Saturday, January 26, 2008

hidup seorang trainee

herm da lamer giler rasernyer tk update..da 3 minggu kot..aku skang bz skit..n mase2 terluang aku akan spend ngn org tersayang or tido..itu je ar keje aku..

berita yang kurang mengembirakan n hakikat yang perlu aku terima.. sejak aku ddk selama almost 3 bln kt sini..berat aku da bertambah..4 kilo..dari 60 ke 64..adey AKU SUDAH GEMOOOOOOKKKKKKKK~~~~ tk sukenyer.. aku raser mcm tk masuk di akal jek berat aku naek.. makanan kt sini da ar mahal then every week at least aku akan spend 2 times a week maen badminton..so caner berat aku ley naek?? haisy~~ myb sbb aku da lame tk pose kot..huhuhihihiu

herm aper yg aku nk citer arini ek?? herm citer xperience kt offshore orait gak.. las week adalah minggu yg penuh bermakna utk aku..aku raser da complete kot aku merasa idup seorang "orang minyak"..las week pada tanggal 21 jan aku telah menaiki chopper (helikopter) utk ke platform D35, bintulu and aku spend bout 3 days 2 nyte kt quarters D35..huhuhu 1st experience tidoq di tengah2 laut tu.. herm lets start ngn tyme aku naek chopper ar..

aku check in kt miri heli based pada pukul 1210..actually tyme tu kitorang agak lmbt. caner tah aku ngn bad leh terlepas pandang..tk isi consignment notes( borang ni mcm borang declaration ar..brg ape yg korang nk bawa g offshore nnti)..so kitorang terpaksa g MCOT (miri crude oil terminal) utk dptkan borng tu..tyme tu da pukul 1115..haisy sempat ke check in on tyme?? tyme tu mmg horror ar..kelam kabut..naseb baek sempat..aku ngn bad sampai miri heli based kul 1205..itu pon hasil kecekapan ray tekan minyak waja n mencilok..kalo aku mmg tk smpt sampai..aku ingt lg tyme aku anto nina ngn nora kt airport (act miri heli base tu sebelah airport miri jek) aku amik mase dlm 30 min gak ar..tu pon betolak dr JINHOLD..15 km lg dekat dr MCOT..huhu

then pas check in lepak lamer gler..dgr breifing pasal EBS (Emergency Breathing System),then kul 1355 baru bertolak..keadaan dlm chopper ni samer jek mck naek kapal terbang tp bezanya dia lg kecik, lg bising n gegaran dia lagi kuat.. tp seyes seronok gler naek chopper.. aku bersyukur sgt sbb ALLAH bg aku peluang utk merasa semua ni..

then kul 1500 camtu aku sampai kt D35 platform..tyme masuk kuarters dia seyes tk merasa mcm kt tengah laut..selesa giler..tp pening sikit nk cam jalan sbb tempat sempit n byk tangga.. tp seyes korang tkkn ley imagine ader tmpt selesa mcm tu tgh2 laut..beza gler ngn platfrom temana. cuba korang bayangkan kt tengah2 laut tu ade tmpt tinggal (walaupon sempit) yang selesa..siap air cond, astro, tepon,radio,meja snooker, n makanan dia siap idang ngn desert lg..huisy~~ pastu makan bukan sekali dua..tp 6 kali sehari..masakan dia sedap plak tu..huhu

so nasihat aku kalo korang nk jadi org minyak belajar rajin2 n doa byk2..jgn dgr ckp org yg platform ni tah paper..ader org isap dadah ar sbb bosan tk der bt per..tido atas lantai ar..sumer tu dusta belaka.. huhu..

Surat Cinta Untuk Jiwa

Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

--
...JaGa DiRi,JaGa ImAn,HiASi PeRiBaDi...


surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

credit to
Suria Norhaniyaa Bt Bashri

Monday, January 7, 2008

1st day at BINTULU


arini 7/1/07 1st tyme aku aku drive g bintulu... n aku akan stay kt sini utk seminggu.. bintulu "ok la" mcm miri gak.. tp arini aku kene sembelih lagi..nasi goreng paprik and milo ais rm 9 hinggit..baik aku mkn mcd or kfc..mahal gler makanan kt sini..caner nk saving ni..adey~~

kalo korang nmpak ni ar OSP(offshore safety pasport aku.) dgn passport ni bermakne aku ley da ader permission utk g offshore...sok aku bakal menjejakkan kaki kt platform temana..hope korang doakan aku tk mabuk laut sgt..tk muntah2..huhu..

Thursday, January 3, 2008

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah
antara. Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s ,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala
bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya

3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH

herm pagi td tyme aku on da way nk g office dr membeli nasi lemak aku ter"selisih" ngn seorang wanita bertudung labuh.."comey gak wanita ini" hati kecil aku berckp.. herm bukan senang nk jumpa wanita bertudung labuh kt miri ni..sbb rata2 penduduk kt sini bkn beragama islam..mostly mereka yang stay kt sini adalah org cina,kenyah n iban (amba lalai =p).. tyme aku mengusha wanita ini aku teringat ttg perbualan aku ngn arip shah beberapa bulan yang lalu..
tyme tu tgh nk pekse econ kot..pas blk dr lunch tah macam mana topik ni dibuka " hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH".. aku citer kt arip pasal ketakutan aku dan ke"was-was"an aku ttg wanita yang bertudung labuh..aku citer kt arip ttg kes seorang isteri yang bertudung labuh, menjaga nama baik suami, tahu hukum hakam islam (kononya) tetapi tup tup ditangkap khalwat ngn laki laen.. skang ni kes khalwat n zina mcm da jadi biasa.. mungkinkah ini merupakan harga yang perlu dibayar atas dasar pembangunan?? aku sebenarnya kesah ttg kes khalwat ngn zina ni tapi aku lebih2 lagi kesah sekiranya wanita itu bertudung labuh or lelaki itu dahinyer ader tanda2 kuat sujud(kononya) or lelaki itu memakai kopiah sepanjang masa..sebab ape aku kesah?? sebab mereka membawa imej islam dan sekiranya mereka membuat onar maka seluruh nama umat islam akan terpalit..

