sedar padanya.

biar mati anak, jangan mati adat itu mencarut saja.
adat mati, boleh dicari.
anak mati, tak berganti."...

sungguh mendalam maksudnya...
sungguh menyentuh hati yang mahu memahami apa yang ingin diberitahu oleh fynn..

"perkahwinan dibina atas kasih sayang dan cinta..
tidak perlu majlis yang besar...
jika hanya untuk menunjuk..
menutup mulut yang tidak henti berkata-kata"..
tidak perlu membina ikatan perkahwinan dgn hutang keliling pingang...
manakah datangnya bahagia sekiranya si suami sibuk memikirkan cara membayar hutang??

"hantaran adalah untuk kita, bukan untuk orang2 di luar sana. kalau ada, belilah. kalau tidak berapa mampu, nanti2lah."...

aku kagum dgn kamu fynn...
smoga aku dikurniakan isteri yang memahami diriku..
seperti kamu memahami tri...


Monday, June 16, 2008

Cinta tiga segi...

hari ni aku bawa korang menghayati sebuah lagu yang cukup pilu dan sedey.. tajuk lagu ni adalah cinta tiga segi dan di nyanyikan oleh kumpulan strategy.. tp penyanyi asal dia adalah hazwan..

aku terbuka hati nk mengulas cerita ni selepas aku terdengar salem menyanyi blk lgu ni kt radio muzik smlm.. erm.. lagu ni sunguh2 la pilu and ader kisah di sebaliknya... before aku ceritakan kesh dia aku nk korang hayati lirik dia dulu...

Cinta_Tiga_Segi
by Strategy

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

cerita ni di ceritakan oleh zaid kepada aku.. then mule2 aku mcm x percaya pastu arini aku google ar internet cari.. pastu mmg cerita yg diceritakan oleh zaid pada aku tu mmg cerita yg tersebar luas kt internet.. korang mesti tk pernah dgr lagu ni or ambik kesah cerita disebalik lagu ni sbb korang bukan peminat lagu2 rock kapak yg hanya di dengari oleh remaja2 yg bermaen "gitar tong" yg lepak2 dibawah sinaran lampu jalan ditepi tembok.. walopon aku bukan kaki lepak tp aku ambik kesah gak pasal perkembangan dunia seni tanah air kita...wakakak..

kesah lagu ini bermula disini .....

lebih kurang 4 - 5 tahun dulu adalah sepasang loving couple yang bernama hazwan and norzi ayu.. yang telah berjanji sehidup semati.. then diorang decide utk get marrried.. pastu lagi seminggu nk kawen si kekasih ni telah memutuskan utk tidak berkahwin dgn tunangnya kerana di telah bertemu dgn ex-boyfrend dia and jatuh cinta kembali dgn kekasih lamanya.. wtf..

Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang aku jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar...


pastu mengikut sumber yg tk tahu kesahihannya selepas membunuh kekasihnya norzi ayu itu si hazwan ni pon pergi menyerah diri kt balai utk dihukum... pastu sebelum dirinya di gantung beliau telah membuat permintaan utk merakam lagu ini..

aku tk tau ar kesahihan cerita ini.. tp pengajaran yg boley diambil

  • pilih ar pasangan yang betol.. dalami diri sendiri sebetolnya adakah anda betul2 mencintai kekasih anda.. jgn da nk kawen baru raser tk cinta..bt solat istikharah sblm nk bercinta..nghenghe
  • jgn buta hati dan bodo sgt.. blk kpd kekasih lama yg meninggalkan anda..
  • jgn jadi bodoh kerana cinta... kalo putus cinta just sedey2, nanges sikit2 da ar.. tkyah ar sampai nk bunuh2...
  • solat byk2 minta petunjuk kt yg maha esa.. awak tu islam.. ade iman.. bacer quran (mcm yg abg sedara aku bt pas putus cinta) wakaakak... solat byk2.. myb org yg kita cintai itu bukan hak kita.. ape2 yg ALLAH tetapkan ader hikmah dia.. ingtlah bahawa .
"mungkin sesuatu yang kita inginkan bukanlah sesuatu yang kita perlukan dan mungkin sesuatu yang kita tidak kehendaki adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup ini"

  • lastly kalo tkley gak lupakan si dia meh jumpa aku..aku kasih "basuh" skit..hahahahahahaaha..(diri sendiri pon pernah sedey2 nk nasihatkan org konon.."pooodaaaahhhh chit")

check check rock rock

Sunday, June 15, 2008

rahsia lelaki yang wanita perlu tahu...

Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

4) Lelaki dan bola..

lelaki dan bola memang tidak dapat di pisahkan.. walaupon seorang lelaki itu tidak minat bermain bola, namun apabila musim bola melanda mereka akan menontonnya.. biarpon terpakse bangun pukul 3 pagi.. masa inilah diorang nk spend mase ngn rakan2....


selaen rahsia di atas aku jugak nk share perkara2 yang DILARANG KERAS untuk dibincangkan bersama lelaki...

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

5. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

6. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

7. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

8. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Wednesday, June 11, 2008

Simple quote to ponder :)

simple quote for us to ponder . Lately i think a lot.. thinkin' bout wut will happen in da future.. i think i should be our new prime minister...because i think more about rakyat, especially bout my budget... OMG...

please vote me to be your new prime minister... wakakakakaka

p/s giler akibat tertekan dgn harga minyak yg melampau.. full tank waja rm 160?? wth....


Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus, tetapi Allah mencabut ruhnya para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang alim pun, maka orang ramai akan mengangkat para pemimpin yang bodoh. Mereka apabila ditanya, memberikan keterangan fatwa dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan pula menyesatkan. "

(Muttafaq 'alaih)...

adakah kite telah mengangkat pemimpin yang bodoh? yang hanya membebankan kehidupan seharian kita? fikir-fikirkanlah...

undi saya.. jgn lupe :)

Thursday, June 5, 2008

Khalifah Umar Abd Aziz

Umar bin Abdul Aziz r.a.
(61 - 101 H)

Saat itu tengah malam di kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a. berjalan menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak melewatkan satupun dari pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini lelah dan memutuskan untuk beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah dekat dia beristirahat.



"Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air," kata sang ibu.

"Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air," jawab sang anak.
"Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah Amirul Mukminin tidak mengetahuinya," kata sang ibu mencoba meyakinkan anaknya.

"Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul Mukminin pasti melihatnya," tegas si anak menolak.

Mendengar percakapan ini, berurailah air mata pria ini. Karena subuh menjelang, bersegeralah dia ke masjid untuk memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah anaknya untuk menghadap dan berkata, "Wahai Ashim putra Umar bin Khattab. Sesungguhnya tadi malam saya mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya."

Ashim bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin. Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar ayahnya berkata,
"Pergi dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu. Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin bangsa."

Begitulah, menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama Laila, yang nantinya dikenal dengan Ummi Ashim. Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang cacat karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.

Pada saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644 Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim menjalani 12 tahun kekhalifahan Ustman bin Affan sampai terbunuh pada tahun 656 Maserhi. Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti Umayyah.

Pergantian sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada Negara Islam saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah penguasa yang mewah, penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan bersemi. Ambisi kekuasaan dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan korupsi mewarnai sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah luas, penduduk bertambah banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang, tapi orang-orang semakin merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai terlihat jelas, posisi pejabat-rakyat mulai terasa. Kafir dhimni pun mengeluhkan resahnya, "Sesungguhnya kami merindukan Umar, dia datang ke sini menanyakan kabar dan bisnis kami. Dia tanyakan juga apakah ada hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak karena takut."

