Thursday, March 27, 2008

kHALifah di DuniA? ape tu ?

argh!! lately ni aku seakan2 tiada masa untuk menulis kerana masa yang diperuntukkan kepada aku mcm tk cukup.. ape yg aku bt?? erm.. myb tyme management aku failed or myb hidup aku dipenuhi dgn kerja2 "lagha".. haisy~ manusia oh manusia mengapa tatkala ALLAH memberikan engkau rasa sedikit nikmat dunia engkau menjadi lalai?? engkau menjadi semakin jauh dengan maha pencipta? mengapa? mungkin soklan ini sumer org patut tanya pada diri masing2.. khalifah? mengapa aku nk cerita pasal khalifah kt dunia ni? siapa tu khalifah? sultan? gabenor? Perdana Menteri? cikgu? org miskin? siapa dia khalifah ek? erm....

aku terasa nk menulis pada arini sbb beberapa hari lalu kak Yani isteri kepada BAd selamat melahirkan seorang baby gul yg comey.. aku tgk muke dia yg tulus,sucimuci, raser tenang jek..kan bes jadi baby..bersih dari dosa,tk tau paper, tkyah pikir paper, tk tgk segala kerosakkan dan kemusnahan alam ciptaan ALLAH ni.. smoga anak bad dapat menjadi seorang muslimah yang solehah.Amin~~ baby Bad ni menggerakkan hati aku untuk menulis.. menulis ttg manusia2 yang bertebaran di bumi ALLAH yang luas ni.. manusia yang bermacam2 ragam dan perangai.. kenapa dalam dunia ni ader org jahat ader org baik? asal perangai dorang laen2 sedangkan tyme dorang lahir diri diorang bersih? jawapan dia mudah jek.. semuanya kerana didikan ibubapa.. korang sumer myb da selalu dgr ade pepatah mengatakan bahawa "anak itu umpama kain putih, ibubapanya lah yg mencorakkan diri mereka sama ada menjadi muslim, yahudi, nasrani n majusi or "geng AYAH pin"..

peranan ibu bapa..YES today aku nk sentuh ttg peranan ibubapa.. org sekarang menganggap kawin itu mudah.. Semudah A B C.. ade duit boleh ar kawen.. n diorang terlupa untuk menyediakan diri diorang ilmu yg mantap tentang keibubapaan. dan apabila anak2 itu lahir.. didik ikut dan je (ikut suke).. didik diorang melalui pendidikan yg diorang kutip dari pengamatan dan pengalaman. mostly diorang akan didik anak diorang bagaimana mak bapak diorang mendidik diorang. sumtimes kite tgk sesetengah mak bapak tu didik anak diorang dgn baik. kasih sayang, belaian manja, wang ringgit, anto anak g belaja agama, tuition, sume cukup ar..tp anak2 diorang tak menjadi orang.. jadi mat rempit, jadi bohjan n bohsia, jadi kaki lepak.. nape jadi macam ni? cube kiter buat check and balance.. kiter check balik amalan2 kite. mengikut penelitian aku mereka tak jadi orang sbb kesilapan mak bapak diorang.. kesilapan yg kadang2 mereka tidak sedar or myb if diorang sedar diorang anggap perkara tu tkder ape2.. biasa jek.. amalan orang sekarang.. korang agak2 ape ek?

herm... duit rasuah, mark up duit company, tipu claim, curi tulang tyme keje.. n macam2 lagi habit org2 sekarang untuk hidup di dunia yang penuh mencabar ni.. myb diorang anggap "alah biasa ar mark up sikit2, buat ape nk bg company kaya raya, ni company india, tk dosa sangat kot mark up sikit2".. betol ke tk dosa? duit haram yang korang ambik tu akan korang bagi kt family di rumah da duit itu akan menjadi darah daging.. aku ulangi DARAH DAGING, bila dia da jadi darah daging dia akan kekal didalam diri korang sepanjang hayat korang kt dunia ni.. barang yang haram tetap haram.. tk kiralah dari siapa korang mengambilnya dan barang2 yang haram ini akan menjadikan diri korang bodoh,menjadikan hati keras, susah untuk menerima ilmu n nasihat orang..

bile bercerita ttg duit pendapatan yg digunakan untuk meneruskan idup ni aku teringat kt abah.. abah seorang yang bekerja keras and terlalu menitik beratkan dari mane sumber pendapatan yang akan diberikan pada keluarganya. mak cik2 aku and opah selalu complaint dulu mereka ckp " Abah kamu tu buat ape tah kerje, kerje ,kerje, pegi sekolah pagi2 pastu pukul 2-3 ptg baru blk rumah, pastu nnti keluar lg pergi sekolah. ape yang dibuatnya kt sekolah tu tah. kerja bagai nak mati tapi tkder kaya2 jugak".. aku hanya mampu balas dengan senyuman.. kerana aku tahu ape yang abah aku buat.. kadang2 kesian jugak tgk dia begitu bekerja keras.. tapi apa nk buat. dah kerja dia.. abah merupakan org yg tk reti nk excape2 kerja, ngelat2 tyme kerja n kipas2 org untuk senang naik. abah juga bukanlah org yang SELALU MEMINTA2 untuk kepentingan dirinya..walaupun aku kesian tapi aku amat berbangga dengan Abah. abah seorang yang profesional. Mempunyai professional attitude. dan alhamdulillah dengan duit gaji abah yang sedikit itu abah bagi makan kami dan Alhamdulillah anak abah seramai 7 orang sudah menjadi ORANG.. aku bersyukur sgt2 kerana mendapat abah yg sebegitu..

Aku tahu pembaca blog aku ni merupakan rakan2 aku yang InsyaALLAH akan menempuh alam professional tidak lama lagi. dan korang akan berjumpa dgn bermacam2 perangai manusia di dunia ini, dan korang juga akan bertembung dgn pelbagai cara untuk dapat duit mudah.. tp ingat lah.. fikir dua tiga kali. fikirkan ttg keluarga, apa akan jadi pada keluarga korang kalo korang bg mkn duit haram? or kalo korang rase malas fikir korang ingt ayat yg bad turunkan kat aku ni " adakah ko sanggup untuk mengadai kepercayaan org demi duit claim rm 100?, untuk mendapat kepercayaan org bukan mudah, apabila dapat kepercayaan jaga lah dia dgn sebaik2nya "..

adios amigos

0 comments: