nilai RM 20
erm..entah lah.. tiba2 arini tergerak tgn aku untuk mengemaskini mail box aku. aku usha satu persatu dan delete mane yang tk perlu n tk penting. byk giler forward msg yg aku terima. n tiba2 tangan aku tergerak untuk membuka mail yg dihantar oleh una, head aku tyme convo dulu. tajuk dia rm 20..actually aku da bacer mail ni dulu n arini aku nk bacer lg. entah mengapa everytime aku bace mail ni hati aku menjadi sayu. sayu sesayu sayunya (berapa banyak sayu pon aku tk tau).. mungkin zaman sekarang ibubapa terlalu memikirkan tanggunjawab mereka untuk memberi nafkah kepada keluarga mereka sehingga mereka terlupa tanggungjawab mereka yang laen? tahukah mereka bahawa selain nafkah mereka juga perlu mendidik anak2 dan memberikan mereka sepenuh kasih sayang. argh~ mengapa ibubapa sekarang selalu terlepas pandang hal yg kecik ni??.. KASIH SAYANG.. bukan susah untuk memberi kasih sayang.. ni kisah yg aku nk share ngn korang :
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beri tahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah? Si ayah mula menjadi berang dan berkata,
Ayah :"Oh, itu kesebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari
duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan disekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
Ayah :"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
Anak: "Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
Ayah:"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
Anak: "Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
Ayah: "Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
Anak: "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
korang sedih tk biler bace?? tak? myb korang terlebih kasih sayang kot. herm ketahuilah bahawa kt luar saner mmg ramai anak2 yang kurang kasih sayang. and kadang2 mereka tidak faham dan di dalam kamus hidup diorang tiada istilah SAYANG.
ni aku nk share lagi satu mende. puisi yang di coretkan oleh org yg name pena dia nottiewabit. tajuk dia puisi buat ayahanda.. cube korang dgr and hayati.. ape yang cuba diluahkan oleh minah ini.. ini baru sebahagian yang dpt aku jumpa.. sebenarnya byk lagi org2 yg kurang kasih sayang dlm dunia ni. oleh itu nasihat aku pada korang sayangi lah org2 yg korang sayang. tunjukkan kt diorang yg korang sayang mereka sbb melalui pengamatan aku org malaysia mmg tk reti nk tunjukkn kasih sayang diorang.. diorang selalu buat2 blur or ignore orang yg dia sayang.. buat2 tak tahu..kalo kiter tanya sepatah di jawabnya sepatah.. tetapi hakikatnya mereka menyayangi diri kita. betol tak caya?? dgr puisi nottiewabit ni.. kesah dia dan ayahnya
PUISI buat AYAHANDA