Tuesday, February 24, 2009

ibu mithali

hari ini aku terasa ingin menulis.. menterjemah perasaan hati kepada bait2 ayat untuk tatapan sesiapa sahaja yang sudi membaca.. terima kasih aku ucapkan..

tulisan mlm ni bukanlah sepenuhnya hasil tulisan aku. ia hanya copy paste dr forwarded msg dr Suria. Hati aku begitu tersentuh sekali bila membaca tulisan itu.. entah mengapa begitu laju sekali air mata aku mengalir.. sebak yang tidak dapat dibendung mengundang titisan air mata.. dem.. aku begitu mudah sekali terasa apabila membaca kisah2 sedey ni.. aku mudah tersentuh betul apabila melihat kekurangan dan kemiskinan yang dialami oleh org yg kurang bernasib baik..

aku seringkali mengungkapkan rasa syukur aku kepada ALLAH kerana aku dilahirkan dalam keluarga ku sekarang.. walaupun keluarga ku sederhana tp aku gembira menjadi anak Aminudin. seorang cikgu. ye ayah aku seorang cikgu.. bukan GM,CEO, business man or politician.. ye sekadar seorang cikgu.. seorang cikgu yg berkerja keras untuk mendidik anak bangsa.. cikgu yg bekerja keras demi rezeki yang halal untuk diberi makan kepada anak2.. ye aku tau ayah aku bekerja keras sbb sebelum matahari terbit dia da pegi sekolah.. aku rase ayah aku mempunyai hobi maen kejar2 ngn guard jaga pagar.. maen kejar2 sape yg buka pagar dulu kot..haisy~.. ayah aku begitu rajin sesangat kije.. dan tk pandai nk mengipas org.. sepatutnya org yg rajin kije mcm ayah aku da lame jadi pengetua.. tp akibat tkde skill kipas2 ni ayah aku lambat skit nk naek.. tp aku cukup bange ar sbb ayah aku bukan salah seorang drp mereka yg jilat punggung orang utk naik..

aku bangga kerana menjadi anak lelaki sulung dlm keluarga.. kerana aku merasa segala- galanya.. sebagai anak lelaki sulung aku berpeluang bangkit turun bersama keluarga.. aku belajar memahami setiap masalah yang dihadapai..

shit.. aku bukan nk cite pasal ni.. aku nk copy paste jek mail yg aku dpt td.. kalo free korang baca ar.. dgn penuh penghayatan.. jgn skip2..

IBU MITHALI
OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di
lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya
menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula
memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita
kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak
lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan
Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah,
untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang
berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk
bangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan
untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima
sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas,
sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta
bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar
suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati
lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang
akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang
sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke
kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju
kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu
untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku
memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat
bertahan. Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari
syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku.
Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka
sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun
memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat
mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang
paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang
gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan
saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya
sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."



Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah
kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah
hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah
anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan
diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak
kandungnya."

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan
itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan
rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum
itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat
nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli
perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak
ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin
kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut
pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari
dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan
fizikal dan mental abang abang dan, kakak-kakak saya tidak sama.
Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi
yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan,
bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali.
Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan
berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak
melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian
istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka.
Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat
semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri,
kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun,
kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya.

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala galanya
untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu
berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak
terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua
anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka
tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu
tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi,
kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya. Apabila
difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh.
Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun Cuma
sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau
menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan
itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan
kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin
kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar
mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya
kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat
kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka
menyusahkan hidup saya.

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya
pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka,
bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap
kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia
dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat
bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik.
Lalu,saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di
rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang
lemah,berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa
memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin
mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita
gadis itu. "Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama
abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa
itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan
kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang
Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah
pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang
Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun
baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan
tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh
saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya
terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di
sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu
kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."


