Sunday, May 24, 2009

KIra Hari?

aku mengira hari..
hari aku akan habis belajar..
dah dekat sgt dah..

Sunday, May 17, 2009

Kenanga gambar

aku rasa perjalanan aku sbg seorang pelajar sudah semakin hampir penghujung nya.. sangat2 dekat.. dan. aku akan meninggalkan alam remaja muda aku dan melangkah ke alam remaja tua (since i'm forever teenager so no old term okes.. older teenager jek yg ada)..

aku meng"upload" kenanga gambar ini..


dan biarkan ia mengungkapkan sejuta kata- kata carita..



















dan.. biarkan ia berakhir menjadi sebuah babak kehidupan yang paling manis dalam kehidupan aku...

bad boy ~

Saturday, May 16, 2009

Ragam

walau mcm mana susah pon keadaan.. walaubagaimana perit skali pon di uji.. ketahuilah ujian dan cabaran itu adalah sekelumit dr apa yg michael scofield hadapi.. aku bersyukur dlm hidup ini aku x pernah berhadapan saat2 genting yg memerlukan aku buat keputusan yg ley effect hidup atau mati seseorang..

michael aku akan sentiasa rindu kt kau.. kau lah idola aku.. aku akan jadi engineer mcm kau.. sanggup risk life demi org lain dan harus letakan keluarga sentiasa di hati..

cuba tgk gambar ni..



















kitorang ade persamaan kan?


p/s : siot ar paul scheuring tkley ke bt happy ending.. nape scofield kene mati? anyway thanks sbb tamatkan cite sblm aku grad.. tkde ar konsentrasi aku tergangu tyme kije nnti..

owh lupe pula.. selamat hari guru kepada bapa saya dan guru seantero dunia.. dgn ucapan tanpa guru tiadalah org pandai2..

kepada fans setan merah congrats ar.. walopon ko byk kali da menang tp aku ttp anti-MU juga..

Monday, May 4, 2009

Perempuan Simpanan..

akhirnya.. aku dpt jugak perempuan simpanan yg ditungu2.. erm~ siap dihantar ke rumah lg n ibu aku yg menyambutnya.. siapa dalam dunia ni yang berani mengirimkan perempuan simpanan ke rumah untuk berjumpa ibu bapa terlebih dahulu?..

apabila sudah puas membelek2 perempuan simpanan, aku biarkannya berehat di sofa.. abah sempat juga membelek2 perempuan simpanan aku.. takut anaknya terpengaruh dgn anasir2 liar dan kurang sihat.. aku merasa sedikit cuak.. takut kalau2 abah menyuruh aku menghantar perempuan simpanan itu pulang ataupon dgn lebih drastik mencampakkn perempuan simpanan itu keluar.. argh~ tk sanggup aku.. dah lama aku tunggu perempuan simpanan itu dr sindiket sol-jah.. tp... nasib baik.. abah senyap setelah membelek2 perempuan simpanan..

mengapa aku begitu menghargai perempuan simpanan? kerana ia merupakan teks2 manis dan jujur dari penulis2 blog yg terpilih dan tidak kurang mantapnya.. mereka jujur.. jujur mencoretkan warna2 kehidupan ke atas helaian- helaian kertan yg memang pasti dpt menyentuh hati dan bisa membuatkan mereka2 yg tidak beku otak memikirkan apa yg mereka sampaikan.. ye mereka jujur dan mereka meniupkan kejujuran itu melalui tulisan diorang.. mengajar dunia erti betapa indahnya kehidupan ini jika dihuni mereka2 yg jujur..

haha.. mengapa tajuk buku ni perempuan simpanan?.. kerana dia bg aku..adalah hasil seni.. seni yg ditulis untuk mereka yg betul2 ingin memahami seni.. bukan untuk mereka yg seringkali menjadi hakim yg menjatuhkan hukuman tanpa memberi sedikit peluang untuk penjelasan atau mereka yg kerap membuat kesimpulan tanpa cuba memahami apa yang di sampaikan..

aku petik sedikit kejujuran wani ardy terhadap manusia yg dikatakan tolol :

" perempuan yg punya akal dan hati boleh dikira dgn jari. dan apabila mereka kurang cantik pd pandangan streotype td mereka terus... ghaib.

kecantikan dalaman cuma terlihat oleh mata hati.. kecantikan luaran terlihat oleh mata kepala mata celah kangkang.. itu majoriti.

kasihan manusia. pandai bikin sejuta jenis berlian, tapi belum mampu membezakan kaca dengan intan. Teknologi bukan main tinggi tapi fikiran paras buku lali..

Kau memang malas baca buku, kan?
Kau lihat muka depannya saja.
Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya, dan jual, mana lebih mahal?
Kau nk beli kulit?
TOLOL.."

wani ardy..

aku rasa dari sini asalnya PEREMPUAN SIMPANAN..

perempuan simpanan aku..
aku juga tidak terlepas menghakimi wanita melalui paras rupa.. argh hinanya aku.. aku berjanji sekiranya aku jumpa yoona aku tkkn jadikan dia perempuan simpanan.. aku suruh ibu terus pinang.. :)