Thursday, June 25, 2009

"if it ain't broken don't fix it"

hahah catchy tk tajuk aku kali ni? nais2

kalo korang nk tau aku ni seorang yg sgt suke mmbaca.. aku boleh menghabiskan masa berjam2 utk mmbaca.. (argh biasa la hobi budak nerd mcm aku). lately ni aku kurang skit mmbaca sbb yer la access intenet kt umah kurang..aku tk boleh lg lepak dpn computer lme2 mcm kt utp dlu.. nasib baik ar ade berukband yg bru di beli last month. at least bolehla aku mmbaca berita2 terkini hiburan sensasi..

arini aku terigin sekali utk menulis panjang di sini selepas byk mmbaca ttg comment bloggers n rakyat2 yg perihatin di dalam akhbar. kalo korang perasa smlm pak cik kamarulzaman telah menulis article di ruang forum yg bertajuk " Elak PETRONAS di resapi politik".. tau tk korang siapa petronas ni? ala bkn stesen petronas yg kite g ari2 utk tuang minyak tu.. tp ni petronas yg disayangi student2 utp tu.. company yg gah dinobatkan sbg company yg ke 16 terbaik slepas shell, exon mobile dll.. ala company yg menggantung aku slama 6 bln sblm aku di releasekan? ala company yg mmbuatkan aku dan rakan2 aku down tyme interview sbb da tk larat nk jawab " saya scholar petronas tp saya tk semestinya di ambil kerja oleh petronas".. pastu interviewer or mak cik2 or rakan2 or sume la mesti akan tanya juga " bkn lepas grad ko akan kije ngn petronas terus ke?" (hahaha dendam dendam)...

skang da tau company mane petronas tu?

lately ni aku bace byk tulisan ttg pet. khabarnya pet akan menerima org baru dlm management division nya.. org politik. erm.. khabarnya lagi itu permintaan tok jib. erm.. aku cukup berharap sekali agar cadangan ini di tolak sebulat2nya oleh BOD. ye la byk buruk dr baiknya jikalau perkara ini berlaku. sekiranya politik telah meresapi bahagian management almaklum segala keputusan yg bakal di buat di masa depan nnti akan di pengaruhi oleh situasi politik semasa dan bukan lagi hanya business semata2. kemungkinan besar coruption pon akan berleluasa sebagaimana coruption ini merosakan politik dan sosio economy di malaysia ini? yer la.. org politik ni selalu hendak di jaga.. kalau tidak ikut kata maka akan binasa la career politik seseorang itu.. dan kadang2 apabila terlalu menjaga org politik ini mungkin pet akan di gadaikan? mungkin ada business yg terpaksa di lepaskan demi kepentingan politik. tatkala ini kebanyakkan keputusan yg dibuat akan menjadi "bias"..

aku cuma membuka cerita ini agar korang buka minda dan start goggle ttg ini.. aku malas bercerita panjang kerana aku takut kene "banned".. cuma khabarnya org yg ingin di letakan di dalam pet ini adalah org muda. yg belum teruji lg pengalaman dan kedewasaan dia mmbuat keputusan. yer mungkin omar adalah lulusan oxford. bijak. tp dlm business ini pengalaman merupakan kunci kepada segala-galanya. utk berjaya sebenarnya kedewasaan dan pengalaman adalah element yg cukup penting berbanding berapa byk scroll yg kau ada. sebenarnya ilmu yg kita timba kt universiti tu hanyalah jalan utk mengajar kita menjadi dewasa dan matang ketika mmbuat keputusan. jgn lah kau berharap dgn keputusan straight As and 4 flat yg kita dpt setiap sem itu menjamin kita boleh survive dlm hidup ini. jgn lah kau beranggapan bahawa termodynamic, fluid mechanic, borland C++ tu dpt bantu kau menjadi pekerja dan insan yg terbaik utk menempuh hidup ini. semua tu sebenarnya syarat dan tiket sahaja. apa yg pling penting ialah pengalaman yg kau kutip sepanjang 5 tahun kau belajar. dgn pengalaman itu lah yg akan kau bt sebagai bekalan utk meneruskan hidup ini..

p/s : mungkin ade hikmahnya kalau kite lambat masuk ke Petronas. aku skang sudah redha. mungkin akulah ditakdirkan menjadi penyelamat yg membangunkan semula petronas setelah lunyai di kerjakan oleh mereka2 yg tidak bertanggungjawab??.. hahaha

Wednesday, June 24, 2009

Permintaan aku (bkn yg terakhir)

smlm aku bertanya pd ibu ttg tema baju raya tahun ini.. ibu menjawab errmm... entahlah.. so di sini aku ingin mensuggestkan kite pakai tema kaler kuning.. ok tk? abg da cop bju ni.. harap2 kedai tukang jahit tu boleh bt baju mcm ni..



abg pasti kiranya abg pakai songkok pasti lagi segak..

erm.. sape2 sudi jd date aku utk menonton transformers? di teluk intan sudah ada pangung wayang baru.. lebih selesa dan lawa (zatie yg ckp).. boleh la ek.. sape2 sudi korang dtg sini ikut highway exit kat bidor pastu nmpak ar sign g teluk intan... nnti bler da sampai aku ambik..

wuhaa~~ aku rindu utp dan mapley ameeth~ im start missing megi goreng already

Thursday, June 18, 2009

orang itu sungguh lawa.

pagi ni. sebelum aku berngkat pulang ke rumah aku terfikir sesuatu.. kenapa org selalu mempertikaikan kelebihan dan kekurang org lain.. kadang tidak semua kekurangan itu menjelikkan dan tidak semua kelebihan itu menjelitakan..