sebenarnya ini merupakan intipati yang aku discusskan nng arip..aku tanya dia lagi "arip aku tkley blah ar ngn some gul yang kita tgk dia bertudung.. menutup aurat..kalo nak sembang ngn laki pon (tunggu kucing bertanduklah) tapi hati dia..khabar2 yang disebarkan dari mulut dia..(hanya ALLAH yang tahu)..then aku ckp ar aku lebey prefer wanita yang free hair tp hubungan dia sesama manusia, hubungan dia dengan ALLAH, dia jaga.. walaupun dia free hair tapi hati dia baik.. so kiter leh concludekan yang wanita free hair ni lebih baik dari yang bertudung labuh.. tp korang nk tau aper jawapan arip??

"ko silap aru"..erk.. "apahal aku silap lak?? btol ar" jawab arip.. kiter tk boley untuk membandingkan dua bende yang berlainan dan kemudian membuat conclusion.. wanita yang bertudung labuh itu dari aspek menutup aurat dia telah selesai dan dia tidak akan di azab dia akhirat kelak sedangkan wanita yg free hair tu confirm2 akan di azab kerana tidak menutup aurat (nauzubillah)..itu dari segi aurat.. tapi dari segi akhlak ader bahagian lain..dari segi hubungan sesama manusia ader bahagia laen..so kiter tk ley nk simply conclude yang perempuan yang free hair tu lagi baik dari yang bertudung labuh or sebaliknya.. semuanya kerja ALLAH..hanya ALLAH yang mengetahui keadaan seseorang,hanya ALLAH yang berhak untuk mendecide siapa yang baik atau sebaliknya.. dia yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.. kite sebagai khalifah kt dunia ni hanya perlu menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.. tk perlu kot nk letey2 pikir siapa yang baik an sebaliknya yang penting kiter jadi diri kita and cuba yang terbaik untuk menjadi muslim yang baik..

"hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH"
aku cuma menzahirkan aper yang aku pikir.. mmg kadang2 byk yang aku pikirkan adalah salah belaka.. dan tugas kite sesama insan adalah saling nasihat menasihati n membetolkan kesilapan sesama manusia..

Wednesday, January 2, 2008

Tumbangnya seorang lagi pemimpin...

herm... 1st posting utk new year aku.. tumbangnya seorang pemimpin.. haisy~~ aper nk jadi skang ni ek...

mengikut pengiraan aku tk berapa lama lagi pak lah akan umumkan terikh pilihan raya.. tp caner ni ek?? satu2 pemimpin BaN dikontrovesikn..aritu syeikh ahmado radzido.. beliau secara terang terangan suruh menteri besar negeri utara tu letak jawatan then smlm secara terbukanya our ministry of health mengaku yang dia adalah org yg didalam video itu.. herm.. nmpaknyer para pemimpin PARTI POS akan bersorak girang kerana mereka ada issue yg akan dibangkitkan tyme pilihanraya nnti n di negeri2 yang panas seperti penang and kedah tyme ni ar DAPi akan mula mengatur plan kerana dkt kawasan2 ni leh diconsider panas n myb who knows kalo kene gaya abis sumer undi jatuh ke tangan parti pembangkang.. dan ini lah yang aku n sebilangan rakyat Malaysia bimbang.. Malaysia jatuh ke tangan pembangkang...

ader sesetengah pihak menyatakan bahawa "apa salahnya pembangkang memerintah..at least kiter akan tgk perubahan" yup perubahan..itu yang kita inginkan..tp perubahan yg macam mana yang akan terjadi?? perubahan ke arah lebih baik atau perubahan yg lebih buruk?? aku sebenarnya tk kesah kalo pos or keadolan yg perintah negara aku ni..tapi kalo mereka bersekutu dgn DAPi.. aku rasa mereka akan dibuli sbb aku raser parti pos n keadolan ni belum kukuh lagi untuk memimpin negara ni.. byk lg konflik dalaman yang perlu diperbaiki dan diperhalusi.. golongan muda dan golongan tua juga perlu di perbaiki..dan parti2 ini juga perlu mencari suatu formula untuk me"nakel" org bkn melayu dan realisasikanlah pembentukkan negara islam.. then baru ar aku rase penduduk malaysia ni akan yakin dgn kepimpinan ulama.. sebenarnya rakyat malaysia ni tau je bahawa pemimpin kerajaan skang byk yg corrupt tp se'corrupt'2 kerajaan skang kiter nmpak perubahannya..pembangunannya.. yang paling rakyat takut adalah kiranya bertukar tampok pemerintahan lean plak jadinya negara ni.. "penduduk malaysia sekarang berada di "comfortable zone"..so adalah suatu tindakkan yang bodoh kiranya mereka mer"risk"kan hidup mereka demi masa depan yang tk pasti.. hanya anak2 muda yang ghairah yang tidak memahami maksud dan makna perjuangan jek yang beriya2 nk perubahan tp sebenarnya diorang tk paham apa2 pon keadaan di negara ini...

so bagi mereka yg bercita2 untuk memerintah malaysia..STOP fitnah memfitnah..STOP bangkitkan issue.. tapi START working..start prove to us that u can lead MALAYSIA to be a better country..