Kemudian Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya. Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia buat sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman dilegalkan dan tindakannya yang paling disesali adalah membunuh sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin Ali bin Abi Thalib. Yazid mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh Husein.

Akan tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah. Dia menyadari kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan ayahnya. Dia memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong. Terjadilah rebutan kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin Zubeir, seorang sahabat utama Rasulullah dicalonkan untuk menjadi amirul mukminin. Namun, kelicikan mengantarkan Marwan bin Hakam, bani Umayah dari keluarga Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan meneruskan sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh tahun lebih dan lebih zalim daripada Yazid.

Kelahiran Umar bin Abdul Aziz

Saat itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 - 705 M) yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh, ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin Hakam) saat itu.

Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup dalam lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar mendapat kecelakaan. Tanpa sengaja seekor kuda jantan menendangnya sehingga keningnya robek hingga tulang keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz seketika tersentak dan tersenyum. Seraya mengobati luka Umar kecil, dia berujar,

"Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah terwujud, dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa ini."

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Semasa Khalifah Walid bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabernur Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah, beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa itu usianya 33 tahun.

Umar bin Abdul Aziz mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai istrinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul Malik bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah, yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah.

Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah

Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda".

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:

"Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan".

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.

Umar berkata kepadanya, "Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua."
Fatimah bertanya kepada suaminya, "Memilih apa, kakanda?"
Umar bin Abdul Azz menerangkan, "Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu."
Kata Fatimah, "Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku."

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.

Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar Al-Khatab.

Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.

Kematian beliau

Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.

Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”



Wallahu a'lam...

marah?? bengang?? raser nk gado??

status ym along : "buzy curi basikal jiran untuk pergi kerja esok.. duit tkder nk isis minyak..
status gtalk zaid: kalo BA menang aritu minyak naek ke ek? belom cuba belom tau..
status ym syauki: 78 sen?? GEMILANG :: CEMERLANG :: TERBILANG..
status ym pesa : mari2 gali minyak...

huaa~~ minyak da naek sumer org pon raser kelam kabut. pg td tyme aku datang opis komet da bertebat ngn halim ttg kerajaan.. kalo org BN bertemu BA.. mau gado dibuatnya.. aku??

tah ar hati aku cukup bengang and kecewa dgn kenaikan ini.. kalo ikut harga baru ni 2.7 seliter.. erm g teluk intan dr utp mau rm 20 kot. demmit.. wutderfargggg.. yeah komet ckp kenaekan harga minya tk dpt dielakan kerana kiter dipengaruhi dgn harga minyak dunia.. tp kiter penjual minyak.. sepatutnya kalo minyak makin naek.. negara kiter makin kaya.. da ar minyak kiter berkualiti tinggi.. yup.. untung PETRONAS mencecah rm 80 billion las yer.. itu yg dibgtau..tp actually staff2 petronas ckp semasa aku kt d35 dulu lebih sebenarnya keuntungan tu.. so ape kerajaan nk bt ngn untung byk2 tu? komet cakap goverment nk recycle blk keuntungan utk untuk generate more profit for the future tp sampai bile nk recycle2..sampai bile nk kaut untung byk? bilion2? samapi sumer rakyat melarat?... erm... sebenarnya ade care untuk menyelesaikan masalah minyak ni.. ALLAH swt da cukup cantek da.. letak minyak kt semua negara islam. tp negara2 islam ni mostly pemimpinya terdiri dr golongan yg sengal.. xmo berfikir.. lebih rela mengikut telunjuk AS laknatullah.. apa AS nk dorang bagi.. pemimpin2 negara islam ni tkmo bersatu langsung.. lebih rela dicucuk hidung dari bermuafakat sesama islam.. cuba korang bayangkan kalo malaysia,arab saudi, iran n negara2 islam laen ddk semeja. bersatu.. kite ttpkan currency sendiri mcm yg mahadthir sarankan. kite mmpu manipulate dunia. kiter mmpu gegarkan dunia.. sbb pe? sbb AS, n byk negara2 mmbangun pakai minyak utk generate industri diorang.. so kalo kite yg kawal minyak agak2 ape jadi kt diorang ek?..

bile ar islam kt dunia ni akan bersatu? aku teringin nk tgk zaman kegemilangan islam mcm tyme khulafak ar rasyidin,zaman uthmaniah, umayyah.... tyme tu islam berada di puncak.. kalo x silap aku tyme khalifah umar abd aziz.. tyme tu islam sungguh mantap.. entah lah..

td aku g mkn kt mukmin... nasi lemak special rm 5.5 .. up 2 hinggit.. las week aku mkn harga dia rm 3.5.. kenaekan barang akibat kenaekan minyak mmg tk dpt dielakkan.. so skang aper yg perlu kite bt kite berjimat cermat.. and reconstruct semula kiter punyer budget.. smoga terus bersabar n doakan yg terbaik untuk malaysia.. harap2 tkder org yg kebuluran pasni...

Sunday, May 25, 2008

walaupun aku Stacy bukan permaisuri~~~

argh~ baru balik dr bintulu.. sesungguhnya kerja offshore mmg memenatkan.. lg2 kene cover platform kt bintulu sedangkan aku ddk kt miri..

mlm semalam aku layan af final. layan gak.. tah nape tyme ddk kt miri ni aku mcm layan plak af yg aku kutuk2 dulu.. bukan stakat konsert malahan diari, diari ext pon aku layan.. segala2nya ttg af aku layan.. haha.. result final konsert smlm mmg agak menarik.. juara af6 adalah dr sabah, stacy.. alamak terlebey sudah~~... lagu Aku stacy mmg enjoy n mmg sedap d didengar.. aku tk sabar2 nk donload lgu tu dr internet. tp antara byk2 lagu yg aku suke adalah lgu nubhan.. cinta shah jehan terhadap mumtaznya.. mmg menusuk lagu tu..lgu tu mmg padan ngn nubhan. mantap seyh~ mesti hit pas ni..

tp aku kesian skit kat nadia.. mengikut perkiraan aku dia patut dpt no 3. tp tah..mak cik2 tkmo undi dia kot.. suara dia serak2 sedap.. tp pe nk bt tkder rezeki.. but persembahan yg paling biasa adalah dr Toi.. ader ar improve skit tp biasa ar.. tp aku still suke toi sbb dia blur.. menggelikan hati tol dpt sakat org blur mcm toi ni...

tp korang perasan tk tyme ac nk create enviroment suspen nk umumkan pemenang tk jadi sangat. pastu plak reben kilat2 waner kuning yg digunakan utk sambut dak2 af tu grad sangkut kt kasut dia.. dia jalan2 sambil bende tu tersangkut kt kaki dia.. aku tk sedar mule2nye tp si budak riz gelak2 .. mmg ar org perasan...bengong riz. tk seyes langsung.. org tgh suspen2 nk umumkan juara dia ley bantai gelak2 plak..huhu

alamak terlebey sudah~

p/s post merapu akibat terlalu fanatik ngn AF

Thursday, May 15, 2008

Mimpi ? ?

mlm td aku tertidur atas sofa kerana keletihan.. erm..lately ni aku kerap merasa penat n malas.. pastu aku terjaga kire2 pukul 418 pg.. erm.. subuh masuk kul 453 adey.. lame lg ni.. sambil menunggu subuh aku tgk ar badminton.. siaran ulangan women's double lawan korea.. adey asal player ni asyik anto bola out jek? bg mata senang pada korea? ermm.... tk excited aku tgk so aku pon sambung tido~

pastu seperti biasa kul 500 org tersayang akan gerak aku solat subuh.. aku pon solat pastu smbung tidoq blk.. aku sedar blk utk g kije pukul 7.. huhu lmbt sungguh aku bgn.. kije kul 730 ni.. tp sblm mandi aku usha phone dulu.. ader satu msg dr kak long aku.. dia tulis :

