Sunday, March 30, 2008

Indahnya andai akhlakku seanggun dirinya..

Cerita ni aku petik dari email yang dikirmkan kepada aku oleh Suria Norhaniyaa. empunya moto 125z yg berkaler merah.. aku agak kagum gak ngn minah ni.. dia mempunyai perwatakkan muslimah millennium. bukan typical muslimah yg bertudung labuh, hidupnyer hanya di rumah dan rakan2nya hanya saudara2 seusrahnya, tidak berani bersuara.. suria bukan mcm ni.. dia seorang yang lantang, kehidupan sosialnya agak bagus kerana dia selalu melibatkan diri dalam event2 yg di anjurkan utp (sosial aku di sini bukan maksud g keluar tgk wayang, campur laki perempuan.. social di sini bermaksud kehidupan berkawan. dia mempunyai ramai kawan dan bercampur dgn ramai org. namun dia tetap menjaga batas2 pergaulan yg telah ditetapkan oleh islam). dia juga mempunyai moto 125z yang aku sangat kagum kerana dia reti membawa moto yg ader clutch (aku pon kdg2 sangkut gak bawa moto clutch).

sebenarnya untuk menjadi icon muslimah di masa kini kita haruslah selalu up to date. Bukan uptodate dgn gossip2 liar di MELODI or bPOP mcm aku tetapi uptodate ngn perkembangan2 hal ehwal semasa spt bidang politik,ekonomi n pelbagai lg. Apabila kiter sentiasa up to date kite akan lebih mudah bergaul kerana kite tidak akan kekeringan idea ketika bersembang dgn org tu. kite akan lebih mudah mendekati antara satu sama lain dan apabila kite mudah mendekati org n org senang dgn kite, kiter akan lebih mudah mempengaruhi dan mendekatkan diri mereka dgn ajaran islam. Aku bukannye nk complaint atau mengutuk mana2 pihak. Tapi aku ingin menegur. walaupon aku bukanlah org yg layak untuk menegur atau mmberi comment ttg kehidupan org lain, tp sumtimes teguran org seperti aku ada asasnya. Kadang2 mereka terlalu asyik hidup dlm kepompong or dunia yg mereka bina sendiri sehinggakan terlupa dunia luar. Kadang2 org2 yg islmic ini terlalu extrem. Mereka selalu membeza2kan org. Nasihat yang diberikan tidak berhemah. Suke menyerang peribadi org. Ayat nasihat yang terlalu kasar bg aku. Mereka seringkali memalukan individu yg tidak se"fikrah" dgn mereka. Kalo boleh mereka ingin memberitahu seantero dunia ttg kesilapan seseorang itu. Ini bukan cara yg betol. Rasullullah sendiri berdakwah dgn berhemah. apa yang dikatakan berdakwah secara berhemah??

Mereka seharusnya berlapik ketika bercakap.Tidak terlalu lantang dan kasar. Tidak menyerang peribadi org yg dinasihati. Sebaliknya mereka haruslah menegur pada masa dan keadaan yg sesuai. Org ckp timing kene betul barulah org boleh terima nasihat. Ini tidak. nk tegur kesalahan org depan member2. ni bukan sahaja akan mengaibkan diri org yg ditegur malahan niat murni anda untuk menegur akan disalah tafsir n korng mungkin akan diF*@k seumur hidup. tu ar pasalnya badan dakwah di university2 tidak disukai oleh org yg tidak se"fikrah" dengan mereka.

Tapi bukan semua pendakwah berperangai begini. Ade sesetengahnya berakhlak dgn akhlak yg baik. Mereka mudah didekati dan kata2 mereka tidaklah terlalu keras. Mereka tidak hanya bercampur dgn rakan2 se"fikrah" mereka tapi mereka bercampur dgn semua lapisan masyarakat. Apabila mereka bercampur dgn semua org barulah mereka dpt mendalami setiap permasalahan yg timbul dan mereka dpt takel masalah tu dari akar umbi. Aku rasa cara ni lagi berkesan.

tajuk aku kat atas actually tkder kene mengene ngn suria. tu just opening jek. "Indahnya andai akhlak aku seanggun dirinya" actually utk cerita kt bawah ni :)

Assalamualaikum,Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.

Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu! , sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.
Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik.
Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya.

Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi.

Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi ya! ng teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.

Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

4 comments:

iNz April 1, 2008 at 6:42 AM  

it is my dream too =)

moroka April 1, 2008 at 4:23 PM  

terharu aku baca kisah ni. mampukah aku menjadi sebaik lelaki dlm kisah ni suatu hari nanti..huhuh.

neway, kuat puji suria, ade pape ke..ehem2. =P

bulanbintang April 2, 2008 at 8:37 AM  

tkder ar..pasni aku puji ko plak ar rosli.. ke nk aku puji saleha??

moroka April 2, 2008 at 7:38 PM  

adei..puji aku cukup..hahahah..
xde lah. aku saje je nk balas balik ko gosip aku ari tu. =P