Thursday, September 18, 2008

ku lihat layu dalam melayu...

Layu..

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

dedicate to all meLAYU..

16 september.. tarikh malaysia ditubuhkan.. sabah, sarawak dan tanah semenanjung disatukan..

smlm cuji bg aku lagu ni..
aku dengar dan amati..
aku suka... aku rasa macam aku terbagun dari lena yang panjang..
malique merungkai satu persatu sikap orang melayu..
sikap orang melayu yang buruk..

"Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu"

aku paling suka bait2 ayat ini..
raser mcm malique tembak aku berdas2..
tepat kene kepala otak aku..

aku org melayu..
dan aku memiliki sikap2 org melayu..
g kelas ddk belakang..
kalo ade tmpat yg gelap.. itu lah yg aku pilih..
salah aku..

org melayu.. petah berkata kudrat tk bernilai..
yeah.. tau ckp saja..
kau taburkan bermacam2 janji..
tapi ape yg kau lakukan utk bangsamu..
argh.. itulah pemimpin yang ku pilih..

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak... argh.. aku tak tau ape yg hendak dikatakan lagi..
mmg ini sifat aku.. org melayu..
che det..
aku melayu..
aku mudah lupa..
setelah diberi sedikit nikmat dan kesenangan..
aku lupa.. aku lalai..

aku insaf...

5 comments:

Fir Da Vinci September 19, 2008 at 4:16 AM  

Ko tulis sendiri ker..bagus lar..

ni lagu apa plak?

Org melayu memang tak sedar diri..
Kat UiTM ni..dah la universiti melayu..ada jer yang tak sedar diri..benggang aku!

Check blog ni..senior aku punya

http://qanunfiatdunia.blogspot.com

Anonymous September 20, 2008 at 2:47 AM  

jadinya arooo.. camne?
ape2 jadi.. kita tetap melayu..

iLLy September 21, 2008 at 5:07 PM  

ic ku tulih melayu. tp org2 diluar sane menglabelkan daku sebagai melayu celup/cacat. maka dgn itu... dgn itu, aku masih melayu

bulanbintang September 21, 2008 at 7:41 PM  

yup..kite melayu.. tapi kite boleh berubah.. berbuah menjadi super melayu.. bagaimana ek menjadi super melayu??

Izyan Izzaty November 14, 2008 at 10:47 PM  

syahdu entri ni.
16 september hari jadi saya.
jadi, macam sambut hari kelahiran malaysia juga.
tapi, sedih juga, ramai sebenrnya orang tak tau bila malaysia ditubuhkan.
:(