"tolong jaga diri baik2.. saya mimpi tk baik ttg diri awak. sy bkn nk percaya pd mmpi. kalo ader bnyi phone tgh drive biarkan jek jgn angkat, berenti bru angkat, ingt janji awak pd ibu"

pastu aku pon dgn gatai nya mereply :

"saya ingt janji saya pada ibu.. ajal maut d tangan ALLAH.. kalo ditkadirkan saya hidup sampai umur 22 thn jek ape nk bt? awak tau kan no pin atm card saya? bku bank bcb, tabung haji sume ader kt umah, tp bku bank hlb ade kt bank hlb kt taman midah cheras.. aritu tk sampat nk ambik sbb rushing nk g miri.. kalo terjadi paper kt saya jgn lupe claim insurance kt UTP and OGM.. cukup kot nk bt majlis tahlil.."

korang agak2 kak aku mimpi ape ek?

tyme mandi2 sampil memanjakan muke aku ngn pncuci muke aku terpikir.. sekiranya aku mati kejap lagi. ape akan jadi? tiba2 bulu roma aku ternaik.. jntung aku berdebar2.. adey~ cuaknyer.. takutnya pikir azab tyme mati nnti.. tiba2 aku terpikir ttg sumer dosa2 yg telah aku lakukan.. ya ALLAH.. teruknya aku. byknyer dosa.. mesti teruk kene azab nnti ni.. adoi~ pikir2 blk aku jd cukup insaf.. rase mcm nk jage pandangan, jage hati, jge solat... sume aku nk jge.. tp miri ni? haisy~~ sume org kt sini nk pakai baby-t.. aku tknk tgk.. tp kene buka mata gak ar kan? kalo tk nnti mesti aku masuk longkang, jatuh parit... so nk tk nk kene ar tgk..

mati? uish~ sesuatu perkara yg amat menakutkan.. tyme sakaratul maut, tyme dlm alam barzakh, tyme kt padang masyar.. sume tu tgh menunggu.. mmg horror kalo memikirkannya.. kalo org kerap pikir yg dia akan mati esok atau jap lg mcm aku..mesti tk berani nk bt jahat da.. nk doa, nk solat..nk minta ampun byk.. korang tau tk mcm mane keadaan tyme mati? myb most of us tau keadaan nk mati melalui pembcaan atau penceritaan.. tp aku? aku pernah merasaainya.. walopon hanya mimpi n bukan real tp aku dapat raserkan yg ia btol2 terjadi.. aku dpt rasekan yg tiada lg hari esok untuk aku bersuka ria, bergurau senda.. tgk ibu bapa menangis, kawan2 pon muram jek.. pastu saat dikapankan, diusung ke kubur.. and paling x best skali tyme ko da di masukkan dlm umah 7-7-3 tu.. tyme org nk kambus. ya ALLAH.. setiap kali aku ingt mesti aku taubat xnk bt dosa.. aku tatau mcmne nk cite.. tp marilah kiter sama2 jadi baik sbb kiter tk tau ape akan terjadi jap lg..

marilah kite same2 berdoa agar kiter sume selamat dr segala bencana, terlindung dr malapetaka.. dan org yg tersaayng juga selamat.. amin~

Wednesday, May 14, 2008

ayu oh ayu~

mlm td aku tgk citer sindarela.. demmit you ayu~ that the words suit with her.. geram giler ar ngn ayu mlm td.. cian kt hussein.. haisy~~ ape akan jadi kalo bender tu terjadi kt korang? kalo kt aku? aku akan dgr lagu ni sambil berkabung mcm hussein..

apa bile dgr lgu ni rase sedey, rase simpati, raser geram.. haisy~ putera indrapura tu pon keciwa gak ngn rania.. haisy~ citer sindarela smlm penuh ngn kekecewaan





By Kumpulan Bau, OST Sindarela

Lagu: Chot Bau
Lirik: Chot Bau/Bahri Uma

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Tuesday, May 13, 2008

herm~~ wondering..

aku tk tau nk post ape untuk minggu ni..lately ni bz siapkan report yg telah terbengkalai sekian lama.. selaen report aku gak tgh bz melayan citer korea.. so aku tkder mase nk update blog ni.. tp demi rakan2 yg sentiasa menunggu update dan sedar atas tanggungjawab itu (bestnyer jd perasan n bt ayat poyo nk mampus) aku tetap nk post sumting..

org kate gambar dpt memberitahu kiter seribu makna.. ape yg korang dpt tau dr gambar ni?


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Monday, May 5, 2008

Pak Cik dan Peti Ais ?

huhu akhirnya setelah bertungkus lumus blaja care2 nk edit blog akhirnya siap gak blog aku.. walopon tk brapa nk lawa tp bg aku ok gak ar.. hasil karya seni org tk berseni mcm aku..leh consider mantap gak ar ( siapa lagi nk puji aku kalo bukan diri sendiri :P )

hari ini dapat gak aku tulis sumthing kt sini. lately ni kerje krt opis melambak2 sampai tkder mase nk merepek kat sini. tp bak kata pepatah "nk seribu daya tknk seribu dalih" demi minat dan tanggungjawab (ceeewaahh poyo ar aru ni) aku adekan gak mase untuk menulis kat sini.

ape aku nk share pada kali ni ek? ermmmmm.... (pikir sat ).... haaa da dapat. kesah pak cik dan peti ais. las week aku blk ke kampung halaman ku yg tercinta kt Teluk Intan tu ha.. pastu pada weekendnyer plak adik aku mengajak aku g pekan beli2 barang sikit. aku ingt lg tyme tu ari sabtu kul 11++. tyme tu panas n aku malas nk bawa keta sbb aritu ader perayaan ape tah kt pekan tu. kalo aku bawa keta aku akan stress n perjalanan aku akan penuh ngn maki hamun org. so untuk mengelakkan dosa kering aku bawa ar AFL 5969. ia mempercepatkan perjalanan walopon panas skit. nk dijadikan cerita adik aku nk g Avon bli barang so aku maleh nk ikut aku lepak ar kt sebelah kedai elektrik berhampiran moto aku. tyme tenggah tunggu adik aku aku perhati ar sekeliling.(mmg habit aku suker tgk org ) pastu dgn tidak semena2 pandangan aku tertancap pada seorang pak cik. pakcik ni umur dlm 35+ kot. berseluar track suite and berbaju t lusuh. aku perhati jek pak cik tu. dia tgh deal ngn tokey elektrik tu untuk beli sebuah peti ais. mule2 dia nk beli peti ais baru. pastu dia mule ar start tawar menawar.. aku tk berapa dengar sgt baper tokey tu letak harga peti ais tu. lame gak pak cik tu tawar menawar. last2 tokey tu bawak pak cik tu ke belakang kedai. dia tunjukkan satu peti ais lame. pastu pak cik tu tanya baper harga? tokey cina tu ckp "lu angkat ar. lu punya pasat wa kasi 240. ni ok lagi ma. elok lagi" pastu dia panggil pekerja dia n suruh dia tunjukkan kt pak cik tu condition pet ais tu and dia plak g blah layan other potential costemer. pastu pekerja dia pon g ar buka2 peti ais tu tunjuk keadaan dlm. pada pemerhatian aku mmg zahirnya peti ais itu nmpk ok tp kalo ko blaja skit2 mesti korang dpt agak sbb per org jual peti ais. antara sbb dia compressor da rosak n cooler dia da tk cool sgt. and korang tau tk? pendapat aku betol. aku terdengar yg pekerja tu ckp kt pak cik tu yg peti ais tu da tk ok sgt. seb baek pekerja tu ckp kt pak cik tu kalo tk pak cik tu mesti kene tipu. then pak cik tu terus g kt tokey tu n deal lg nk beli peti ais baru. dia mcm nk sgt beli pati ais tu.
mcm kesian jek muke pak cik tu.