"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah
kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada
orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang
ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah
melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak
yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri
betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu
tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang
pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak
pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah
kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata
ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu,
ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya
yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu
sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan
tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat
tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan
kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya
tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri
yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan
suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau
itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran
Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke
sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah
dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya
itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak
sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan
kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar
malu. Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih
daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat
pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan
kesedaran baru. Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama
ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah
abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus
menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa
bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu
bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura
tidur. Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.
"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga
abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan
mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban
seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak
janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu
atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak
terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi
saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan
menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak
gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah
telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah
telah...."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata
yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan
esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan
saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan
menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak-kakak dan
abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak
gadis itu berbicara. Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah
berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu? Bukankah di sekolah berasrama penuh
itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan
gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan
ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada
wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk
terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang
baik. Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan
saya daripada kerja kerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas
menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran
saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk
membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar
ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat
pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya
pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang
kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya
peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan
kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung
ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding
dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang
hayatnya." Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk
menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering
tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan
Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak
ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh
salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang
mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai
tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang
telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang
memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu,
tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan
hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu
menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan
mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak
akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih
untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri
daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak-
anak "Ibu Misali" yang lain. "Lorong dan denai kehidupan yang
orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau
berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat
biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal.
Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan
ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi,
mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk
menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil
lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali"
pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga
anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak
adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk
anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya Cuma berharap
kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain,
terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak
mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya
sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga
pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang
senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara. Penku telah lama
terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku
dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam
pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya
kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap
gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya
yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari
helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku
semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia
Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta
beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia
Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya
dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia
Puan Sri Salwa Najwa sendiri dating mendapatkan Puan Afifah, lalu
mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa
hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung. Tepukan gemuruh
bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi
seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas
bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan
air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


bila membaca cerita ini adakah anda merasa sesuatu? jika tidak anda harus terus berusaha mencari erti sebenar kasih sayang dan penuhkan hati anda dengan kasih sayang.. kerana tanpa kasih sayang.. binasalah dunia ini

Friday, February 13, 2009

Menulis

entah mengapa.. aku tidak betah lagi menulis.. dalam kepala otak aku byk issue yg ingin aku sampaikan.. share dgn rakam2 dan minta pandangan rakan2.. argh bahagianya bila tulisan mendapat reaksi rakan2.. tp .. sekarang.. buat masa ini.. kepuasan itu telah tiada.. aku sudah tidak mendapat kepuasan dgn menulis blog.. idea2 yg bermain di kepala otak ini tidak dpt diterjemahkan kepada bait2 ayat..

beberapa hari lepas.. hari isnin.. terima kasih ALLAH kerana menyedarkan aku.. membuka mata aku.. menyayangi aku..memberikan aku kesempatan.. membuka pintu hidayah dan membuka jalan untuk aku berubah.. mungkin berubah dari kurang baik kepada baik..

semalam aku sempat chating dgn Andika ( sahabat lama).. lama juga kami berchatting, bertukar2 cerita, bertukar2 info.. mengimbau kenangan lama.. mengimbau aku yg dulunya nerd.. budget jd pemimpin katanya dem.. patut ar korang prangai mcm gampang sekor2 tknk ajak aku g lepak.. kutuk akudibelakang rupanya selama ini.. tp dia kata aku da berubah.. kau dah berubah arul..wuahahaha..

aku sebenarnya berubah sikit jek.. dulu2 tyme kt sekolah kene ar jadi poser.. jaga tingkah laku.. ayah saya seorang cikgu.. merangkap penolong kanan lagi.. oleh itu saya seharusnya menjaga tingkah laku.. kene berlagak mcm pemimpin.. kene jaga tingkah laku.. biarpon saya tk mer war-warkan saya anak cikgu.. tp tkkn mereka tk tau saya anak cikgu sbb cikgu norlida da bg tau kt sume org tyme saya 1st masuk skolah sultan.. dem.. oleh kerana tidak mahu menconteng arang ke muka da tidak mahu org mengata ayah saya "bagai ketam mengajar anak" saya terpaksa behave tyme sekolah menengah dulu.. tp pepatah ada mengatakan "people change"

yup. people change.. byk faktor yg menyebabkan org berubah..myb kawan2 or persekitaran.. n aku percaya aku berubah sbb kedua2nya.. tp ok ape.. aku berubah mnjadi lebih simple dan slekeh2 skit..

da2 aku bkn nk cerita pasal tu.. aku nk cita pasal perubahan.. mungkin kah da tiba masa aku utk berubah? las week byk btol berita yg menyayat hati aku dgr n one of them is pemergian sahabat aku ke rahmatullah.. aku begitu terkejut dgn berita tu.. seyesly aku bru nmpak dia a day before pemergian dia.. aku masih ingt lg muke dia senyuman dia.. tp alih2 aku bgun pagi the next day aku tau dia da tkde.. seyes aku terkejut.. dan kaki aku tiba2 jd lemah..

