Thursday, September 18, 2008

ku lihat layu dalam melayu...

Layu..

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

dedicate to all meLAYU..

16 september.. tarikh malaysia ditubuhkan.. sabah, sarawak dan tanah semenanjung disatukan..

smlm cuji bg aku lagu ni..
aku dengar dan amati..
aku suka... aku rasa macam aku terbagun dari lena yang panjang..
malique merungkai satu persatu sikap orang melayu..
sikap orang melayu yang buruk..

"Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu"

aku paling suka bait2 ayat ini..
raser mcm malique tembak aku berdas2..
tepat kene kepala otak aku..

aku org melayu..
dan aku memiliki sikap2 org melayu..
g kelas ddk belakang..
kalo ade tmpat yg gelap.. itu lah yg aku pilih..
salah aku..

org melayu.. petah berkata kudrat tk bernilai..
yeah.. tau ckp saja..
kau taburkan bermacam2 janji..
tapi ape yg kau lakukan utk bangsamu..
argh.. itulah pemimpin yang ku pilih..

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak... argh.. aku tak tau ape yg hendak dikatakan lagi..
mmg ini sifat aku.. org melayu..
che det..
aku melayu..
aku mudah lupa..
setelah diberi sedikit nikmat dan kesenangan..
aku lupa.. aku lalai..

aku insaf...

Thursday, September 11, 2008

terasa ingin mencoret sesuatu..

entah mengapa mlm ini aku terasa ingin mencoretkan sesuatu..
sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini..
aku tenggelam..
tenggelam dalam kesibukkan ciptaan aku..
final yer project, plant design project, petroleum exploratio, reservoir engineering...
argh...
sumenyer harus aku bereskan...


semester lepas adalah semester honeymoon bagi diriku.. internship..
argh.. aku merindu segala-galanya di miri..
duit sendiri, vacation tanpa henti, internet laju, citer korea..
masakan kak faezah, bad n kak yani...
nasi briani daging tanam masakkan bad..
terliur rasanya...
aku rindu... aku kangen banget pada semua itu..

kini aku d utp..
tadi aku baru lepas baca blog fynnjamal..
kenalkah korang pada fynn??
dulu2 aku ade post entry ttg sajak yg dibacakan oleh fynn..
yang bertajuk "ayah"..
aku masih teringt kpd fynn..
seorang wanita yg mendeklamasi sajak..
diiringi petikan gitar..
sajak yg dibacakan penuh penghayatan..
fynn oh fynn..
kini dia telah bergelar isteri orang..
dia melangsungkan perkahwinan pada 31 august yg lalu..
tahniah fynn..

aku terbuka hati utk mencoretkan sesuatu kerana fynn..
kerana majlis pekahwinan fynn..
simple but sweet..
apabila aku membaca entrynya aku tergelak sendirian..
kenduri yg simple...
hanya kenalan yg rapat di jemput..
hantaran 1 dulang dibalas 1..
aku tk pernah terpikir...
camera dslr sony aplha bersama cincin yang berukir "fintri"..
dan suaminya membalas pda dan cincin berlian "heart on fire"..
argh.. sungguh sweet...

aku paling tertarik pada barisan ayat ini

" fynnjamal tidak mahu sesuatu yang jula-juli.
cukup sekadar kecil, tapi berseri.

kesimpulannya, untuk majlis sekecil saya, paling2 hanya 4 ribu sahaja. makan untuk seratus orang, pelamin kecil tapi manis, bunga2an mewangi suasana.

yang mahal adalah harga fitnah durjana.

hantaran adalah untuk kita, bukan untuk orang2 di luar sana. kalau ada, belilah. kalau tidak berapa mampu, nanti2lah.

apa makna majlis yang ke langit, andai di hujung malam, pengantin bermasam muka menarik rasa? kalau diberi, ambil. kalau tiada, usah diminta.

tiada yang lebih tajam dari perkara yang diungkit2.

makcik2 yang mengata (dalam entri2 lepas) ada yang datang. semua diam. tidak berkata apa. mungkin tuhan sudah memberi sedar padanya.

biar mati anak, jangan mati adat itu mencarut saja.
adat mati, boleh dicari.
anak mati, tak berganti."...

sungguh mendalam maksudnya...
sungguh menyentuh hati yang mahu memahami apa yang ingin diberitahu oleh fynn..

"perkahwinan dibina atas kasih sayang dan cinta..
tidak perlu majlis yang besar...
jika hanya untuk menunjuk..
menutup mulut yang tidak henti berkata-kata"..
tidak perlu membina ikatan perkahwinan dgn hutang keliling pingang...
manakah datangnya bahagia sekiranya si suami sibuk memikirkan cara membayar hutang??

"hantaran adalah untuk kita, bukan untuk orang2 di luar sana. kalau ada, belilah. kalau tidak berapa mampu, nanti2lah."...

aku kagum dgn kamu fynn...
smoga aku dikurniakan isteri yang memahami diriku..
seperti kamu memahami tri...