korang rase2 ar..sbb per dia nk sgt peti ais tu? ha aku ader 2 option :

a) mesti bini dia kt umah da bising2. umah org laen ader peti ais umah diorang tkder. pastu bini dia berkeras gak nk peti ais. kalo tk bini dia bt mogok tk nk masak. tu sbb dia struggle nk beli

b) sbb suami dia sayang kt isteri n nk belikan peti ais untuk beliau.

based on dua option yg terpikir dlm otak aku ni kalo option b. maka bahagia ar umah tanga dorang. kalo option a. yg terjadi? bayangkan betape strugglenyer idup pak cik ni. dia berusaha sungguh2 untuk turutkan kemahuan bini dia. walopon hakikatnya dia tk mampu beli peti ais tyme tu.cuba korang bayangkan dia terpakse kerje keras untuk membeli peti ais. org teluk intan. kerje per sangat. berkebun, bertani, jala ikan, meniaga.. bape sangat ar dia dpt. nk pikir mkn pakai anak2,bil air, api,minyak moto.. haisy~ susahnya jadi ketua kuarga ek. cuba korang bayangkan kalo pekerja kedai td tk ckp yg peti ais second hand tu tk ok sgt. pak cik tu pon beli ar ngn harga rm240. pastu pakai 2-3 bln rosak. for sure dia kne marah ngn bini dia n dia rugi rm 240. korang tau tk bertapa bernilainya rm 240 kepada seorang petani? besar maknanya.

kadang kadang aku pelik ngn sikap segelintir wanita yg aku tgk through cerita di celah2 kehidupan. diorang demand mcm2 kt laki diorang. pastu diorang claim yg laki dorang tk berusaha langsung untuk membahagiakan diri mereka. padahal laki tu sikit punyer struggle untuk turutkan kemahuan isteri tp sebenarnya tk semua kitorang laki dpt turutkan. mne nk pikir duit air,api,mkn pakai anak, blanje sekolah.... haisy~ kalo gaji rm 500 sebulan.. tambah tolak ader ar kot 50 untuk simpan.. tu pon kalo betol2 saving. pastu isteri demand nk peti ais ar, set sofa ar, tv 55 inci ar.. maner tk botak kepala si suami? myb 500 kt teluk intan leh idup tp 500 kat KL? Penang? Miri? hahah almaklum makan pasir ar..

korang mesti tk merase kan jd org susah? tgk org susah? haha next entry aku share plak kisah idup aku tyme jadi orang susah tyme kecik2 dulu.. kutip koko, jual pisang, jala ikan nk bt mkn.. meracun...hahah sumer ni aku pernah bt.. tp next entry ar aku citer..

bacer ikut nada tagline faisal AF7

"SALAM~~"

Thursday, April 24, 2008

L. O. V. E.

When you're fishing and a fish got caught,take it quickly..
dont let it go back into the water
cuz....
it will have to bear the pain caused by
your fish-hook...
maybe it will suffer for the rest of it's life...

it's the same when you keep on giving hopes to someone.
when that person starts to love you, take good care of his/her heart.
dont leave that person
cuz..
he/she would probably feel hurt when haunted by the memories made with you..

if u buy a plastic container, don't put expectations which are too high on it. just use it normally, dun expect it to withstand heavy objects...
cuz..
once it broken, it's gonna be hard for you to fix it..
at last, u have to throw it away..
but if u have used it the way u should,
u can easily fix it...

The same goes to human beings. If u "have" someone,
don't expect them to be just perfect
and don't put hopes which are too high on
that person...
cuz..
once they make a mistake, u'll hardly forgive them..
in the end, u'll feel crestfallen n leave them...
instead, if u have taken them as they are...
u'll probably have forgive them n continue ur relationship till the very end...

if u have a bowl of food
which is for sure will satisfy u and healthy for u..
y search for more delicious ones?
while u're searching, someone might have eaten that bowl of rice...
in the end, u'll regret it...

If u met someone whom for sure good for you,
will love you with all his/her heart, caress you,
take good care of you,
will hold your hand and never let it go,
why hesitate to hold his/her hand?
why hesitate and try to compare that person with others?
while u're busy searching for a "perfect" one... u might lose him/her..
In the end, u'll regret when he/she has someone else's...

Tuesday, April 22, 2008

CINDERALELA vs. SINDARELA

hoho td baru pas tgk citer sindarela ep 11 sbb las week tk dpt tgk.. i was fall i love with this story.. so sweet. citer ni mmbuatkan aku nk tulis sumting.. skang actually aku tgh countdown untuk citer sindarela episod 12.. skang tgh berita. ape yg aku nk share ngn korang kali ni ek? erm just simple question jek. tp aku nk korang fikir dan kasik idea bernas. erm.. mcm biasa ar masalah citer sindarela yg aku nk share is masalah hussein (bos sindarela) ngn ayu. td ader satu since tu tyme sindarela tgh talk heart to heart ngn ayu citer betapa sayang nyer hussein kt ayu dan dia da hampir berjaya untuk force aku berterus terang. citer sume bender kt hussein. citer yg dia da ader org laen. tp suddenly hussein ckp nk bawa ayu g holiday sempena bufday dia. agak2 korang ar kalo korang berada di tempat ayu, korang raser korang akan berterus terang tk yg korang tk cintakan org tu lg sedangkan pasangan korang tu tkder cacat cela, da mmg perfect, kalo nk bt calon isteri or suami mmg da ok sgt. tp korang nk minta clash sbb mcm yg ayu ckp td tk tkder rase cinte kt boyfren dia. korang agak2 korang sanggup tk?

kenapa ek kadang2 kiter dah menjumpai pasangan yg sesuai ngn diri kite.. loving,caring,smart, pandai tackle hati kite.. tp kiter selalu take it for granted. kite bt tk reti jek dgn kehadiran si dia di sisi. kiter tend to fall in love with other guy/girl yg kite tk psti sama ada dia sesuai untuk kiter atau pon tk.. kenapa ek? kiter akan terase kehilangan dia bile berjauhan.. biler dia da tkder kt sisi. or myb dia telah jatuh cinta pada org laen.. kenapa tyme tu baru kite sedar yg dia penting dlm hidup kite? aku raser masalah ni sering terjadi kat kaum laki honestly ( gul pon ader gak ).. honestly speaking actually laki ni dia suker kt org yg lawa2 jek. dia sering tergoda ngn org yg parasnya lawa dari perangainya yg lawa. korang setuju tk?( ckp melalui pengalaman huhu).. laki ni iman dia kadang2 lemah giler.. selalu terkantoi ngn wanita. tgk org lawa skit maka bergetarlah hati sanubari dorang. tk kira ar student ke,suami org,boyfren org, rakan masjid.. mesti punyer ar terdetik hati dorang n sumtimes dorang akan terkasima ngn kecantikan para wanita ni.. tp sumer ni dpt di kawal. its depand on IMAN sesorang tu. kalo rakan clubbing senanglah tergoda hatinya manakala rakan masjid maka terjagalah hati dan padanganya. dan rakan separa masjid mcm aku iman dia fluctuate. kadang naek kadang turun. kadang2 turun lame sebelum naek.. huahauah.