kawan aku tu meninggal akibat lemas di sebuah kawasan air terjun.. kawasan air terjun yg pernah aku bermain2 dua tahun lepas..kawasan yg sama.. air yg sama.. dan aku juga pernah lemas di situ ketika belajar berenang.. nasib baik hadi sentiasa mengawasi aku.. erm.. aku lately ni mcm saiko skit.. aku asyik2 terpikir jek.. sekiranya aku yg lemas itu.. ape nk jadi? aku da ar kurang bt amal ibadat, kdang2 ckp bukan2.. kalo stakat babi tu da cair da kt mulut aku.. adoi.. kalo aku mati aku da mcm dpt agak da ape yg aku dpt tyme kene tanam nnti.. adoi. cuak doh.. mungkin ni ar turning point utk aku berubah.. berubah jd baik skit, rajin bace quran skit..nnti kalo da mati at least quran ley tolong cover aku skit.. cover solat aku yg tk sempurna tu ke.. huu.. berubah..susah ooo nk berubah.. ckp senang ar.. tp bab praktikalnya.. adoyai..

tp tkpe..hati kene cekal..sbb tk lama kita hidup kt dunia ni..tah esok lusa giliran kita pula.. mmg mati itu sebenarnya begitu hampir ngn kita.."kun fa ya kun".. kalo Allah da tkdirkan aku tk bgun esok pg.. dats it.. abes aku.. azab kubur menanti aku kt sane (aku rase lah sbb dulu2 aku pernah bace sebenarnya dlm dunia ni sorang pon tk layak masuk syurga jika tidak kerana ehasan ALLAH).. kalo korng ckp korang da cukup bt amal ibadat n korang confirm masuk syurga.. korang salah.. dan syurga,iman, neraka,mati semua di tangan ALLAH.. korang pernah bace tk cerita seorg ALIM yg sepanjang hidupnya membuat amal ibadat tetapi pd suatu hari dia terasa nk minum arak dan dia minum sikit jek then suddenly ALLAH tarik nyawa dia.. dan dia masuk neraka.. compare tu seorang penyamun yg jahat, kaki bunuh,kaki pukul tp sblom mati hati dia tergerak untuk bertaubat dan dia masuk syurga? korang lihat tk sume ni? semuanya di tgn ALLAH.. jgn ar nk eksyen sgt kt dunia ni.. jgn ckp kencang, jgn gila kuasa, jgn sakitkan hati org..dan sayangi lah mereka yg patut disayangi.. bgtaulah kt org itu yg sbenarnya korang sayang kt dia..

ehem2.. nurul syuhada nurul ain..saya nk confess ni saya suke kt awak.. awak tunggu ek saya tgh cuba nk apply jd pembaca berita media prima ni..harap dpt jumpe awak pastu..tingalkan jer ar dr faiz tu.. dia tk ensem pon..saya lg ensem..

bt waheeda plak.. akhil khai da kawen kot..saya single ni..ade degree lg.. bila nk masuk meminang saya?

maya karin.. saya akn sentiasa tunggu awak jadi janda..

sazzy falak.. im speechless..

nora danish..

n lastly awek uzbek saya guzal turnova.. awak nampak cantik arini..



gambar ni saya nk guna utk bt resume nk apply jd pembaca berita media prima.. smata2 utk takel nurul syuhada.. korang rasa aku layak tk? cpt2 .. vote aku.. seyesly aku mmg tgh serius skang.. kalo aku dapat kepercayaan korang mmg aku anta application..


gilaaa~~.. hahaha

Thursday, February 5, 2009

Berbicara tentang politik seketika

lately keadaan politik di Perak kelihatan sekali kucar kacirnya.. bermula dgn kemasukan Adun Bota ke dlm PKR dan selepas itu dgn kenyataan laporan ada lagi 3 Adun yang menyatakan kesediaan mereka memasuki pakatan rakyat.. dan semalam sebaliknya berlaku. Kemasukan 2 Adun PKR yang pernah disabitkan dgn kes rasuah dan timbalan speaker dari DAP..dan kembalinya Adun Bota ke Pangkuan UMNo.. argh~ sungguh dramatik sekali situasi di perak ni kan? Mungkinkan kerajaan Barisan Nasional kembali memerintah di Perak?

aku tiba2 ingin mencoretkan sesuatu di sini setelah seseorang mengforwardkan "perutusan segera kepada yang dipertuan Agong Sultan Azlan Shah..(http://books.dreambook.com/duli/duli.html)..

aku begitu berharap sekali agar keadaan di Perak kembali seperti sediakala.. walaupun sedikit tetapi ada perubahan yang berlaku dan kepentingan Melayu di jaga. aku tidak tahu sejak bila.. tetapi perasaan jengkel ini tiba2 sahaja timbul dlm hati aku. jengkel dgn sikap tidak acuh MB perak sendiri dgn keadaan dan nasib org melayu.. pada mulanya aku begitu bersyukur dan berbangga kerana Perak mempunyai seorang MB dr kalangan profesional.. ya dia seorang Engineer dpt title Ir lg.. dan perasaan bangga aku membuak2 apabila dia antara 10 org engineer di Malaysia yang mendapat penghormatan dr IEM (institute Engineering of Malaysia).. beliau bukan calang2 MB kerana rata2 MB di Malaysia terdiri dr ahli perniagaan dan tah mane2 tah.