pelat "S"
pernah tk korang tgk org yg tidak boleh sebut "s"? semua perkataan dia tk jelas sbb s dia x dpt pronounce dgn btol? erm.. aku merasa mereka ini comel. kekurangan mereka pelat s mmbuatkan mereka comel.

kelebihan itu pon x selalunya lawa..
org yg kelebihan berat badan dan kelebihan gigi ke hadapan itu mmg tidak menjelitakan langsung..

see.. bukan semua kelebihan itu membanggakan dan kekurangan itu menjelikkan..

bijak bijak

Thursday, June 4, 2009

DaN

dan setelah aku selesai bt clearance form td secara rasminya aku akan meningalkan bandar kering kontang ini.. bandar kering yg aku telah terbiasa dgn bahangnya..bandar kontang yg sinaranya memamah kulit aku jg putih gebu menjadi hitam macho (...).. bandar kering yg aku telah terbiasa dgn bau bahang mentari.. argh~ aku akan meninggalkan bandar koboi yg mengajar aku seribu satu erti kehidupan..

dulu swaktu aku mula melangkah ke bndar koboi ini aku sedikit pucat membayangkan bagaimana harus aku membesar di persekitaran yg kosong.. hanya di penuhi kedai2 cina tinggalan zaman penjajah yg hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.. persekitaran yg dekelilingi pasir2 lombong yg hasilnya telah disedut keluar oleh Yap Ah loy dan sekutu2nya.. bagaimana harus aku ya?

namun 5 tahun telah berlalu dan aku telah terbiasa dgn persekitaran ini.. rasa sayang sekali untuk meninggalkan bandar kontang ini.. bandar yg aku telah terbiasa dgn segala2nya.. 5 tahun dikelilingi oleh rakan2 sengal spt pesa, fauwaz n komet mmg tidak terasa.. ya. semua akan berkata sedemikian apabila telah berada i penghujung waktu dan perpisahan.. "tidak terasa masa yg berlalu..".. erm.. masa mmg tidak menuggu kita.. masa akan terus berlalu dan berjalan meninggalkan kita.. terpulang pada kita untuk berlari mengejar masa atau pon membiarkan masa itu berlalu pergi tnpa sebarang pengisian.. dan percayalah suatu hari nnti kau akan berkata "eh da masuk kubur da aku ni.. tk rasa pon da 70 tahun aku idop.. ape ek aku bt 70 tahun ni?" dan.. masa itu mungkin sudah terlambat.. jawab saja dgn mungkar nagkir nnti..


dan.. setelah aku meningalkan Universiti ini aku akn mulakan kehidupan baru.. kehidupan yg jauh sekali berbeza dgn kehidupan sbg seorang pelajar.. sewaktu menjadi pelajar tidak ada apa yg perlu dirunsingkan sgt.. hanya perlu belajar utk test dan siapkan semua assignment atau projek yg diberi.. kiranya tidak faham dan tidak tahu.. tiru saja lain masa baru cuba fahamkan dan belajar.. jika malas ke kelas atau tutorial.. msg sahaja rakan2 yg rajin ke kelas dan suruh tolong signkan.. dan hanya perlu sedikit ayat manis memujuk seperti " what friends are for".. "nnti aku blanje mapley".. dan semuanya satel.. dan bila duit di bank sudah menunjukkan tanda2 nazak dan perlu diberi fiscal stimulation cuba perlu roger sahaja "FAMA". (fathermother) dan duit akan di bank-in kan.. tidak ada apa perlu di khuatirkan atau di risaukan..

dan kehidupan sebenar bermula sebaik sahaja kau menamatkan pelajaran.. dan kehidupan sebenar aku bermula sebaik sahaja aku memulangkan clearance form td.. cabaran kehidupan menanti aku di liar dunia di luar sana.. cabaran yg sebenarnya. tatkala ni sudah tiada FAMA untuk di roger.. argh.. malu sekali kiranya anak jantan masih bergantung harap kepada keluarga setelah tamat belajar.. tatkala ini setelah aku berhijrah ke dunia pekerjaan tiada lagi peel2 student dulu yg boleh di bawa.. tiada lg diri malas yg harus dimanjakan.. kiranya ada assignment yg harus di buat.. lakukan sebaik mungkin sblm due date.. tiada lagi malas ke tempat kerja wujud dlm kamus. tiada lg rakan yg dpt membantu mem"punch" card..sekiranya tidak faham dgn assignment yg diberi harus bertanya dan clarify secepat mungkin.. hidup bermula jam 630 a.m dan berkahir 10 p.m.. dan masa ini akan dihabiskan sebegini sehingga sudah bosan dan mungkin masa untuk business sendiri?..

dan kehidupan sebenar selepas alam peruniversitian ini akan membentuk diri.. setabah mana diri kau dan secekal mana kau utk terus melangkah menerobos dan menjejaki ruas2 kehidupan yg pastinya sekali lagi akan mencorakan warna2 pelangi yg cantik dlm kehidupan mu..

aku.. akan terus melangkah kerana aku seorang adam.. biar kerikil terbentang luas di hadapan
namun langkah ini harus diteruskan.. biar hancur kaki melangkah, biar bisa menikam saraf danbiar aku hadapinya sebagai seorang adam..

dan kamu adam atau hawa.. bapok atau mak nyah.. manusia atau binatang yg bertopengkan manusia.. aku wish gud luck dan mengharapkan segala yg terbaik untuk diri kamu..

catatan terakhir aku sblm blk ke diamond bay, new town..



dan begini lah rupanya AKU bila berakhir alam per"universiti"an