Tp gul laen plak. dorang ni tk kesah ttg paras rupe. n kalo seseorang gul ni da suker kt laki tu dia akan syg btol2. dia akan jaga btol2. dia lebih rela mkn hati dr meninggalkan org tersayang. dan selalunya perempuan akan jatuh cinta dgn org yg mmpunyai personaliti yg same ngn ayah diorang. percaya tk? perempuan diorang akan cuba mempertahankan hubungan diorang if dia yakin yg laki tu adalah ditakdirkan utk jadi suami diorang. walopon laki tu sedikit hampeh. tp lelaki tidak.. tyme diorang raser tiada lagi cinta dlm hati diorang akan blah and diorang akan kejar perempuan yg diorang rse sesuai ngn diorang and mostly calon selepas itu mestilah lg lawa dr yg sebelumnya.

betolkah ape yg aku tulis ni? pikir pikirkan...

*rakan separa masjid = pg masjid biler rase nk g. kadang kadang g kadang2 tk. selalunyer maleh. hauhauahauah

Sunday, April 20, 2008

Ayah dan Ibu..

erm post untuk arini aku nk try buat as short as possible. 1st of all nk citer pasal misteri kehilangan pil resdung. adalah pelik dan ajaib sekali. pil resdung yang aku letak atas meja dekat ruang tamu umah aku boleh ilang. saper yg ambik ek? tkkn makcik cleaner kot? tk logik btol.. ape kejadahnyer mak cik cleaner nk ambik tkkn dia pon ader resdung? aku da tanya da dia ckp tk nampak pon pil tu kt situ.. haisy~~

tadi tyme aku tgh tgk berita ray pastekan link kt ym aku.. aku pon usha ar :



lagu nasyid dak2 sekolah. tajuk dia kasih ibu.. huhuh terkenang ibu kat umah.. tk sabarnyer aku nk balik. nk cium ibu n abah.. nk peluk dorang.. sesungguhnya rite now i.m mishing umah soo much.. haisy ape ar ibu ngn abah tgh bt tyme aku tgh tulis blog ni?

sedap tk lagu nasyid ni? erm.. bg aku ok ar.. sedap ar gak utk di dengar.. tp lagu ni lagi mantap dan sedey.. cube try dgr



lagu ni seyes boleh menitiskan air mata sesiapa yg mendengarnya. tyme aku dgr lagu ni aku aku sedih sgt. aku sedih biler pikir2 ttg perangai aku sebelum ni. ttg sifat pemalas aku. tp alhamdulillah skang aku cube jadi matured skit. aku try jadi rajin or paling tk pon aku try bt2 rajin depan ibu aku walopon aku maleh sebenarnya..huahauaha.. asalkan dia senang hati aku da cukup gembira da.. aku raser bersyukur sgt sbb at least aku masih ade ibu. dan ibu aku sgt2 menyayangi aku. tapi.. ader gak org tak bernasib baek mcm aku.. ni ader kesah aku petik dari sahabat aku.. korang bacer dan korang judge sendiri..

March 17, 2007
erm..

tarikh ni tahun lepas..mak sihat walafiat..lansung tak nampak tanda2 mak akan pergi..tetiba aku terasa seperti nak tulis siri idop aku yang ntah ape2..ni aku paste dari forum aku..

ramai yang kematian nenek kan..erm..aku gak ade seorang nenek yang boleh dikatakan rapat gak dengan dia masa kecil..tapi masa dia meninggal aku tak dapat tengok..n aku tak dapat rasa sedih..sebab aku dah kehilangan mak dan ayah aku dulu before nenek aku..

ayah aku meninggal masa aku form 5(17 thn skrg 21 thn).3 ari sebelum aku kena pergi pkn first batch yang first pkn..nak taknak aku kena pergi gak pkn..ayah aku meninggal sebab sakit jantung..memang kami adik beradik tak berapa rapat dengan ayah sebab dia tak selalu dirumah..ayah nak sangat duduk hospital dia memang percaya sangat kat doktor.dia taknak duduk rumah,dia nak sihat..tetiba aritu aku terlintas nak lawat ayah aku..da sampai hospital baru aku tau yang ayah aku nak dihantar ke hospital besar..kalau lihat dari keadaan dia..tak nampak tanda2 dia nazak..tapi aritu aku terlintas nak peluk cium dia..yang mana aku tak pernah buat pun sebelum nih...
semua seems ok mak ikut ayah pergi hospital besar..aku tak boleh ikut..kena jaga umah..tade org
aku kuar rumah jalan ngan member cam biasa sampai la petang tu aku balik rumah,nampak jiran aku berkumpul depan rumah..masa tu aku memang pelik.jiran aku datang n peluk aku bagitau ayah aku dah tade..
masa tu..aku dapat terima hhakikat tu..aku tak titiskan airmata..bagi aku..ayah aku da cukup terseksa..biar la ayah aku pergi dengan tenang.Tapi aku tak dapat perasaan aku masa aku kat pkn.tau2 je la.tengok muka mak aku sebelum aku pergi..mak aku berat je nak lepaskan...jauh dari keluarga.malam2 mesti teringat ayah aku..dosa2 yang aku da buat kat dia..

aku dapat terima hakikat ayah aku dah tade..sampai la tahun lepas...mak aku selalu mengadu sakit kepala..letih2..tak ermaya..kami adik beradik ingat tu disebabkan tiroid mak.tiroid mak memang besar kat leher..dari masa mak 20 an lagi sampai la 40 an..memang besar..kami memang dari keluarga yang boleh dikatakn susah..so memang susah nk hntr mak pergi operate tiroid tu...tapi tu la impian mak..buang tirod tu..so kami decide tuk seboleh mungkin kumpul duit tuk mak operate..everything seems ok..midsem aku balik hntr mak pg sultanah aminah..

aku memang jarang ade kat umah.suk asrama.sampai kat utp memang jrg balik umah.cuma cuti pnjg jer..aritu aku tgk mak da lain..mak still sihat..cuma mak tak larat nk jalan.kami ingat mak cuma demam jer..tapi aku terharu.sewaktu mak yang a tak larat tu.mak still concern nk masak tuk aku..sbb ak balik umah.da check darah sume.doktor cakap dtg lagi 3bln dpn.tulah prosedur hospital kerajaan..tak boleh diharap..

ak goon dgn hidup ak..ak balik utp..sampai la satu hari..kakak aku kol aku..nangis2.dia ckp dia telepon mak suara mak pelik..(akak ak tgh final uniten last sem time tu) dia rasa risau sgt tapi dia tk dpt blk..so aku pun kol mak..memang mak nak cakap pon da mengah..suara mak jadi halus sgt..tnya mak kenapa..mak ckp mak sihat( aku jrg kol mak aku)..aku pun time tu tak dapat balik..tapi time tu aku assume mak sakit tekak..
satu je yg ak tak puas ati.abg ak ade kat umah masa tu..dia tau keadaan mak.tapi dia lansung tak concern..dia xbgtau pun kat adik beradik yg lain ..mak sihat ke demam ker..adik aku citer abg aku tu siap mengarah mak buat keje n suruh jaga anak dia lagi (sampai skrg ak xske abg aku)

akak aku da tak tahan..dua org kakak ak yg tua setahun 2 dari aku nak act sendiri..taknak tunggu adik beradik yg tua..dia bwk mak pegi jupe specialist kt kpj..baru la tau ape yg berlaku kat mak..mak dapat barah otak.n kanser paru2.doktor ckp da kritikal.mak cuma ade masa sebulan lagi...kakak aku citer.mak tak berhenti menangis sbb terkejut bila dpt tau berita tu...mak mintak jangan bagitau aku..sbb ak da dkt nk final masa tu..mak tak nak aku risau2..tapi kakak ak bgtau gak.sbb masa tu study week..