Tp bukan semua golongan profesional mempunyai wawasan, pandangan dan gaya pimpinan yang baik. dan bagi aku Ir Nizar adalah pemimpin yang perlu di baiki lagi cara kepimpinannya. Ya mungkin lain orang lain cara pimpinannya. tapi sebagai pemimpin kita seharusnya lebih tegas dan mampu membuat keputusan on spot jika diperlukan. kite tidak perlu terlalu bergantung kepada org lain. dan itulah yang terjadi kepada MB perak. org kanan nya Ngh terlalu overshadow MB perak. Perak benasib baik kerana mempunyai sultan mcm Sultan Azlan dan Raja Nazrin n myb kaum kerabat mereka dulu yang telah memperuntukkan yang Perak haruslah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam. Kalau tidak dah lame dah Perak jatuh ke tangan ciN.

Tapi peruntukan undang2 ini tidak berjaya dimanipulasi sepenuhnya oleh Ir Nizar. dan kerajaan Perak yang dibina seakan2 sebuah kerajaan boneka. Keputusan yang dibuat ketara benar menyebelahi sesebuah kaum dan boleh aku katakan ini yang menyebabkan orang2 melayu di Perak mula panas punggung. rase tidak senang hati dengan keadaan politik di Perak. Peanugerahan geran tanah 999 tahun kepada kg baru CiN menunjukkan seakan2 perak akan dirampas sedikit demi sedikit.. dan inilah kesilapan besar Ir Nizar. mungkin org kurang sedar hakikat ini.. dan biar aku tolong sedarkan..

  • hampir ke semua exco negeri Perak adalah bukan org Melayu.. kecuali nizar, osman dan jamaluddin.. tetapi osman dan jamaluddin dah keluar jadi bebas.
  • dan jika korang rujuk laman web yg kat atas sekali korang akan lihat bahawa kebanyakan org yg mintak re-election dan mahukan Pakatan terus memerintah adalah dikalangan ciN yang semestinya berkepentingan dalam kerajaan nergeri ini.. tk caya g tgk!!
aku mungkin a little bit racist dlm bab2 macam ni.. sbb aku tahu bangsa aku bukanya cekal sangat. bangsa aku masih memerlukan tongkat dan masih memerlukan masa untuk menyedari bahawa hak2 mereka kian luput dan terhapus akibat kemalasan sendiri.. tidak seperti bangsa ciN.. mereka sedar bahawa mereka adalah pendatang dan mereka sedar mereka tidak punya apa2 sekiranya mereka tidak berusaha.. aku sedar dan aku harap sangat agar suatu masa nanti bangsa aku akan sedar. sekiranya tanah dan hak mereka terus di ratah apa lagi yang akan tinggal kepada kami nanti?

  • aku tau dan aku rase semua org tahu dan semua org akan rase a little bit "fishy" sbb ape dan bagaimana Nasa boleh kembali ke UMNO.. tkkn selepas 10 hari join PKR baru dia sedar bahawa government yang dibentuk selama ini goyah? (press statement beliau menyatakan beliau kembali sbb tk yakin dgn kerajaan Pakatan).. bullshit.
  • korang juga mungkin berasa was2 mengapa 2 adun yang sekarang dibicarakan atas tuduhan rasuah.. osman dan jamaluddin keluar dari Pakatan dan menjadi Bebas.. Mungkin selepas ini mereka akan didapati tidak bersalah???.. haisy~
  • mungkin juga korang menyedari bahawa AMK perak telah membuat laporan polis berkenaan dgn ada Adun yang ingin di beli dgn RM 50 juta..
aku tau dan aku tak kesah.. as long as hak kami org melayu tidak di ratah dan ada sedikit pembangunan di Perak aku sudah cukup bersyukur. tidak kira siapa yang memerintah. dan nasihat aku kepada sesiapa sahaja sekiranya anda tela di beri amanah laksanakan lah amanah itu dgn sebaiknya kerana korang akan di soal kat akhirat kelak.. korang nk ambik rasuah or nk khianat bangsa dan negara korang.. sebelum buat at least hv a think.. agak2 neraka tu best ke??