Thursday, April 23, 2009

cerita kelakar dan hakikat seorang manusia

wey~ posting sajak yg bertajuk aku benci kau tu tkde kne mengene ngn sape2.. korg jgn ar terus2 lompat kt conclusi terlalu cepat..

pg ni aku dpt email dr seorg kenalan sbb dia rse sajak tu utk dia.. tajuk email " kau patut baca ini penjelasan".. aku bce sambil gelak2.. adoi asal cik terasa?

manusia.. cpt benar "jump into conclusion without carefully examine or gather any fact related".. ape kes? dlm saja tu aku tkde pon state name norzilawati bt harun.. or harun b. salim bachik or marfu'ah bt jemain.. (nme2 ni tkde kene ngn aku.. aku harap tkde org terdekat pakai name ni).. so nape ade org terasa? hahaha..

aku nk pesan.. aku tk benci sapa2.. aku ni sapa nk benci org? perasaan benci dan sayang dua perasaan yg sama tp dia jadi berbeza apabila otak membeza2kan perasaan tu..

ye ye.. sori kepada sapa2 yg terasa.. nnti aku bt posting aku sayang kamu plak.. aku serious harap maya karin mail aku n ckp " hey tlg la.. aku sudah berkahwin ok.. you lambat".. atau pon yoona reply " oppa sarang nge"..

jgn mudah terasa sbb komet slalu ckp " its not all about you"...

Monday, April 20, 2009

Gadis dan Bunga

Gadis Dan Bunga
by Rahimah Rahim

Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...

cuba dgr lagu ni.. sweet giler old skool.. bile dgr lagu ni aku terbayang sorang gadis kampung berkebaya ketat.. potongan mcm sarimah.. pinggang 28.. huaa~ ayu giler..

Friday, April 17, 2009

aku benci kamu

pagi ini aku bangun,
perasaan benci itu datang bertalu - talu,
aku benci kamu,

kerna kamu bahagian buruk aku
kerna kamu bahagian keji aku
aku benci kamu
dan mual diriku melihat kamu..

tapi kata kamu
aku penyeri hidupmu
aku saat - saat bahagia diri mu
dan hanya aku bisa membuat diri mu bahagia..

tapi kamu silap..
masa untuk memandang mu pun aku terasa jijik
dan aku tidak akan pernah lagi
lari menuju ke lorong gelap
yang telah kau cipta
untuk menjerat aku..

Wednesday, April 15, 2009

Engkau tahu?

Engkau tahu?
kadangkala Dia di atas sana sengaja menetapkan seseorang itu melalui jalan yang sukar..
jalan yg tidak pernah lurus..
jalan yg penuh dgn onak dan duri..

Engkau tahu kenapa Dia menetapkan qada' dan qadar mu sedemikian?
kerana Dia mahu engkau belajar..
kerana Dia mahu engau tabah..
kerana Dia mahu hidupmu penuh dgn segala mcm pahit dan manis pengalaman
kerana Dia mahu bila kau berjaya nnti kau dapat merasa manisnya kejayaan itu
kerana Dia mahu engkau menghargai apa yang kau miliki setelah apa yang kau usahakan..
kerana Dia mahu engkau menjadi hamba yg sentisa dekat dgnNYA..

dan aku..
sepanjang hidupku Dia sering sahaja menguji diriku..
aku tidak pernah lekang dari di uji olehNYA..

dan aku harus tabah dan redha..

kerana aku tahu DIA sayang aku..


p/s down seketika.. aku adalah bakal graduasi di pasca economi merudum.. 3 interview telah aku lalui.. Scientage.. Shell and Schlumberger.. tkkn aku hanya layak utk jd candidate shortlisted utk interview jek? wey common kasik aku kije.. seriously u'll regret if don hire me.. coz i would be "Somebody" in the future.. haha.. aku tau sume org akan jadi somebody sbb kite mmg somebody pon...

apa X faktor yg perlu ada pada graduasi? .. aku masih berfikir2.. mungkin aku akan jd bela ikan keli atau tanam cendawan utk dikomersialkan selepas grad nnti?..

doakan aku kawan2..

" Ya Allah murahkan rezeki Mohd Shahrul Amri dan mudahkan segala laluan utk beliau berjaya"

terima kasih kerana mondoakan aku..

sekian..

Sunday, April 12, 2009

Laskar Pelangi

sebelum aku melangkah tidur hari ini, aku ingin sekali mencadangkan agar kamu menonton cerita "laskar pelangi".. cerita ini sungguh inspiring.. seriously..



sedikit preview :

cerita ini mengesahkan ttg ketabahan dua org guru, cikgu muslimah dan pak arfan yg mengusahakan SD muhamadiah. kisah ini berlatar belakangkan sebuah kampung di belitong. sebuah kampung yg rata2 penduduknya miskin dan bekerja di lombong bijih timah. pak harfan dan cikgu muslimah menghadapi masalah utk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kerana org kg lebih gemar anak mereka menjadi kuli mengusahakan lombong. namun masih juga terdapat segelintir yg mahukan anak mereka berjaya..

lintang anak nelayan yg duduk jauh di pedalaman sanggup berkayuh basikal untuk menuntut ilmu.. lintang merupakan murid yg cerdas dan pintar. mempunyai sifat kepimpinan.. namun tidak semua manusia memiliki nasib yg baik.. lintang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik2nya setelah kematian ayahnya di laut..

ini sekadar priview.. aku tahu aku mmg tk reti cerita sgt. tp seriously cerita ni mmg inspiring dan bisa meyentuh hati sanubari sekiranya kamu betol2 menghayati plot cerita ini.. dan satu yang paling aku suka dlm cerita ini ketika pak harfan menasihati rakannya tajol.

" ramai org dalam dunia ini apabila sudah senang akan terus mencari kesenangan dan lupa untuk memberi.. dalam hidup ini jadilah orang yg memberi sebanyak- banyaknya dan jangan menjadi orang yang menerima sebanyak banyaknya"..

ayat yang mempunyai maksud mendalam jika direnungkan..