aku balik umah..aku tgk keadaan mak..mak da kurus..memang da lain sgt..tapi mak still boleh bercakap..mak minta makan macam2,tapi harapan mak nk sihat tetap kuat..mak ikut nasihat doktor..cuba semua jenis ubat tradisional..macam biasa mak still concern ttg kebajikan aku..tnya stadi aku..nk masak tuk aku..mak ckp kt aku dia minta maa sbb tak larat nak masak tuk aku..ak tak dpt thn..ak tgk keadaan mak masa tu pon da nak nangis..ak takleh nangis depan mak..aku taknak mak rasa bersalah n sedih..bila da tk thn aku pegi blkng umah..sb ak da tk thn..aku nangis..

masa tu nak bedah operate mmg da xbleh..kalo la awal2 bwk jumpe specialist..mak mesti still ade skrg..tapi aku still pegang harapan..mak boleh sihat..mak baik..aku rasa ni cuma ujian jer...so kami bawak mak cuba gak berubat secara tradisional..mak da tak larat jln.tapi mak still nk cuba pergi berubat..pegi ptg ahad sblm ak blk utp.mulanya ak tak nak ikut sbb bas ak malam tu..tapi masa kt pintu nk slm mak..mak ckp kat aku.lepas ni da sempat ke tidak jumpe aku lagi..tatap mata mak..aku tau mak sedih..so aku decide nk hntr mak g berubat gak..ak gembira sbb dapat papah mak..suap mkn kat mak..masa otw nk g berubat tuh..
alhamdulillah smpi umah sejam sblm bas aku blk utp..so aku stilll smpt balik..ak tatap mak puas2..mak pun sama..tapi walau bagaimana aku try..aku tak dapat bertentang mata ngan mak..aku sedih sgt..ak minta mak sihat..so boleh la dtg lawat ak kat utp..(mak xde chance pon nk tgk utp)..cuma ak masa tu dah suntuk masa..ak tgh rush..aku termarah mak aku sbb satu hal kecil...
ak nyesal..

ak balik mlm tu dgn rasa sedih gle..berat ati nk tinggal mak..
2,3 ari lps tu kakak aku kol aku..sbb mak nk ckp ngan aku.."mmg sebak gle..dgn suara mak yg sekat2..wish final aku..pesan aku berlajar rajin2..
alhamdulillah aku still dpt thn diri aku..concentrate paper aku..2 minggu akhirnya habis gak paper..tapi aku tak dapat balik awal (satu menda yg ak sgt nyesal) sbb tiket tade kena tunggu jumaat n kena jupe org kt kl..ari jumaat tu lps kelas..kakak aku kol..dia menangis..aku da dapat agak..ak tak tau automatik aku terus nangis..depan khalayak ramai..aku da tak kesah..yang aku tau..aku nak cepat balik bilik...kemas2 n cuba balik umah gak aritu..tapi aku tak dapat...
dengan org yg aku anggap kwn kt utp ni yg tak dpt nk tlg ak..aku trpaksaa tunggu lps smyg jumaat..nk naik bas mmg da tade tket.terpaksa tumpang ngan org..6 jam..
dlm 30 km nk smpi umah..abg sulung aku kol aku..dia ckp tak boleh tunggu aku tuk kebumi..org kmpg da bising..
aku tak tau camne nk hadapi masa tu..rasa cam nak pengsan jer..aku da memang tak bermaya lnsg tak makan sbb tade selera..masa tu ak cuma pk kan bagus kalo ak plak mati lpstu..
sampai umah mak da takde..da kebumi..xpt nk cium peluk mak..masa tu aku cuma rasa marah sgt2..ak xsalam abg2 n akak ak..yg salam pon cam salam nk taknak..muka mmg masam abis time tu..terus masuk blik..ak taknak jupe sesape..

macam tu la yg berlaku..bygkan la..xdpt jupe org yg kita syg tu..nk je rasa g gali balik..da tade ape yg ak bleh buat..ak amik air smyg..ak baca yassin malam tu..ati aku dpt tenang sket.
kalo raya sebelum ni mak sihat walafiat jer..ttbe raya mak da takde..memang lansung tak macam raya..sampai ade aku terpikir x balik raya..kalo raya aji skrg mmg da tak balik.Dlam keluarga.antara adik beradik lelaki.aku la yang paling rapat ngan mak aku..aku tak kisah peluk cium mak ..dpn org..sbb ak nyesal tak peluk cium ayah aku masa dia sihat..terlalu byk memori pada mak..dia la the greatest person i ever known..dia sanggup bersusah payah tuk anak2 dia..dia gak pernah naik basikal dlm ujan pegi umah org pinjam duit tuk anak dia.masa aku demam dia tukarkan kain basah kat dahi aku hmpr sepanjang malam...dia segala2 nyer bagi aku..

sekarang dia da takde..setiap kali aku mimpi..mesti aku mimpi bersama mak aku macam mak still ader kemudian mesti berakhir dgn ia meninggal..over n over again..sebab aku still tak dapat trime kenyataan yg dia da takde..dia tak penah ade penyakit..ttbe dpt tau ade kanser..dia tak pernah senang..banyak menda yang dia berhajat tak tertunai.
kitaorg ade jupe kertas yg ia simpan berisi prinsip2 dia..antaranya.1.tak derhaka pada suami. dan 2.jaga ank sebaik mungkin walau diri sendiri susah..

aku still rasa macam skrg dia ade kat umah.aku bygkan ape yg dia tgh buat skrg..dan kalau boleh aku nak kol dia..nak cakap dgn dia..rindu nak dgr suara dia..tapi dia mmg da tade...tade pe ak leh buat..ape yg ak boleh buat ialah ingat balik mcm mana dia treat aku kemudian tersenyum dan bersyukur sbb ak pernah ade mak yang sgt syg aku..
walau bagaimanapun..aku stilll tak dapat terima kenyataan tu..sekarg ak all alone..mmg da jarang balik umah..yg ade umah abg n akak aku..tapi aku takkan jadikan tu 2nd house aku.aku lebih rela lepak umah member jer..tak tau sampai bile ikatan kekeluargaan ni akan kekal..makin hari makin longgar...

erm... kesian kan? tiap kali aku bacer post ni aku raser nk menitis jek air mata ni.. so nasihat aku kt mereka2 yg still ader ibu ayah..sayangilah mereka sesungguhnya tanpa mereka tiadalah korang dpt melihat dunia ni

p/s tkder ar pendek sgt kot..huahuahauaa

Thursday, April 17, 2008

Special for you.. :)

Photobucket

Monday, April 14, 2008

sweet~




huhu aku ingin menjadi romantik secara tiba-tiba

Tuesday, April 8, 2008

Engkaulah SINDARELA lalalal~~~

erm.. actually aku da off laptop da td.. bersedia untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap favourite series.. SINDARELA .. romantic comedy.. aku mmg suke genre citer mcm ni.. tyme tgh2 kusyuk tgk citer tu tetiba ader satu scene yg mmbuatkan tgn aku gatal nk menulis.. gatal sgt2. . persolaan bertubi2 menerjah ke dalam kotak fikiran aku. kisah yang ditonjolkan kt citer tu mmg kerap terjadi dalam alam pecintaan n aku pon pernah merasa hidup dalam situasi itu. Ape dia ek situasi tu? so aku pon buka balik laptop aku and start merepek2 dlm blog ni.

Tadi tyme aku tgk citer Sindarela tu ader satu scene ni. Scene Bos sindarela ckp "I LOVE YOU" kt awek dia. AYU.. actually bos sindarela ni bukan jenis yg romantik. dia jenis yg rileks2, hati kering, tk maen jiwang2. Tapi dia belajar untuk menjadi romantik agar dia dapat mewarnai semula kisah percintaan dia ngn AYU. Kerana dia mulai sedar bahawa kalo dia terus tk menjaga hati AYU, berkemungkinan besar cinta AYU akan beralih arah sbb sebelum tu hubungan mereka da retak2 sikit. Dia berusaha menjadi romantik. Dia buang jauh2 perasaan malu dia, dia ignore sumer prinsip yg dia junjung selama ini demi seorang perempuan. Dan akhirnya dia dpt ckp "I LOVE U" kt awek dia biar pon mmg nmpak mcm kayu je.. bagi aku ini satu pengorbanan yg besar. Korang ingt senang ke laki nk buang ego diorang n ignore prinsip yg selama ni dia junjung? tapi the sad side of this story is AYU da tk cinte kat pak we dia da.. dia telah jatuh cinta dekat bos dia yang lebih bekarisma, ader future, romantik (sape name tah tapi tyme citer manjalara dulu dia blakon watak jahat. blakon watak orang suruhan sahara) . dari episod lepas lg AYU da syok kt bos dia. Tapi apabila dia tgk effort pak we dia, dia terpakse menipu. When pak we dia tanya "Do You Love Me?" ..dan ayu jawab yes sambil tersenyum kelat. persoalan yg aku bangkitkan di sini adalah mengapa AYU harus tipu?

Mengapa AYU mesti menipu demi menjaga perhubungan mereka? kenapa dia tidak terus terang jek? kenapa.. kenapa.. kenapa?? pakwe dia mati2 ingt ayu cintakan dia sampai da plan nk propose. wahai kaum hawa kenapa korang harus bertindak begitu? tidak berfikir panjang sebelum membuat sesuatu? korang ingt dgn "bohong sunat" demi menjaga perhubungan itu akan membuatkan lelaki itu bahagia? tk fikir ke future effect yg akan berlaku. tk tau ke betapa hancurnya hati si lelaki apabila melihat kekasihnya bemesra ngn org laen?... bagi aku AYU adalah seorang wanita yg hanya mementingkan diri sendiri.. dia hanya tunggu masa pak we dia buat silap sikit dan nah.. dia akan marah2, ckp kasar n at last minta clash sbb da tk tahan dgn sikap pak we dia. padahal dia da ader orang laen.. WTH??....

itu side citer ayu.. ni aku nk citer pasal sindarela plak. actually sindarela ni da ter"syok" kt bos dia. sbb dia dapat raserkan yg mereka berdua ader chemistry. dua2 pon giler2, selamber, sempoi... dan aku raserkan diorang mmg sesuai tp masalahnya kenapa dia tk berterus terang ek? dia mandiamkan diri dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di bengkel dengan harapan tidak akan berjumpa bos dia. pastu ddk kt umah serabut2 pikirkan ttg bos dia.. erm.. myb sbb dia ingt "aku perempuan so malu ar aku kalo mamat tu reject nnti.. tkper ar aku bg hint jer ar yang aku suker kat dia".. erm bg hint?? aisey..aku cukup tk reti tyme org bg hint2 ni..n aku raser ramai lelaki yg tk suker kepada hint. kadang2 mereka tk paham pon hint yang diberi. sbg contoh yg pernah aku alami adalah ader ar one gul ni dia nk tgk wayang. tyme tu kitorang tgh kuar mkn ramai2. tyme makan tu kitorang tgh citer pasal muvi..citer ape tah.. and actually gul ni nk tgk giler citer ni. so dia pon bg hint. nk tau dia ckp ape? " mesti panggung da penuh skang kan..sbb ramai org nk tgk citer tu".. so kitorang pon just angguk jer ar.. then pastu kitorang g jalan2 sembang2 and about kul 11 lebey tu tetiba ader org men"suggestkan tgk muvi" pastu dak perempuan ni ckp " tu ar tadi aku ajak tgk muvi tkmo. skang da kul 11 baru nk beli tiket.. maner der.. ni miri bukan KL.." erk.. biler mase dia dia ajak? dia ckp "mesti skang panggung da full sbb citer tu ramai org nk tgk <---- HINT"..... maner kitorang tahu..adey sengalnyer hint yg dibagi.. so moral of the story is wahai kaum hawa kurang2kan lah bg hint sbb kitorang kaum adam ni tk berapa nk paham hint yang diberi.. most of guy lebih suke exact answer. NAK ckp NAK.. kalo TKMO ckp ar TAKMO.. ni ckp.. erm tkper lah.. erm... nanti lah..tknk susahkan awak.. ADEY~~ cuba kalo sindarela berterus terang mane ar tau tah2 bos dia tu pon suke kat dia. kan dah dpt boyfriend.. kalo laki tu reject pon at least u have give a try. bg aku "IT'S WORTH TO LOST PRIDE BECAUSE OF LOVE ONE".. BETTER DO SUMTHING THEN NOTHING.... wuhahahahha so to all guls out there kurang2kan hint tingkatkan productiviti... hahahaha

Monday, March 31, 2008

Brunei?? Alhamdulillah.. aku telah sampai

Alhamdulillah.. akhirnya minggu lepas aku tela menjejakkan kaki kt negara brunei darussalam. Brunei Darussalam.. aper yg aku dpt ckp ttg mu.. a day before i wen to Brunei.. rase mcm tk percaya jek kitorang akan ke overseas (walopon brunei ngn miri dekat tp still overseas gak kan =p).. komet n ray asyik bercerita ttg tidak sabar nk g brunei.. bercerita dgn penuh exited. bercerita mengenai pengalaman baru yg bakal di tempuhi.. aku plak? herm.. tk tau nk raser mcm mane sbb aku da pernah g sampai dekat kastam dgn kak nora n kak nina dulu..sampai kastam je ar. tk sampai brunei pon.. nmpak mcm biasa jek.. tp aku betol2 berharap tyme masuk brunei nnti terjadi miracle. al maklum la negara kaya. mesti bes kan2? aku tk sabo nk pergi sok hari..

29 march 2008 - kul 8 pagi.. Nabila call. * setelah kau pergi.. ku selalu berduka.. tk pernah tenteram di jiwa* lagu favourite aku UJI RASYID - berbunyi2.. * hello~~

aku : Hello.. erm.. berdehem sambil mamai2.
nabila : awak.. bangun. awak bukan ckp nk pergi brunei ke arini.
aku : Allah~~ kul bape da ni?
nabila : kul 8.
aku : Allah da lambat janji ngn azhari kul 9. *demmit asal tkder org kejut ni*. k ar awak nk mandi. dah lambat ni.
ayat betanda * tidak aku lafazkan kepadanya. =p

so aku pon bersiap2. patut ar tkder org gerak aku. ray tgh tido. komet tk tau per cerite. then da abes mandi2 sumer2 ray ckp. bro dtg lambat sikit sbb der kerje so kiter g breakfast dulu. fuhh~~~ tk lambat.. seb baek..

pukul 10 lebey2 sikit azhari pon sampai. naek keta yg amatlah bes n isi gas n yosh~~ bergerak menempuhi dunia baru...

sepanjang perjalanan sumer gembire. gelak2. eppy jek. pas kitorang melepasi border n kastam still heppy2 n exited. masuk2 jek kt sempadan brunei ader sign board tulis *martabatkan bahasa melayu*.. kah2 respect tol aku.. pastu every signboard mesti ade tulis rumi n jawi.. ni mmg btol2 negara islam. rase respect mula terdetik dlm hati aku. 1st tmpat yg kitorang nk g is The Emperor. hotel yg besar bagak. on da way g brunei kitorang melalui jalan haighway yg kiri kanan dia adalah hutan.. *haisy mcm on da way blk teluk intan jek*.. so aku ambil kesempatan untuk TIDO.

tgh2 jalan aku terjaga. budak2 ni sumer bising. umah cikai jek. tp almost sumer umah ader keta yg best2. kAGUM2

the 1st place yg kitorang singgah adalah The empire hotel. Pergh~~ besarnyer.. tk pernah terpikir kt kotak pemikiran remaja kampung seperti aku =p untuk menjejakkan kaki kt sini. "besar gilak" kata org serawak. azhari ckp hotel ni merupakan hotel kerajaan. cost pembinaan dia still tk diketahui dan hotel ni tkder untung langsung. duit yg masuk jus cukup untuk maintenance. huhuhu pemurah btol hasanal bolkiah ni.

pastu kitorang g usha istana nurul izzah n jerudong park. ok ar. tp jerudong park da tutup sbb dia nk upgrade. adey tkder luck. g sane tyme org nk upgrade. tp azhari ckp jerudong park tu is tje largest theme park kt asian.. huaa nais2.. leh g lagi untuk honeymoon nnti. sep skit. honeymoon kt theme park jek.. hahahaha.

the next stop is bandar seri degawan. adey.. bandar dia sunyi.. maner g sumer org? mall sikit punyer besar tp org? brg2 dlm mall? sumer da outdated. huhu.. pastu kitorang g solat kat masjid yg agak best. berkubah emas kot.. tah ar.. tk nmpak sbb tgh renovate. ape lah malang. g tyme org renovate.

tp yg paling besh kt sane is aku dapat makan lamb chop yg best. da lame tk makan bende2 yg best. kt miri makanan sumer tk best.. harga lamb chop tu pon kire ok ar 5.50 dollar bersamaan ngn 12 hinggit kot. erm.. tu jek kot pastu kitorang pusing2 kt town yg mati tu.. then heading back.. tyme blk kitorang singgah sekali lg kt jurong park. nk psuing2 ambik gambar.. ader ar sepam dua gambar yg di ambik kt sane.. korang nk usha gambar aku? meh aku tunjukkan :


eppy2 tyme nk g brunei


martabatkan tulisan jawi


bergambar sebaik saja sampai


outside view


istana isabella


pesa : haisy nk g mane lg ni?


azhari : korang tk bawa baju? jom ar mandi. baju aku dlm beg ni
ray : jap2 nk posing ni


scene 1


scene 2


masjid tgh renovate


akak JOLIBEE.. akak?? adik kot :)


apek seronokkan naek unta ni?

ni ar sedikit sebanyak pengalaman aku kt sini. tkder ar best sgt . tp boley ar ..

Sunday, March 30, 2008

Indahnya andai akhlakku seanggun dirinya..

Cerita ni aku petik dari email yang dikirmkan kepada aku oleh Suria Norhaniyaa. empunya moto 125z yg berkaler merah.. aku agak kagum gak ngn minah ni.. dia mempunyai perwatakkan muslimah millennium. bukan typical muslimah yg bertudung labuh, hidupnyer hanya di rumah dan rakan2nya hanya saudara2 seusrahnya, tidak berani bersuara.. suria bukan mcm ni.. dia seorang yang lantang, kehidupan sosialnya agak bagus kerana dia selalu melibatkan diri dalam event2 yg di anjurkan utp (sosial aku di sini bukan maksud g keluar tgk wayang, campur laki perempuan.. social di sini bermaksud kehidupan berkawan. dia mempunyai ramai kawan dan bercampur dgn ramai org. namun dia tetap menjaga batas2 pergaulan yg telah ditetapkan oleh islam). dia juga mempunyai moto 125z yang aku sangat kagum kerana dia reti membawa moto yg ader clutch (aku pon kdg2 sangkut gak bawa moto clutch).

sebenarnya untuk menjadi icon muslimah di masa kini kita haruslah selalu up to date. Bukan uptodate dgn gossip2 liar di MELODI or bPOP mcm aku tetapi uptodate ngn perkembangan2 hal ehwal semasa spt bidang politik,ekonomi n pelbagai lg. Apabila kiter sentiasa up to date kite akan lebih mudah bergaul kerana kite tidak akan kekeringan idea ketika bersembang dgn org tu. kite akan lebih mudah mendekati antara satu sama lain dan apabila kite mudah mendekati org n org senang dgn kite, kiter akan lebih mudah mempengaruhi dan mendekatkan diri mereka dgn ajaran islam. Aku bukannye nk complaint atau mengutuk mana2 pihak. Tapi aku ingin menegur. walaupon aku bukanlah org yg layak untuk menegur atau mmberi comment ttg kehidupan org lain, tp sumtimes teguran org seperti aku ada asasnya. Kadang2 mereka terlalu asyik hidup dlm kepompong or dunia yg mereka bina sendiri sehinggakan terlupa dunia luar. Kadang2 org2 yg islmic ini terlalu extrem. Mereka selalu membeza2kan org. Nasihat yang diberikan tidak berhemah. Suke menyerang peribadi org. Ayat nasihat yang terlalu kasar bg aku. Mereka seringkali memalukan individu yg tidak se"fikrah" dgn mereka. Kalo boleh mereka ingin memberitahu seantero dunia ttg kesilapan seseorang itu. Ini bukan cara yg betol. Rasullullah sendiri berdakwah dgn berhemah. apa yang dikatakan berdakwah secara berhemah??

Mereka seharusnya berlapik ketika bercakap.Tidak terlalu lantang dan kasar. Tidak menyerang peribadi org yg dinasihati. Sebaliknya mereka haruslah menegur pada masa dan keadaan yg sesuai. Org ckp timing kene betul barulah org boleh terima nasihat. Ini tidak. nk tegur kesalahan org depan member2. ni bukan sahaja akan mengaibkan diri org yg ditegur malahan niat murni anda untuk menegur akan disalah tafsir n korng mungkin akan diF*@k seumur hidup. tu ar pasalnya badan dakwah di university2 tidak disukai oleh org yg tidak se"fikrah" dengan mereka.

Tapi bukan semua pendakwah berperangai begini. Ade sesetengahnya berakhlak dgn akhlak yg baik. Mereka mudah didekati dan kata2 mereka tidaklah terlalu keras. Mereka tidak hanya bercampur dgn rakan2 se"fikrah" mereka tapi mereka bercampur dgn semua lapisan masyarakat. Apabila mereka bercampur dgn semua org barulah mereka dpt mendalami setiap permasalahan yg timbul dan mereka dpt takel masalah tu dari akar umbi. Aku rasa cara ni lagi berkesan.

tajuk aku kat atas actually tkder kene mengene ngn suria. tu just opening jek. "Indahnya andai akhlak aku seanggun dirinya" actually utk cerita kt bawah ni :)

Assalamualaikum,Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.

Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu! , sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.
Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik.
Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya.

Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi.

Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi ya! ng teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.

Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.